
Beberapa keping Jering (yang dah bersemai) - potong kecik
3 ulas Bawang merah (tumbuk / blend)
1 ulas bawang putih (tumbuk / blend)
1 ulas bawang besar (hiris)
25 ulas cili padi / cili kampung (ikut suka & tahap kepedasan yang anda mahu) - tumbuk / blend
Sedikit kunyit
Santan
Garam secukup rasa
Ikan bilis ( sedikit jer - ni pun ikut suka) - tumbuk / blend
Minyak masak
Cara masak;
1. Panaskan minyak & goreng jering sehingga lembut. Angkat
2. Masukkan bahan tumbuk dan bawang yang dihiris termasuk kunyit - goreng sampai garing
3. Masukkan jering yang telah digoreng tadi
4. Masukkan santan. Masukkan garan secukup rasa & biarkan mendidih
5. Setelah betul-betul mendidih. Tutup api dan siap untuk dihidang.
Rasanya memang sedap. Inilah antara masakan kegemaran orang pahang (Kuala Lipis)
Selamat mencuba ;-)
Fikir-fikirkanlah...
2 comments:
mmg sedak neh..pepalih sedaknye........ buat pedas tambh lemak peeehhh..bepeluh makan..wiii nk cari jering gok laa
fuh mmg sedap pae.. sehingga menjilat jari. Deme pun siap bawak bekal balik ;-) diorang kata 1st time makan masa bertunang ana dulu terus terpikat heheheheheeee
Post a Comment