Wednesday, August 25, 2010

RAMADHAN DALAM SEJARAH: 10 RAMADHAN

PEMBUKAAN KOTA MEKAH

10 ramadhan tahun ke-6 Hijrah, peristiwa kemuncak ini berlaku apabila musyrikin Mekah melanggar perjanjian Hudaibiah yang termetrai dengan orang Islam. Dalam perjanjian tersebut, telah dipersetujui bahawa kedua-dua pihak tidak boleh berperang dalam tempoh 10 tahun dan tidak boleh membantu pihak lain berperang dan setiap suku Arab boleh memilih samaada menjadi sekutu Muhammad ataupun sekutu Quraisy.

Malangnya, perjanjian dikhianati oleh puak musyrikin Quraisy. Ekoran itu Rasulullah S.A.W mengerahkan ratusan ribu umat Islam mara ke Mekah. Beliau menolak sebarang rundingan dengan pihak Quraisy. Kemaraan umat Islam tidak mampu disekat oleh musyrikin Quraisy. Akhirnya umat Islam berjaya memasuki kota Mekah tanpa sebarang pertumpahan darah.

Fikir-fikirkanlah...

McDonald Tak Halal?

Salam semua. Baru-baru ni saya ada terima email bertajuk 'McDonald Haram' Email tersebut menyatakan bahawa status halal McDonald ditarik balik oleh JAKIM kerana mengimport daging dari Uruguay. Ini adalah berikutan penarikan balik pensijilan halal (Uruguay Islamic Centre) dari senarai yang diiktiraf JAKIM. Email tersebut siap disertakan salinan surat daripada pihak JAKIM.

So atas rasa tanggungjawab, rakan sepejabat telah menghubungi JAKIM bagi mendapat kepastian. Berikut adalah email balas dari pihak JAKIM;


"berita tersebut telah disebarkan oleh pihak yg tidak bertanggungjawab. It's true sebelum ni McD import daging dari uruguay.Tp once jakim informed sijil halal uruguay dh ditarik balik, McD akur n no longer import daging dr sana. derang dah beralih ke India n australia.anyway banyaknya dari india ie. daging kerbau.

Please check statement PRO jakim di website jakim, column pengumuman on the right side."

http://www.islam.gov.my/portal/






Email ini disampaikan oleh Penolong Pengarah, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

So bagi peminat-peminat McD, don't worry be happy. Anda masih boleh manikmati burger kegemaran anda or try their double GCB!



Fikir-fikirkanlah...

Tuesday, August 24, 2010

RAMADHAN DALAM SEJARAH: 2 RAMADHAN


Jumaat 2 Ramadhan tahun ke-2 Hijrah berlakunya perang pertama dalam Islam yang dikenali sebagai perang Badar. Badar adalah nama tempat di sebuah lembah yang terletakdi antara Madinah & Mekah. Tentera Islam mengawal lokasi strategik dengan menguasai sumber air yang terdapat disitu.

Peperangan ini melibatkan tentera Islam seramai 313 anggota yang berhadapan dengan 1,000 orang anggota tentera munsrikin Mekah yang lengkap bersenjata. Dalam peperangan ini, tentera Islam memenangi pertempuran dengan 70 anggota tentera musyrikin terbunuh, 70 lagi ditawan manakala bakinya melarikan diri.

Fikir-fikirkanlah...

Monday, August 23, 2010

TABAHKAN HATIMU WAHAI SAHABAT

Salam semua, selamat pagi dan selamat berpuasa. Entri ini khas buat sahabat saya yang baru kehilangan 3 orang ahli keluarga dalam tempoh kurang dari 1 bulan.


Duhai sahabat,
Sedari kecil kita bersama
Mengaji bersama belajar bersama

Namun takdir penentu segala
Kami melangkah dahulu kemenara


Namun semangat juang mu tinggi

Kau terus mendaki dan terus mendaki

Kini kau mampu berjawatan tinggi

Punyai kehidupan sendiri


Duhai sahabat

Tatkala sahabatmu gembira menerima teman

Kamu masih sendirian

Tika mana sahabatmu gembira menerima zuriat

Kamu juga sendirian


Dengan sikapmu yang lemah lembut

Tutur katamu penuh hormat
Kau tetap melangkah gagah
Demi hidup kau terus menongkah

Senyuman manis terukir diwajah

Biarpun hatimu terguris parah


Duhai sahabat
Kini kau diuji hebat
Kau ditinggalkan satu persatu

Oleh orang kesayangan mu
Kakak mu pergi meninggalkan mu

Bonda kesayangan mu pergi meninggalkan mu

Abang mu pergi meninggalkanmu

Mereka pergi tanpa kembali

Tatkala kau masih sendiri


Mampukah kau berdiri lagi wahai sahabatku?

Masihkah ada senyum lagi wahai sahabatku?

Tabahkanlah dirimu sahabat

Walau ombak menghempas dasyat

Ingatlah....
Kamu masih punya sahabat

Biarpun jauh maupun dekat

Kami tetap teguh berdiri

Menemanmu meniti hari

Sapulah airmata mu

Jangan biarkan ia terus mengalir
Aku pasti duhai sahabat

Pelangi kan menantimu

Sesudah hujan lebat

Matahari kan menyinari hidupmu
Menyisih sigelap pergi....


Tabahkanlah hatimu wahai sahabatku Norlida...

Demi kau mengutip permata-permata kehidupan...



Fikir-fikirkanlah...

Saturday, August 21, 2010

AYAM MAMAK


Salam semua. Alhamdulillah kita masih bernyawa untuk teruskan ibadah berpuasa kita pada hari ini. Semalam dapat saya masakkan menu yang diambil dari laman izah muffin AYAM MAMAK.

Sedaplah pae menu ni. Ada rasa pedas-pedas dan masam-masam. My hubby & my sil pun kata sedap. My sil siap cakap sebijik macam kat kedai mamak hehehehehe.... Thanks to izah muffin

Dan sumber lain untuk menu ni MAS, Kak Hana & Kasihasakura anda boleh lihat perlbagai rupa Ayam Mamak or Sotong Mamak. Untuk menu sila klik sini atau lihat dibawah;

AYAM MAMAK

Bahan-bahan
  • 1/2 ekor ayam - potong kecil2 dan bersihkan
  • 2 biji limau nipis - ambil jusnya
  • 1 biji bawang besar - cincang
  • 1 biji bawang putih - cincang
  • 1 cm halia muda - tumbuk
  • 1 batang serai - di ketuk
  • 1/2 cawan air/stok ikan (saya guna air stok ayam)
  • 1 susu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar serbuk kari ayam (saya lebihkan 2 sudu besar)
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 senduk gulai cili kisar (saya letak 2 sudu je, sebab hubby tak suka pedas-pedas)
  • 2 tangkai daun kari
  • 4 helai daun pandan
  • Garam, gula serbuk lada sulah
Cara-cara
  • Perapkan ayam dgn garam, serbuk lada sulah & jus limau untuk seketika.
  • Panaskan minyak, goreng ayam hingga masak, ketepikan.
  • Dalam kuali berasingan, tumis bawang besar, daun pandan, daun kari hingga naik bau.
  • Masukkan bawang putih, halia, serai, serbuk kari & cili kisar, goreng seketika.
  • Masukkan sos tomato, sos cili, serbuk lada hitam, stok ikan, garam, gula secukup rasa, gaul sebati.
  • Last, masukkan ayam, balik2 kan & tutup api.
Fikir-fikirkanlah...

Friday, August 20, 2010

RAMADHAN BULAN RAHMAT

Bulan Ramadhan ini ada 3 fasa,

10 hari yang awal merupakan fasa pertama,
10 hari pertengahan merupakan fasa kedua
10 hari terakhir merupakan fasa ketiga

Sabda Junjungan Besar Rasulullah SAW,“Bulan Ramadhan, awalnya rahmat, pertengahannya keampunan dan akhirnya keselamatan daripada api neraka’’.

Sabda Baginda SAW lagi dalam hadith yang lain “Tidur orang yang berpuasa itu adalah ibadat, dan nafasnya itu adalah tasbih, doanya itu mustajab, dosanya diampunkan Allah, dan amal ibadatnya dilipatgandakan“.

Alangkah bertuahnya kita menjadi ummat Nabi Muhammad SAW. Sedangkan si anak bongsu berasa bangga apabila dimanjakan ibu dan bapa, inikan pula kita yang di’manja’kan Pemilik Alam.


Jiwa ini sayu memohon rahmat yang dijanjikan. Jiwa mana yang tidak mahukan rahmat? Jiwa mana tidak mahukan kebahagiaan? Walau mulut ’nakal’ menafikan, namun hati dan fitrah tetap mengharap. Yang fasik mahupun yang munafiq apatah lagi hatinya subur dengan iman, semuanya secara fitrah mengharapkan rahmat Allah Taala. Hanya dengan rahmatNYA, tubuh hina ini bebas dari bahang neraka. Hanya dengan rahmatNYA, tubuh ini dapat mengecapi nikmat syurga yang tidak tercapai dek akal manusia yang terbatas. Harus diingat hai jiwa, tidak hadir rahmat itu dengan amalan yang sia-sia apatah lagi maksiat.

Ramadhan baru bermula. Jangan kamu mudah tersungkur hai jiwa. Tiba masa untukmu mengorak langkah, merencana usaha menagih rahmat tuhan. Bila lagi?

Hendak tunggu sehingga fasa kedua tiba? Alangkah ruginya kamu wahai jiwa.

Hendak tunggu sehingga fasa ketiga tiba? Alangkah malangnya kamu wahai jiwa.

Hendak tunggu ramadhan akan datang? Alangkah bodohnya kamu wahai jiwa.

Bukankah kamu beriman dengan ayat Allah “ Dan tiada seorangpun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakan esok (sama ada baik atau jahat); dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah dia akan mati.“ (Luqman: 34).

Wahai jiwa, garablah segala peluang yang ada di depan mata.

Fikir-fikirkanlah...

Thursday, August 19, 2010

RAWATAN SONOTRON

Salam semua. Ada sahabat yang bertanyakan apa kebendanya si sonotron ni? Apa kejadahnya hehehehe...

Dibawah ni ada sedikit info berkenaan sonotron.

Terapi Sonotron

Terapi Sonotron adalah teknik yang agak baru dalam rawatan kecederaan tisu lembut.

Rawatan ini menggunakan Gelombang Korona yang dihasilkan menggunakan frekuensi rendah.

Menurut Zulkepli, ISN telah mula menggunakan mesin Sonotron sejak 1995 dan membawanya ke Sukan Olimpik Atlanta pada 1996 untuk kegunaan atlet-atlet sukan negara di sana ketika itu.

“Terdapat banyak teori mengenai kesakitan dan antaranya adalah kesakitan itu berpunca daripada radikal bebas yang dikeluarkan akibat kerosakan tisu.

“Gelombang Korona Sonotron dapat membuang radikal bebas ini dan mengurangkan rasa sakit pesakit,” ujarnya.

Rawatan diberikan dengan menghalakan aplikator Sonotron yang mengeluarkan Gelombang Korona ke kawasan yang sakit atau cedera. Bunyi nyaring yang dikeluarkan mesin ini selari dengan paras tenaga yang digunakan untuk merawat pesakit.

Mengikut tahap kecederaan pesakit, bahagian tercedera dibahagikan kepada bahagian kecil untuk dipancarkan dengan Gelombang Korona selama 15 saat di setiap bahagian, sebanyak 12 hingga 15 kali untuk setiap kali rawatan.

Zulkepli turut menyatakan terapi Sonotron adalah untuk merawat kecederaan peringkat awal tisu lembut yang tidak invasif dan tidak memberikan kesan sampingan.

“Ianya cepat dan selamat dan tidak memerlukan sebarang ubat sampingan.

“Cara rawatan ini sering digunakan untuk atlet-atlet bola sepak, olahraga, silat, bola keranjang dan lain-lain untuk mengurangkan pembengkakan dan membolehkan tisu pulih dengan lebih pantas,” katanya.

Tambahnya, dengan menggunakan terapi Sonotron, pesakit kurang berasa sakit dan membolehkan mereka melakukan lebih banyak senaman ringan untuk mempercepatkan proses pemulihan.

Zulkepli bagaimanapun menegaskan cara ini bukan memberikan rawatan ajaib yang boleh memulihkan kecederaan serta-merta tetapi memerlukan beberapa kali rawatan untuk mendapatkan kesan yang diingini.

Selain kecederaan akibat sukan, alat ini juga didakwa berguna dalam merawat kesakitan di mana-mana bahagian badan seperti sakit lutut, buku lali, jari, migrain sakit kepala, masalah kulit, lelah, sakit akibat diabetes dan juga masalah strok.

Kini terdapat lebih 100 doktor di negara ini yang menggunakan terapi Sonotron untuk merawat dan memberikan kelegaan kesakitan kepada pesakit.

Orang ramai yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya boleh melayari laman web www.panmedic.com.my atau menghubungi PanMedic Sdn. Bhd. di talian 03-79543622.

Info diatas diperoleh dari http://www.utusan.com.my


Untuk lebih info, anda boleh ke sini.

Fikir-fikirkanlah...

AIMAN DAN SONOTRON

Salam semua, selamat berpuasa. Hari ni saya masuk office lambat sikit. Sebab bawa anak ke klinik. Si Aiman tak dapat nak tidur semalam sebab batuk kahaknya semakin teruk.

Hari ni pi klinik doc kata keadaan kahaknya tidak berubah. So, dia pun perlu menjalani rawatan sonotron.

Aiman yang sedang di sonotronkan oleh nurse

Alhamdulillah si Aiman lebih tenang berbanding abangnya semasa rawatan. Dia dikehendaki mengulangi rawatan tersebut selama 3 hari berturut-turut. Ya Allah pulihkanlah anak-anakku dari penyakit yang sedang dialami mereka amiiiiinnnn...


Fikir-fikirkanlah...

Wednesday, August 18, 2010

SAMBAL TEMPOYAK IKAN BILIS

Salam semua. Masih entri makan-makan. kali ni juadah bersahur pagi tadi. Kebiasaannya kami bersahur makan lauk berbuka. Tapi semalam saya buat western punya juadah buka, so tak de lah lauk untuk bersahur.

Bagi memudahkan dan menaikkan selera makan, saya masaklah sambal ni. Sambal tempoyak ikan bilis atau kat tempat saya kami panggil sambal serunding. Saya memang amat gemar sambal ni. Sebab sedap & mudah. Kalau buat sambal ni mesti buat telur dadar. Fuh makan memang tak ingat orang dah. Nak pulak ada ikan tenggiri jeruk. Fuh melelehhhh.... Astagfirullahalazim... Puasalah.



Bahannya;

Segenggam ikan bilis - basuh
7 biji cili padi - nak pedas tambah lagi - kisar / tumbuk
1 biji bawang besar - potong
2 sudu tempoyak - bancuh dengan air

Cara;

1. Goreng ikan bilis kasi garing. Ketepikan.

2. Goreng bawang. Pastu masukkan cili dan goreng sampai garing. Masukkan tempoyak yang sudah dibancuh dengan air. Kasi didih dulu. pastu masukkan ikan bilis. Kacau kejap. Angkat dan hidangkan.

Resepi ni ikut cara wan saya. Apak kata sedap & sebijik macam wan masak huhuhuhuuu..


Fikir-fikirkanlah...

Tuesday, August 17, 2010

BATUK KAHAK & RAWATAN SONOTRON

Salam semua, sekarang ni anak-anak saya sedang mengalami masalah demam dan batuk berkahak. Batuk mereka agak teruk. Saya pun kesian bila dengar mereka batuk. Memula abangnya dulu yang kena. Sekarang adiknya pula.

Jumaat lepas bawa Afnan ke pakar kanak-kanak Shanaliza. Doc nak buat nebulizer tapi tak boleh sebab Afnan nangis teruk sangat. So doc cuma bekalkan ventolin je. Semalam kami bawa Afnan dan Aiman ke Klinik Fazilah. Kedua-duanya sebab batuk berkahak.
Aiman dibekalkan ventolin, antibiotik & ubat demam. Afnan dikehendaki melakukan rawatan sonotron untuk 2 hari berturut-turut. Pernah dengar berkenaan sonotron? ini pertama kali saya dengar dan buat untuk anak.

Mesin yang dipegang itulah namanya sonotron. Gambar ehsan dari internet.

Mesinnya macam hair drier dan mengeluarkan bunyi yang agak kuat. Ia bagi menghilangkan kahak. Biasa saya buat nebulizer je. Tak pernah pula buat sonotron. Bunyinyer cam sinetron je hehehehe.. Masa doc cakap tu cam tercengang gak lah. Apapun rawatan saya terima as long as anak saya pulih.

Sepanjang rawatan Afnan duk nangis. Bila mesin tu bunyi je dia nangis. Bila mesin berenti, dia pun berenti nangis. Nurse tu duk gelak je. Siap umpan ngan gula-gula untuk dia buat rawatan tu. Untuk tahu lebih lanjut berkenaan rawatan tu sila klil sini.

Hari ni dia kena ulang sekali lagi rawatan yang sama. Harap-harap batuknya pulih selepas ini.

Rawatan sonotron ni pun boleh untuk mereka yang sakit sendi, strok, lutut, diabetes, tisu koyak dan sebagainya. Untuk maklumat lanjut sila ke klinik berdekatan atau tanyalah doktor anda :-)

Fikir-fikirkanlah...

NASI AYAM ASN

Salam semua, masih entri masak-masak. Semalam saya sempat masak nasi ayam. Masak pun waktu Aiman tengah tido. Dia demam semalam. So saya amik EL untuk 1 hari sebab nak jaga dia. Hari tu dah demam. Sekarang demam lagi + batuk kahak. Sian Aiman.

Kualiti gambar tak menarik (guna camera hp je)

Apapun kita cakap pasal nasi ayam dulu ek. Alhamdulillah menjadi dan hubby bertambah-tambah makannya. Saya buat ikut buku Rasa dan di olah mengikut kreativiti sendiri hehehehe..

Kita tengok resepi. Diigatkan, resepi ni mengikut apa yang saya buat tau.

Mula-mula saya buat sup dulu;

SUP

1/2 ekor ayam
3 biji bawang putih ketuk
3 sudu stok ayam
5 cawan air
Garam sedikit sebagai perasa

Cara;

1. Rebus ayam + semua bahan diatas.

Lepas tu saya perap ayam pula;

AYAM GORENG;

1/2 ekor ayam (yang direbus tadi)
5 biji bawang putih
3 batang serai
3 inci halia
Garam untuk rasa
2 sudu gula
(boleh masukkan jintan manis + jintan putih + serbuk ketumbar untuk buat ayam berempah)

Cara;

1. Semua bahan diatas dikisar dan diperapkan dengan ayam yang sudah direbus untuk buat sup tadi.

2. Dah perap lebih kurang 1 jam. ayam boleh digoreng.


SOS;

5 biji cili merah - kisar
1 inci halia - kisar
Perahan limau - xletak sebab xde
1 sudu lemak ayam (saya xletak sebab xde)
1 senduk sup yang buat tadi - saya tambah sendiri
1 sudu cuka masak - saya tambah sendiri sebab tak letak asam limau

Cara;

1. Campur semua bahan diatas dan masakkan keatas api. Kasi didih kemudian siap.

Kemudian saya masak nasi;

NASI;

1 cawan beras - basuh & tos
2 sudu planta
3 bunga cengkih
2 sudu stok ayam
1 inci halia - tumbuk
2 biji bawang putih tumbuk
3 cawan air - saya guna sup yang dibuat tadi (mengikut kadar tanak nasi)

Cara;

1. Panaskan planta dalam periuk nasi, masukkan bahan tumbuk + bunga cengkih. Masukkan beras dan goreng kejap.

2. Masukkan sup + stok ayam mengikut sukatan tanak nasi. Biarkan nasi masak dan kacau sikit.

Nasi ayam siap! Hubby kata macam nasi ayam kedai.. hehehehe TQ hubby.. nanti ummi masak yang lain plak ek..

Fikir-fikirkanlah...

Monday, August 16, 2010

ROTI JALA

Salam semua, semalam saya juga ada masak roti jala. Maklumlah ada lebih / belen dalca masa masak nasi tomato ari tu. So, apa lagi... menjalalah kite ;-)

Nak buatnya mudah sesangat. Bagi sesapa yang ada lebih kuah kari ke apa ke, boleh lah buat kuih ni.

Memula ingat nak gulung. Tapi cam susahlah plak. So saya lipat ajerlah heheheehee

Bahan;

4 sudu tepung gandum
1 cawan air - ikut sukatan tepung
sedikit garam & pewarna kuning telur

Cara;

1. Bancuh tepung dengan air. Kasi cair macam nak buat lempeng (jangan pekat sangat). Saya blend tepung tu utk pastikan dia tak berketul.

2. Masukkan garam & kuning telur. Pastu guna acuan roti jala & tebar jala anda diatas kuali yang leper.

Hidang roti jala ini dengan kuah dalca / kari. Yum yum...
Fikir-fikirkanlah...

SUP TULANG

Salam semua, semalam berbuka saya buat sup tulang. Hubby nak makan. Tapi gambonya lupa nak amik. so kongsi resepi jer lah ek..

Bahan;

Sekilo tulang (ada daging skit lah. Takkan nak 'gerhe'* tulang je kan)
1 kulit kayu manis
2 bunga lawang
4 bunga cengkih
2 buah pala
2 inci halia
5 biji bawang merah - mayang
3 biji bawang putih - ketuk
sedikit lada hitam - tumbuk
sedikit minyak masak
Garam untuk perasa
1 sup bunjut

Cara;

1. Basuh daging dan rebus sehingga daging empuk. Masukkan sup bunjut.

2. Tumis semua bahan diatas sehingga bawang kekuningan. masukkan ke dalam periuk rebusan daging tadi.

3. Boleh masukkan daun sup + perahan limau bagi yang gemar. Saya tak masukkan sebab hubby tak suka.

*Gerhe - gigit mengikut loghat pahang hehehehe tak tau nak dieja camne

Diingatkan ini adalah cara saya masak sup tulang ;-)

Fikir-fikirkanlah...

Saturday, August 14, 2010

JUADAH BERBUKA: NASI TOMATO

Salam semua, amacam puasa hari ni? Semalam untuk juadah berbuka Alhamdulillah saya dengan jayanya telah membuat nasi tomato. My hubby & my sil kata seeeeddddaaapppp hehehehe.. Saya refer majalah rasa untuk buat menu ni. Tapi ada gak yang saya ubah dan kurangkan mengikut keadaan semasa ;-)

Jom kita check it out resepi;

Nasi Tomato:

1 cawan beras - basuh & toskan airnya
3 biji bawang merah - kisar
1 biji bawang putih - kisar
1 kulit kayu manis2 bunga lawang4 bunga cengkih2 buah pala
1 batang serai (tp saya tak masukkan sebab dah abis)
Daun pandan (xmasuk sebab xde)
Air mengikut sukatan beras (ikut biasa kita masak nasi)
2 1/2 sudu tomato puri
3 sudu planta (boleh guna minyak sapi)
375 ml susu cair (xletak sebab xde)
Garam & gula secukup rasa

Cara:

1. Panaskan planta masukkan bahan kisar, serai, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih & buah pelaga. Goreng sampai kuning. masukkan tomato puri. Kacau hingga sebati
2. masukkan air + susu cair. Kacau hingga didih.

3. Masukkan beras dan tanak seperti biasa. (kalau rasa air tak cukup tambahkan lagi bagi memastikan nasi masak dengan elok) bila nasi dah hampir masak, kacau2 sikit.

Ayam Masak Merah

Bahan-bahan:

1/2 ekor ayam - perap garam kunyit dan goreng (jangan goreng terlalu garing)
5 biji bawang merah - kisar
3 biji bawang putih - kisar
1 biji bawang besar - kisar
1 inci halia - kisar
1 batang serai - ketuk1 batang kulit kayu manis
2 bunga lawang
4 bunga cengkih3 sudu cili giling
5 sudu sos cili
2 sudu tomato puri
2 sudu gula merah
Garam & gula secukup rasa

Cara masak;

1. Goreng bahan kisar berserta bhn penumis + cili giling + serai. Goreng sampai naik minyak / garing. masukkan tomato puri + sos cili. Goreng garing. Masukkan gula merah. Perasakan dengan garam & gula.


2. Akhir sekali masukkan ayam dan tomato potong kalau suka.


Dalca


Bahan-bahan;

2 genggam kacang dhal - rendam2 biji kentang - dipotong
1 lobak - dipotong
2 biji terung - dipotong
5 kacang panjang - dipotong
4 ulas cili merah besar - dipotong
2 sudu rempah dalca (beli siap kat giant ;-) so tak perlu nak sukat rempah kari & kunyit etc )
1/2 sudu cili giling
1 bawang besar - kisar
2 bawang kecil - kisar
2 bawang putih - kisar1/2 inci halia - kisar
1 batang serai - kisar
sedikit isi ayam
2 sudu air asam jawa
1 mangkuk santan cair
2 mangkuk air
Minyak untuk menumis
Garam & gula secukup rasa

Cara masak;
1. Panaskan minyak dan goreng garing bahan kisar. Masukkan rempah dalca dan goreng sampai garing. Masukkan santan + air. masukkan kacang dhal + kentang. biar didih.

2. Masukkan semua sayur yang telah dipotong (masukkan sayur keras dulu. sayur yang mudah lembut masukkan kemudian). biarkan didih. Perasakan dengan garam & gula.


Jelatah;

Bahan;

1/2 biji nenas - potong
1 biji timun - potong
2 biji cili merah besar - potong
1 biji bawang besar - mayang
sedikit cuka makan
sedikit gula & garam

Cara buat;

1. Campur semua bahan dan gaul rata. Siap

Harap maaflah yer sebab gambar-gambar diambil lepas lauk dah diambil untuk makan berbuka ;-) ....

Hari ni nk masak sup tulang insyaallah....





Fikir-fikirkanlah...

Friday, August 13, 2010

AWARD FROM IZAH MUFFIN LOVER


Salam semua... Alhamdulillah hari ni saya dapat award dari sahabat baik saya izah muffin lover aka pae :-) Terima kasih banyak-banyak pae. Kalau tak jawab soalan boleh tak?

1. Adakah anda rasa anda HOT?
Ada rasa sikit HOT (panas badan) malam ni hehehehehe

2. Upload wallpaper laptop yang digunakan sekarang?
Gambo romantik 4 beranak menghadap laut

3. Cerita pasal gambar nih?
Gambar ni diambil oleh seorang photographer mudme masa family day di pangkor bulan 3 lepas. Suka sangat gambar nih...

4. Kali terakhir makan pizza?
Dah lama dah.. rasanya cam masa pregnant dulu jer.

5. Lagu terakhir anda dengar?
Ntah lagu apa yang radio tadi pasang (masa balik opis)

6. Apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ini?
Tengok TV cerita Geng Surau!! best cerita dia. nih duk gelak jer

7. Selain nama sendiri anda dipanggil nama apa?
Ummi oleh anak2, hubby, adik2, ipar duai dan segalanya... hehehehe



Pae.. acilah ek ana skip soalan2 seterusnya aci ek.. terima kasih pae. Ko lah sahabat koi dunia akhirat ;-)

Fikir-fikirkanlah...

HUTAN SERI GOMBAK TERBAKAR!!!

Salam semua, waaa tajuk cam hangat je kan. Tetapi memang itulah pun yang berlaku semalam. Kebetulan pula saya tertinggal botol susu kat rumah, so waktu tengahari semalam saya pun balik untuk ambil botol.

Semasa saya berhenti di traffic light di Seri Gombak, saya ternampak asap berkepul-kepul diudara. Terkejut juga. Memula ingatkan rumah terbakar. Tapi apsal plak kat hutan. Dalam terkejut tu sempat gak lah snap beberapa gambar.

Gambar ni waktu memula perasan ada asap yang extraordinary kat atas bukit tu. Ada 2 kawasan yang menghasilkan asap yang amat tebal.

Gambar ni pula sewaktu kereta sedang mendaki bukit menghala ke Pinggiran Batu Caves. Asap semakin jelas kelihatan.

Nampak tak api yang dalam bulatan warna kuning tu? bulatan yang tak berapa bulat ;-)


Gambar terakhir yang berjaya dirakam oleh lensa kamera.

Semasa saya lalu di tempat kejadian, masih belum ada sebarang aktiviti pemadaman api. Saya pun macam konfius, apsal tak de bomba ke apa ke. Mungkin kejadian masih baru ataupun masih belum ada orang yang menelefon pihak berwajib.

Untuk pengetahuan, bila saya balik dari pejabat lebih kurang pukul 4.30 saya lihat tempat kejadian tu dah gondol & hitam kesam kebakaran. Hutan yang dulunya hijau, kini dah terang dan kesan terbakar. Cuaca panas tengahari semalam menambah marakkan api. Gambar selepas kejadian tak dapat nak ambil sebab kamera dah tertinggal plak kat rumah.

Huh! saya dah macam wartawan plak. Amacam? ada bakat tak? So, lepas ni tak boleh tinggal kamera ;-)

Sekian saya melaporkan dari tempat kejadian.

Fikir-fikirkanlah...

Thursday, August 12, 2010

BERDOA KETIKA WAKTU BERBUKA

Salam buat semua, pagi tadi, sesudah bersahur dan mengemas dapur, sempat saya membelek majalah anis keluaran terbaru. Terpandang pada sehelai muka surat yang menuliskan berkenaan info yang saya ingin kongsikan bersama. Tulisannya ringkas tapi memberi manfaat yang tinggi. Berikut adalah infonya:

Seperti yang disabdakan oleh nabi saw: "bagi orang yang berpuasa itu yakni pada waktu berbuka puasa ada doa yang mustajab" riwayat ibnu Majah, Hakim, Abu Daud & Baihaqi.

Dalam riwayat lain, nabi saw bersabda: "Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu ketika berbukanya ada saat doa yang tidak ditolak." Riwayat Ibu Majah dan Ibu Sinni, daripada Abdullah Ibnu Amru Ibnu 'As.

So, sahabat handai pembaca sekalian, apa kita tunggu lagi. Bila tiba waktu berbuka nanti jangan terus terkam makanan, doa dulu serba ringkas InsyaAllah dimakbulkan. Rebutlah setiap peluang yang diberikan.

Fikir-fikirkanlah...

Wednesday, August 11, 2010

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN ALMUBARAK


Salam semua, Alhamdulillah hari ini saya dapat menjalani ibadah puasa setelah sihat daripada demam selama 2 hari. Saya baru sahaja sembuh dari demam virus. 2 hari tak lalu makan dan sahur tadi pun masih belum ada selera sebab liur masih pahit. Semoga Allah membekalkan tenaga kepada saya untuk meneruskan puasa pada hari ini.

Sempena bulan yang mulia ini, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat berpuasa kepada semua umat islam. Semoga kita tidak mensia-siakan kehadirannya. Sambutnya dengan rasa bersyukur. Penuhinya dengan amal ibadah. Semoga kita meraih keberkatan yang datang bersamanya.


Fikir-fikirkanlah...

Monday, August 9, 2010

MENYUSU KETIKA HAMIL

Salam semua, hari ini sesi berbual-bual dengan rakan sekerja :-) saya pun rasa tak sedap badan sekarang ni. So kejap lagi nak ke klinik. Tapi diingatkan, entri ni bukan untuk saya tau ;-)

Tadi sahabat saya ada mengajukan masalah berkenaan menyusu ketika hamil. Dia diberi khabar gembira beberapa hari yang lalu. Iaitu mengandungkan anak kedua. Sekarang dia masih menyusukan anak pertamanya. Dan umur anak sulongnya adalah 1 thn 1/2 ++. So bile saya jalan-jalan di blog kengkawan, saya terjumpa info ini dari blog Coretanku. Info berkenaan tandem nursing. Butirannya seperti dibawah;

Setakat ni rasanya belum ade lagi bukti atau kajian yg menunjukkan yang menyusukan anak boleh memudaratkan kandungan, tu bagi golongan ibu2 yg tak berisiko la, tapi bagi golongan dibawah ni memang tak digalakkan langsung untuk tandem nursing ni... (suzana, pinjam tempek kt sini ek)

.Golongan yang berisiko dan tak digalakkan untuk Tandem nursing atau penyusuan ketika hamil ialah:
  • Ibu yg pernah melahirkan bayi pra matang,
  • Hamil kembar
  • Menunjukkan tanda-tanda akan melahirkan lebih awal dari tarikh jangkaan,( ia patut diberi perhatian kerana oksitosin boleh merangsang kontraksi dan boleh menyebabkan kelahiran pra matang )
  • Pernah keguguran
  • Mengalami pendarahan ketika hamil
  • dan lain2 kehamilan berisiko tinggi
Menurut kajian, rahim tidak memahami “mesej” daripada oksitosin untuk memulakan kontraksi sehinggalah kandungan berusia lebih kurang 24 minggu. So, penyusuan sehingga kandungan berusia 20 minggu masih dianggap selamat, dan ibu2 juga tak perlu la tergesa2 hentikan menyusukan anak sebaik mengetahui yg diri mengandung. Namun begitu, amat penting bagi ibu2 yg berhasrat ingin meneruskan penyusuan (Tandem Nursing) ni untuk mengambil kira perkara2 dibawah bagi menjamin perkembangan kandungan yg sempurna, kesihatan ibu, dan emosi anak yg menyusu, :

.Perkara yg perlu ditekan sekiranya ingin meneruskan Tandem Nursing atau penyusuan ketika hamil ialah:
  • sejarah perubatan,
  • Doktor mengesahkan yg kandungan anda berada dalam keadaan Ok dan boleh meneruskan penyusuan
  • tahap keselesaan fizikal dan emosi,
  • usia anak dan keperluan penyusuannya, (Jika anda menyusukan bayi berumur kurang dari enam bulan sewaktu mengandung, anda perlu memantau perkembangan dan pertambahan berat badannya Minta nasihat pakar kanak-kanak tentang perkembangan berat badannya. Anda mungkin perlu menambah susu formula )
  • Pengambilan makanan yg berkhasiat
  • Mendapatkan berat badan yg sesuai/ideal
  • Mempunyai dan menikmati masa rehat yg mencukupi
.Penting bagi ibu2 yg ingin menyusu ketika hamil tahu bahawa:
  • Penyusuan sewaktu mengandung tidak akan menghalang janin mendapatkan zat makanan yang diperlukannya.
  • Ia juga tidak akan melemahkan tubuh ibu.
  • Anda Mungkin akan berasa letih dan tidak bermaya..jadi rehat yg secukupnya amat2 diperlukan.
  • Kita juga akan mengalami rasa sakit pada puting kerana puting menjadi lebih sensitif ketika hamil. cuba tukar posisi anak ketika menyusu, pastikan lekapan bayi adalah betul dan cuba berfikir perkara lain dan bernafas dalam2 bagi mengurangkan rasa sakit tadi.
  • Amat penting bagi ibu2 mengambil makanan atau menepati diet mengikut keperluan piramid makanan yg betul. makan makanan yg berzat dan minum air mengikut kuantiti yg diperlukan badan.
  • Sewaktu mengandung kebanyakan ibu akan mengalami masalah dalam penghasilan susu disebabkan oleh perubahan hormon.
  • Malah, sewaktu trimester kedua, susu itu akan mula berubah menjadi kolostrum. Kuantiti dan rasa susu akan berubah secara mendadak. Oleh kerana itulah, kebanyakan bayi akan bercerai susu dengan sendirinya setelah menganggap rasa susu berbeza daripada biasa.
  • Perlu diingat, setelah anak berumur satu tahun, susu bukanlah lagi diet utama anak-anak. Anak sudah harus diberi makanan lain utk memenuhi keperluan zat mereka. Penyusuan pada waktu ini lebih kepada pengisian emosi yang tiada tolok bandingnya. Jika pada masa ini ibu memilih untuk memberhentikan penyusuan, ibu harus pandai membahagi masa yang lebih utk memujuk anak yang baru bercerai susu ibu.
  • Jika anda tidak berhajat untuk menyusukan anak anda selepas bayi dalam perut lahir ('tandem nursing'), maka anda perlu membuat perancangan untuk menyapihnya semasa hamil ini. Jika anda ingin menyapihnya selepas kelahiran bayi baru, mungkin dia akan merasa terganggu emosi. Cara yang biasa diamalkan, "jangan tawarkan, tetapi jangan menolak jika dia nak"
  • Ada sesetengah doktor yg kurang support BF apatah lagi Penyusuan ketika hamil ini, so cuba la dapatkan pendapat kedua atau ketiga dari gynea yg berbeza, juga dapatkan pandangan dari pakar laktasi berkaitan isu iini.
  • Ada sesetengah pendapat mengatakan kalau hamil dan menyusukan anak, boleh mengakibatkan bayi di dalam perut tak mendapat zat yg secukupnya. setakat ni tiada kajian yg menyokong pendapat ni, Anak anda tidak akan 'mencuri' kolostrum dan lain-lain khasiat daripada adiknya yang masih dalam perut jika dia menyusu, kerana badan anda tahu yang mana yang perlu didahulukan.disini uniknya ciptaan allah S.W.T ni, dimana badan ibu itu sendiri akan menyalurkan zat yg secukupnya mengikut keperluan kandungan, susu untuk si anak dan keperluan badan ibu itu sendiri, dengan syarat ibu itu mengambil makanan yg seimbang, menjaga kesihatan dengan baik dan mendapat rehat yg secukupnya...dan sentiasa berdoa agar Allah permudahkan segalanya untuk kita
  • Jika ada yg mengatakan penyusuan boleh mengakibatkan keguguran, mungkin ade betulnya jika anda tergolong dalam golongan yg berisiko tetapi jika sebaliknya dan doktor gynea mengesahkan yg anda selamat untuk meneruskan tandem nursing, InsyaAllah dengan izin Allah semuanya akan selamat...banyakkan berdoa dan Tawakkal...
  • Sekiranya betul Penyusuan itu sudah termaktub boleh memudaratkan janin didalam rahim, pasti para ilmuan dan ulamak islam dah membahaskan kejelasan hukum berkaitan hal ini ..setakat yg saya tahu, ade hadis berkaitan hal ini, seperti dibawah



    Terdapat hadis di dalam soheh Muslim di mana Rasulullah s.a.w. bersabda; “Aku pada mulanya berhasrat menegah al-Ghilah hinggalah diberitahu kepadaku bahawa orang-orang Rom dan Parsi melakukannya dan tidak ada kesan mudarat pada anak-anak mereka (maka aku tidak jadi menegahnya)” (HR Imam Muslim dari Judamah binti Wahab al-Asadiyyah r.a.).

    Menurut ulamak, al-Gilah mempunyai dua maksud; (maksud pertama;) mensetubuhi isteri ketika ia sedang menyusukan anak (dibimbangi ia akan mengandung pula dan memudaratkan anak yang sedang disusui). (Maksud kedua;) seorang wanita menyusui anak ketika ia sedang hamil/mengandung.

    Hasrat Nabi s.a.w. menegah perbuatan tersebut ialah kerana dibimbangi perbuatan tersebut akan memudaratkan bayi yang sedang menyusu. Menurut tabib-tabib Arab di zaman Nabi; susu wanita hamil adalah penyakit dan orang-orang Arab tidak menyukainya dan mereka akan menjauhkan anak-anak mereka darinya. Kerana itu, Nabi berhasrat melarangnya. Namun apabila Nabi mendapati orang-orang Rom dan Parsi telah biasa melakukannya dan tidak ada sebarang kesan tidak elok pada anak-anak mereka, maka baginda menarik semula hasrat baginda. Imam an-Nawawi menegaskan; “Di dalam hadis ini terdapat keharusan al-Ghilah kerana Nabi tidak menegahnya dan baginda menjelaskan sebabnya” (Lihat; Syarah Soheh Muslim, juz. 10, kitab an-Nikah, bab Jawaz al-Ghilah…)
    untuk lebih kepastian rujuk la pakar2 agama atau ustaz2 atau ustazah ya...

Fikir-fikirkanlah...

Friday, August 6, 2010

7TH KLIFF 2010

Salam semua. Alhamdulillah hari ini telah berakhir program forum kewangan islam Kuala Lumpur kali ke-7 anjuran CERT Events Sdn Bhd. Program ini berlangsung dari 2hb Ogos 2010 sehingga 5hb Ogos 2010. Ia diadakan di Nikko Hotel, Kuala Lumpur.Kami kakitangan CERT telah berkampung disana bermula 1hb Ogos sehingga semalam.Saya amat-amat berterima kasih kepada rakan sekerja yang memberikan kerjasama yang tinggi sepanjang program berjalan. Tidak dilupa kepada part-timer yang turut bertungkus lumus membantu menjayakan program ini.Kehadiran adalah diluar jangkaan, terdiri dari pelbagai latarbelakang tetapi meminati dan mempunyai agenda tersendiri dalam industri kewangan Islam.

Terlalu banyak gambar nak upload. Tapi saya upload yang ni je lah ek. Tetamu kehormat untuk program ini adalah, En Wan Pengarah JAKIM, Dato' Seri Husni Hanadzlah bagi merasmikan KLIFF 2010 & Tan Sri Mohd Nor Yakcop bagi makan malam dan penyampaian anugerah KLIFF 2010;

Food testing

Tenaga kerja lelaki bersama CEo & Syariah Scholar Dr Daud Bakar

Tenaga kerja wanita


Gambar bersama part-timer nak upload tp server slow sangat lah.. sorry ye Isma. Apa-apa pun akak amat menghargai jasa Isma.

See you at KLIFF 2011!




Fikir-fikirkanlah...

LAMA MENYEPI?

Salam buat semua, mungkin ada yang tertanya kemana perginya insan bernama ASN ini? Lama lamannya terbiar sepi tanpa berita. Mungkinkah dia ditimpa masalah? atau hatinya telah tertutup untuk menghiasi laman ini?

Alkisahnya, sejak 2 minggu yang lepas saya amat-amat sibuk dengan tugasan pejabat yang menuntut saya untuk berhenti sebentar dari menghias atau berkongsi info dengan mereka yang setia melawat laman saya.

Saya dan sahabat lain berusaha keras bagi memastikan forum kewangan Islam Antarabangsa kali ke-7 anjuran syarikat berjalan lancar. Saya akan kongsikan dientri seterusnya berkenaan forum ini.

Berjumpa lagi dilain siaran :-)

Fikir-fikirkanlah...
Related Posts with Thumbnails