Pages

Monday, May 3, 2010

SUSU IBU

Menyusukan bayi secara eksklusif memang sesuatu yang mencabar bagi ibu-ibu yang bekerja. Walaubagaimanapun, kita patut mencuba sedaya upaya untuk menyusukan anak kita selagi termampu. Sesungguhnya susu ibu adalah yang terbaik buat anak kita. Adalah satu kekurangan bagi saya sekiranya tidak dapat menyusukan anak kita. Susukanlah mereka walaupun hanya untuk sementara waktu.

Pengalaman menyusukan anak pertama saya amat berharga. Ia menjadi panduan buat saya dalam menangani masalah penyusuan bagi anak ke-2. Saya hanya dapat menyusukan anak pertama kurang dari sebulan. Ia benar-benar membuatkan saya sedih. Ini berlaku kerana bayi saya telah mengalami masalah keliru puting dan kesilapan saya dalam memilih breast pump.

Bagi anak yang kedua ini, saya memastikan yang saya menyusukan dia sepenuhnya. Sekurang-kurangnya saya dapat mencapai breastfeeding exclusive (penyusuan penuh selama 6 bulan pertama). Alhamdulillah setakat ini saya masih menyusukan dia tanpa campuran susu formula. Usianya baru menjangkau 4 bulan. Amat-amat berdoa agar saya akan dapat terus menyusukan dia. Bagi yang bakal menjadi ibu, banyakkan bacaan bagi menambah pengetahuan dalam penyusuan. Saya akan ceritakan kisah dan pengalaman saya berkenaan penyusuan dalam entri seterusnya. Semoga ia dapat menjadi panduan bersama.

Begitu indah & sempurna ciptaan Allah, sesungguhnya ia mampu mengeluarkan susu yang amat berkualiti bagi bayi yang dilahirkan. Dan penghasilannya mampu bertahan sehingga bertahun lamanya.

Fikir-fikirkanlah...

2 comments:

izahdaut said...

sangat setuju!! hidup ana..hikhik..

CERITAKUASN said...

Undilah saya!!! hahahahaaaa betul pae, sedih sgt masa yg sulung ari tu. Tgk org lain dapat susukan anak dia. Tp kita.. huhuhu siap p amik pil kt klinik sbb nk kasi susu keluar. tp tak berjaya.

Related Posts with Thumbnails