Tuesday, July 27, 2010

OMELETTE

Salam semua. Ambil masa kejap nak pos entri pasal omelette. Kepala pun tengah senak dengan pelbagai kerja KLIFF, so saya berehat sebentar dan beri peluang untuk saya bersiaran bersama laman ini.


Omellet ni saya buat hari Ahad hari tu. Tak sempat nak upload kt laman ni. First time buat, so rupanya tak delah cantik mana. Tapi yang penting rasa dia setanding dengan yang my sis masak heheehheee.. untuk cara buat boleh tengok sini. Untuk omellet ni yang pentingnya adalah sos lada hitamnya. Untuk cara buat sos lada hitam sila klik di sini.

Ok.. saya sambung kerja dulu ;-)


Fikir-fikirkanlah...

AYAM MASAK SUKA HATI

Salam buat semua. Dalam bulan sya'ban ni perbanyakkanlah amalan kita ye. Saya punya tahap pun masih ditakuk lama. Ish perlu ada kesedaran ni...

Semalam untuk juadah makan malam saya masakkan untuk family saya Ayam masak Suka Hati. Heheheehehhehehe saya namakan masakan tu macam tu sebab memang saya main masak je. Tanya hubby nak makan apa, dia jawab tak tahu. So, dengan kekreatifan yang ada, saya masakkan ayam ni.


Semua kata sedap. Kembang berbunga hati ini hikhikhik. Jom kita cuba resepi Ayam Masak Suka Hati ini;

Bahan;
1/2 ekor ayam potong kecil
sedikit sebuk kunyit
sedikit serbuk kari
5 biji bawang kecil - kisar
3 biji bawang outih - kisar
1 biji bawang besar - Potong bulat
2 biji cili besar merah - potomg
2 biji tomato - potong (optional)
segenggam cili padi - kisar (ikut kepedasan anda)
2 sudu sos toram
1/2 sudu stok ayam
2 cawan air
sedikit garam
2 sudu air asam jawa (jangan banyak sangat, kang masam sangat)
1/2 sudu tepung jagung

Cara;

Perap ayam dengan kunyit, garam & serbuk kari. Biarkan beberapa minit. Kemudian goreng ayam seperti biasa dan ketepikan. Kurangkan minyak gorengan tadi. Tumis bahan kisar. Tak perlu tumis sehingga garing. Masukkan sos tiram & stok ayam. Goreng sebentar dan masukkan air. Biarkan mendidih kemudian masukkan bawang potong & cili merah potong. Masukkan bancuhan tepung jagung. Didihkan sebentar dan masukkan ayam. sebelum angkat, masukkan tomato potong. Kacau kejap dan wallllaaaaahhhhhhh.. sedia untuk di jamu.


Fikir-fikirkanlah...

Monday, July 26, 2010

SEKOLAH KHAS UNTUK PELAJAR MENGANDUNG?!

Salam semua, dalam perjalanan ke pejabat tadi ada saya terdengar dalam berita radio berkenaan usaha mewujudkan sekolah khas bagi pelajar-pelajar yang mengandung. Bila jalan-jalan kat blog kak cik seroja, ada dia beri link berita kosmo yang menceritakan lebih lanjut berkenaan kisah sekolah mengandung ini.

Gambar sekadar hiasan

Mmmmm... mereka ni dah fikir habis-habis ke? Jangan nanti nak selesaikan 1 perkara, timbul pelbagai perkara lain pula.

Antara keratan dalam berita kosmo;

Beliau bagaimanapun tidak mahu cadangan itu disalah tafsir sebagai galakan untuk remaja berkahwin atau hamil anak luar nikah.

"Apa yang penting kita nak selesaikan masalah remaja berzina dan selepas itu mereka buang bayi,'' katanya.

Apa yang saya nampak dari sudut pemerhatian seorang insan kerdil yang tak banyak ilmu dan tak tinggi pengetahuan seperti dato' atau pemimpin lain, apa yang mereka ini cuba selesaikan adalah pembuangan bayi. Tidak dinafikan pembuangan bayi ini zalim. Tetapi kenapa tidak cuba fikirkan cara untuk elak remaja ini daripada berzina?

Kalau nak atasi masalah, elak dari buat masalah. Kalau nak buang pokok, buang dari akar. Kalau cantas pucuk, pucuk lain akan tumbuh pula.

Secara tidak langsung ia mungkin akan menggalakkan remaja ini untuk terus hanyut dalam noda yang mereka sendiri cipta. Apa tidaknya, ada penyelamat menunggu jika 'sesuatu' terjadi.

mmmmmmmm ntahlah.. saya sekadar membebel dan meluahkan apa yang terfikir dek kotak fikiran..

Fikir-fikirkanlah...

Saturday, July 24, 2010

SOS LADA HITAM

Salam semua. Kali ni entri masak-masak. Yeay!!!! saya telah berjaya masak sos lada hitam!! hehehehe first time buat ni. Seronok sangat sebab menjadi. Tapi agak pedas sedikit. Buat sos ni sebab nak makan dengan omelet. Tapi omeletnya tak dibuat lagi. Tak pe, yang penting buat sos ni dulu.


Actually bahan-bahannya ada yang ditukar ganti. Guna apa yang ada kat dapur. Jom kita lihat bahan campurannya;

3 sudu lada hitam (ikut suka, nak pedas letak lebih sikit)
3 sudu sos cili - jangan banyak sangat nanti terasa sos sangat
1 cawan susu cair - saya guna 1 sudu susu pekat sbb susu cair tak dak
2 cawan air
sedikit planta - ni untuk nampak cantik & berkilat
3 sudu kicap pekat - saya tak letak sebab tak de
kicap cair - ikut suka sampai nampak hitam
Tepung jagung - untuk pekat (sikit je, mengikut kadar kepekatan yang diingini)

Gaul semua bahan kedalam periuk. Letak atas dapur dan kacau hingga mendidih dan pekat.

Ok, dah boleh digunakan untuk sebarang tujuan.

Fikir-fikirkanlah...

Friday, July 23, 2010

HORMAT PADA SI PEMBERI REZEKI

Mutiara: Beribadahlah kamu seolah-olah kamu akan mati pada esok hari.

Salam semua. Entri ini agak emosi juga sebenarnya. Emosi dengan 3 rakan sekerja yang tidak menunjukkan hormat kepada majikan. Kalau dah rasa tak nak dengar cakap majikan sekarang, carilah majikan lain. Janganlah nak tunjuk lagak dan besar kepala pada orang yang bayar gaji korang.

Itu lah sifat manusia, mudah lupa. Lupa pada si pemberi jasa. Keadaan ini sama dengan sifat-sifat manusia lain yang hidup didunia ini. Semua bernafas, berjalan, mendengar, melihat, bercakap dan sebagainya dengan keizinan dan pemberian dari Allah s.w.t. Segala rezeki yang diperolehi untuk menyara hidup di dunia ini pun adalah dari Allah. Tetapi, walau begitu banyak nikmat yang diberikan Allah, manusia tetap lupa dan tidak hormat kepada pemberi rezeki ini.

Lebih banyak yang menderhaka dari yang taat. Lebih banyak si pembuat dosa dari yang mencari pahala. Kalau dah rasa nak buat dosa, tak nak ikut hukum hakam agama yang ditetapkan oleh si Pencipta, carilah dunia lain. Tak perlulah nak tunjuk lagak dengan mendabik dada berpakaian seksi, berzina, minum arak bagi yang mengaku muslim.

Insaflah sebelum terlambat. Bertaubatlah sebelum Dia murka. Mohon maaflah sebelum dicampakkan hukuman. Hormat dan patuhlah lepada sipemberi rezeki.

Fikir-fikirkanlah...

AMALAN BAIK PADA HARI JUMAAT

Salam semua. Selamat pagi Jumaat. Semoga hari ini adalah hari yang menggembirakan anda semua. Di sini saya nak kongsi sedikit beberapa perkara yang elok kita lakukan pada hari Jumaat.

Perkara yang digalakkan;

1. Bangun awal.
- Seelok-eloknya bagunlah sebelum subuh. Buat persiapan untuk solat subuh. Saya bangun pukul berapa? rahsia hehehehe

2. Mandi
- Dah bangun terus mandi. Jadikannya amalan. Bagun tidur terus mandi kemudian solat. Ramai antara kita, bangun tido, ambil wuduk dan solat. Ada pula sesetengahnya, selepas solat subuh sambung tidur semula. Ish ish ish... jangan jadikannya amalan. Bukankah kita semua maklum bahawa, tidur di waktu subuh itu menutup pintu rezeki.

3. Pakai-pakaian putih atau bersih.
- Islam suka umat dia sentiasa menjaga kebersihan dan sentiasa berada dalam keadaan bersih. So, pakailah pakaian bersih & cantik.

4. Pakai wangi-wangian.
- Bab ni tak perlu nak cakap banyak. Kebanyakkannya semua mesti pakai minyak wangi punya kalau nak pergi kerja kan? kalau yang duk kat umah pun, apa salahnya pakai minyak wangi ;-) semua orang suka bau yang wangi kan? ;-)

5. Berhias / berdandan
- Berhias jangan lah melampau. Berhias disini bermaksud, potong rambut, potong kuku, cukur misai, gosok gigi dan sebagainya.

Sesudah itu bersegeralah ke masjid. Sabda Rasulullah s.a.w.:

” Sesiapa yang masuk dahulu ke dalam masjid pada hari Jumaat untuk sembahyang Jumaat, maka seolah-olah dia sudah berkorban dengan seekor unta dan orang yang masuk pada waktu yang kedua berkorban dengan seekor lembu dan yang masuk pada waktu ketiga maka seolah-olah dia berkorban dengan seekor kambing dan siapa yang masuk ke masjid pada waktu keempat maka seolah-olah ia berkorban dengan seekor ayam, dan orang yang masuk waktu kelima maka seolah-olah dia berkorban dengan sebutir telor. Maka apabila naik imam ke atas mimbar ditutupnya buku catatan dan diletakanlah pena oleh malaikat dan mereka berkumpul dekat mimbar mendengar khutbah.”


Selamat beramal ;-)

Fikir-fikirkanlah...

Sumber http://nuraiman.wordpress.com/2008/04/02/antara-amalan-amalan-terbaik-di-hari-jumaat/

Wednesday, July 21, 2010

GENERASI KINI

Mutiara: Nilai manusia semahal nilai matlamatnya

Salam semua. Dah beberapa hari saya tak tempek sebarang entri dilaman ni. So hari ni, sebelum kepala saya berserabut dengan kerja-kerja office, saya nak bercerita dulu di sini.

Ini adalah kisah yang diceritakan oleh suami. Kisah generasi kini. Kisah berkenaan anak muridnya. Saya amat-amat terkejut bila diceritakan oleh suami.

Seorang budak darjah tiga. Saya ulangi darjah TIGA!! so, kalau dah darjah tiga tu mestilah umurnya baru 9 tahun. Tu pun tak tau lah dah masuk 9 tahun atau belum. Al-kisahnya seluar sekolah yang dipakai koyak dibahagian depan (tempat zip tu). So kalau dah pakai seluar tu maksudnya budak ni lelakilah kan. Kalau dah lelaki faham-faham sendiri je lah apa yang ada kt depan & dekat dengan zip (ish saya tak sanggup nak cerita).

Nak tau apa yang budak darjah tiga ni buat? Dia boleh keluarkan 'bird' dia & gesel pada buku dan dia boleh cakap kat kawan-kawan dia "kalau nak is*p sekali 10sen" YA ALLAH TERKEJUTNYA SAYA DENGAR!!!!!!!!!

Perlakuan budak tadi diadukan oleh rakan sekelasnya kepada suami saya. So, cikgu-cikgu yang dengar terus pergi jumpa budak tadi dan persoalkan apa yang berlaku. Bayangkan sekiranya anda ditempat suami saya, mesti anda juga turut rasa marah dengan apa yang berlaku.

Setelah disoal siasat, budak tersebut mengaku bahawa dia belajar semua perkara yang tidak senonoh itu melalui dvd yang ditonton. Apa yang lebih mengejutkan ialah, dia menonton dvd tersebut dengan pengetahuan ibunya!!!

Ya Allah apalah yang berlaku pada dunia hari ini. Jika diimbas kembali pada 20 tahun yang lepas, pada saya berumur lebih kurang dengan budak tersebut, belum terfikir dikepala saya dengan semua perkara yang menjijikkan itu. Alangkah bahayanya generasi sekarang. Betapa masa depan mereka terancam dengan pendedahan-pendedahan yang terlampau ini.

Besarnya cabaran untuk menbesar dan mendidik generasi muda ini. Cerita-cerita di tv pun sekarang banyak mengancam mereka. Iklan tv secara langsung tanpa kita sedari turut memberi pengaruh yang tidak elok kepada mereka. Martabat hiburan diangkat tinggi.

Ya Allah, bantulah kami dalam mendidik anak-anak kami....


Fikir-fikirkanlah...

Friday, July 16, 2010

MADAH BERHELAH

"Taatilah kepada aku selagi aku taat kepada Allah. Sekiranya aku menyeleweng atau melanggar perintah Allah jangan taat kepada aku. Tentanglah aku sehingga aku kembali kepada hukum Allah."

Ucapan Sayidina Abu Bakar as-Siddiq ketika dilantik menjadi khalifah, selepas wafatnya baginda Rasulllah s.a.wFikir-fikirkanlah...

Diambil dari http://www.ittutor.net/forums/index.php?showtopic=35290 - Panduan memilih pemimpin

Harga barang naik lagi
Rakyat semua tak puas hati
Bising sana bising sini
Tapi 'diorang' buat tak reti

Harga barang naik lagi
Semua benda tarik subsidi
Kerajaan kata depa rugi
Suruh rakyat berdikari

Harga barang naik lagi
Peniaga dah kira untung rugi
Pengguna juga yang gigit jari
'Orang atas' terus tarik tali

Hari ni petrol, gas dan gula
Esok lusa tak tau cerita
'Diorang' kata naik sikit saja
Jimat cermat amalan mulia

Anjur kempen berjimat cermat
Iklan beli barangan Malaysia
Rakyat sebelum ni tak cukup berjimat?
Tak cukup cermat or sengaja dipersia?

Ini lah Malaysia negaraku tercinta
Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan
Apa nak buat terpaksa terima
Rakyat kebuluran, selamatkan 'kerajaan'


Fikir-fikirkanlah.....

Thursday, July 15, 2010

NAIK NAIK NAIK!!!!!!!!

Salam semua. Entri ni agak emosi sikit. Sebagai rakyat, pengguna dan juga manusia yang sememangnya menggunakan petrol, gas dan gula amat-amat rasa tertekan dengan kenaikan ketiga-tiga barang tersebut.

Memanglah orang kata naik tak banyak. Tapi kalau dah consume dalam kuantiti yang banyak dan kerap akan terasa juga. Especially petrol. Lainlah kalau orang yang bergaji berpuluh K tak delah nak merungut. Tapi bagi orang yang tak mampu, bertambah tak mampulah dia. Yang dulu miskin dah jatuh miskin tegar. Apa kes?

Semua duk sibuk dengan pasir. Sampai tak sedar 'orang' masukkan pasir dalam periuk nasi. Sedar-sedar dah naik semuanya. Memanglah orang kata "Alaaaaaa naik setakat 5 sen 10 sen dah sibuk". Hari ni naik 5 sen, esok naik lagi 5 sen, esok esok esok lagi? so dah jadi berapa sen?! Pulak tu, barang ni naik 5 sen, barang tu naik 10 sen, barang yang ni pulak naik 20 sen. Bahan ni dah tak kawal. Haaaa.. tu pun dah jadi berapa sen yang naik?!

Saya bercakap sebab saya ni manusia, pengguna dan rakyat Malaysia. Saya meluahkan apa yang saya fikirkan. Salah ker? Zaman sekarang ni, kalau tak de duit tak leh hidup. Kalau tak de duit tak boleh bergerak kemana pun. Sebab itulah, orang sekarang ni mata duitan. Tak kira lah orang bawah or orang atas.

mmmmmmm nak cakap lebih-lebih pun buat sakit hati je. So fikirlah sendiri ye...


Fikir-fikirkanlah...

Award BLOG LAWA GILER DARI IZAH MUFFIN LOVER

Salam semua. Hahahahaha tak sangka bleh dapat award ni. Ni edisi perasan sendiri or masuk bakul angkat sendiri.

Thank you pae sudi tag untuk award ni. Tiada kata-kata yang dapat saya luahkan disini kerana saya tidak menjangkakan kemenangan ini... cewah.. berlatih untuk terima award seterusnya hahahaha... nak kena jawab soalan gak ker?

S: Suke tak award ni?

lebih dari suka.. sengih sampai bawak ke mimpi


S: kamu rasa blog kamu lawa gila?

Kompomlah lawa.. bukan blog je lawa. Tuan punya blog pun lawa ;-) (tambah perasan)


S: kamu selalu singgah di blog sape?

Blog yang di follow. Yang pasti blog orang yang tag award ni (blog pertama yang akan diterjah).

S: beri senarai blog yg 'lawa gila' bg kamu.

Seme blog.


S: Tag kpd org yang kamu rasa patut dapat award special nie.

Bab ni susah skit. Sesapa yang rasa blog dia lawa giler, meh lah amik award ni. Pemurah lagi bermurah hati nih...

Fikir-fikirkanlah...

Tuesday, July 13, 2010

BABY BIRU CONTEST

Salam semua. Hari ni rasa nak joint 1 lagi contest anjuran My BELOG_Mrs.Hilmy.

Nasib baik ada gambar anak pakai baju biru. Ni gambar Afnan memakai swim suit berwarna biru. Air tu nampak biru tak? hehehehe

Nama anak Afnan Mujahid berumur 1 tahun 8 bulan.

Bagi sesapa yang berminat nak joint contest ni, just klik pada gambar yang ada kasut baby biru tu atau klik di sini.

Fikir-fikirkanlah...

Monday, July 12, 2010

WE ARE BORN TO BE LUCKY

Mutiara: Jangan minta diri dihargai sekiranya diri tak pandai menghargai

Salam semua. Semoga segalanya berada dalam keadaan baik. Dan semoga segala perancangan berjalan seperti yang dirancang. Untuk entri kali ini, saya ingin membawa anda semua untuk sama-sama berfikir akan kehidupan kita.

Kita selalu dengar ataupun selalu juga kita ucapkan;

"Untungnya dia lahir dalam keluarga kaya"
"Bertuah awak dapat suami macam tu"
"Bestnya kalau jadi macam dia tu"

Bermacam-macam ayat lagi yang kita utarakan yang barbau seumpamanya. Bagus sangatkah orang itu sehinggakan kita mahu mempunyai apa yang dia ada? atau, teruk sangatkah apa yang ada pada kita sehinggakan kita mahu apa yang ada pada orang lain? Sesungguhnya bersyukurlah dengan apa yang kita ada.

Jika kita soroti dan perhati dengan teliti, kita akan dapati bahawa betapa bertuahnya kita dengan apa yang Allah berikan atau kurniakan. Percayalah, setiap apa yang Allah berikan kepada kita adalah demi kebaikan kita.

Ramai yang ingin menjadi kaya dan banyak duit. Tapi mungkin sekiranya kita kaya, kita akan lupa kepada-Nya. Bagi wanita pula ramai yang ingin kelihatan cantik. Yang putih nak tambah putih apatah lagi yang sudah sememangnya dilahirkan dengan kulit yang berwarna. Bila kulit dah cerah sedikit mula terbit rasa bangga dan 'ujub. Daripada elok merendah diri, dah jadi membangga diri.

Untuk terbit rasa syukur dalam diri, bandingkan diri dengan mereka yang kurang bernasib baik dari kita. Dalam kata lain, pandang kebawah jangan pandang keatas.Secara tidak langsung, mereka yang berjalan pandang kebawah dan menjaga pandangan dikatakan sopan dan baik budinya berbanding mereka yang berjalan mendongak dan mendabik dada.

Teringat saya ketika melihat sesi temuduga untuk imam muda di kaca tv. Terdapat seorang pemuda yang cacat penglihatan tetapi penuh dengan ilmu agama turut serta dalam temuduga bagi mencari calon peserta imam muda. Namun dia tidak berjaya. Menurutnya, dia memang cacat penglihatan sejak dilahirkan. Ayahnya juga cacat penglihatan namun telah meninggal dunia. Pesanan ayahnya agar jangan sesekali melakukan sesuatu terhadap matanya. Biarkan sahaja buta. Sekurang-kurangnya mereka dapat mengelakkan dosa mata. Alangkah tersentuh hati saya apabila mendengarkan kata tersebut. Mereka sesekali tidak menganggap ia adalah satu kekurangan.

Oleh itu hargailah setiap apa yang ada pada kita. Bersyukurlah atas setiap pemberiannya.




Fikir-fikirkanlah...

Thursday, July 8, 2010

BILA RASA TERTEKAN

Salam semua. Lama saya tak dapat nak buat sebarang entri di sini. Ini pun curi-curi masa. Sekarang ni terlalu banyak kerja yang datang dan terlalu banyak benda yang perlu diselesaikan. Maklumlah, dah hampir untuk event tahunan antarabangsa 'Kuala Lumpur Islamic Finance Forum 2010'.

Bila kerja dah bertimbun dan dah tak sanggup nak pikul, mula terasa bebanan dan rasa tertekan. Ish Alhamdulillah saya mampu menangkis segala rasa-rasa tersebut hehehehe. Nak kata berbangga sebab mampu mengelak diri dari rasa tertekan tak boleh plak ;-) nanti timbul perasaan ujub. Nak tahu macammana saya mengatasi rasa tertekan? jom lihat tips dibawah;

1. Senyum sokmo

- Sentiasa senyum. Bila jumpa bos senyum, jumpa kawan-kawan senyum. Secara tak langsung ia akan mengurangkan tekanan yang kita fikirkan. Yang paling penting, bila dapat kerja atau tugasan baru pun kena senyum.

2. Jangan mengeluh dan menggelengkan kepala.

- Jangan sesekali mengeluh. Kalau sekali kita mengeluh, tekanan akan datang kepada kita walaupun perkara yang kita hadapi itu hanyalah perkara yang remeh. Kalau termengeluh, cepat-cepat kata pada diri yang masalah tersebut senang untuk diselesaikan.

3. Tarik nafas panjang-panjang.

- Bila saya berdepan dengan situasi kerja yang melambak dan bos datang menziarah untuk menambahkan kerja lagi, then saya akan tarik nafas dalam-dalam. Tarik nafas ni adalah untuk membekalkan oksigen yang banyak kepada otak kita supaya otak kita sentiasa bertenaga dan kurang tekanan. Tapi dingatkan jangan lepaskan nafas seperti orang mengeluh!

4. Jalan-jalan

- Jalan-jalan ni bukan pergi berjalan keluar dari office tau! jalan-jalan dalam ofice jer. Pergi pentry minum air ke, pergi lawat rakan sekerja yang lain ke. Saya selalu juga amalkan tabiat ini. Apabila rasa penat dengan tugasan, saya bangun dan berjalan ke tempat rakan sekerja. Pergi, berdiri sebentar dimejanya dan senyum. Kemudian balik semula ketempat saya dan mulakan kerja.

5. Bersenam

- Tak perlu buat senaman yang berat-berat. Cukup sekadar buat regangan badan sikit-sikit. Ini membantu untuk merehat atau melegakan otot badan. Otot stress, kita pun akan stress.

6. Sentiasa ubah cara duduk.

- Saya selalu buat perkara ni untuk cari / tukar mood. Mood perlu sentiasa di 'fresh' kan. Kalau sama je nanti cepat bosan.

7. Tukar kerja.

- heheheh yang ni bukan tukar tempat kerja tau, tapi tukar kerja. Kita kan banyak kerja, so bila stuck kat satu-satu kerja tu jangan stress kan diri anda. Kita buat kerja lain. Bila dan tenang sikit, sambung semula kerja yang tersangkut tadi.

8. Pastikan tempat sentiasa kemas.

- Tempat bukan sahaja perlu kemas, tapi teratur. Ia perlu bagi memudahkan kita untuk mencari sebarang alatan ataupun dokumen. Kalau cari barang tapi tak jumpa pun boleh membuatkan anda stress.

9. Jangan mengumpat.

- Mengumpat akan membuatkan anda lebih stress. Nak tau kenapa? bila anda bercerita dengan kawan anda, pasti akan keluar ayat-ayat seperti dibawah;

"ish, sakitnya hati... bos bagi aku kerja lagi. Dia tak tau ke aku ni dah banyak kerja?!"
"Geramnya dengan sipulan tu, tak pandai buat kerja, tak pasal-pasal aku kena buat kerja dia"
"eeee kenapalah dia ni macam ni, menyusahkan aku je"

ayat-ayat diatas pasti akan lebih menekan anda ;-) saya bukanlah tak de bercerita. Tapi kalau boleh kawal-kawallah ye. Kalau tak dibuat langsung pun lagi bagus. Mengumpat tukan dilarang dalam Islam.

10. Bercuti!!!

- Bila dah rasa diri tu nak tertekan dan nak mengelakkan untuk lebih tertekan, pergilah bercuti. Bercuti untuk merehatkan kepala, otak dan badan. Bercuti tu tak semestinya ambil cuti dan melancong. Cuti hujung minggu pun dah memadai. Pergilah kemana-mana yang anda ingin pergi. Balik kampung pun ok.

Hehehe perkara yang ke-10 tulah yang saya ingin buat sekarang. Rasanya kepala saya ni dah perlu rehat daripada memikirkan sebarang kerja pejabat. Berehat sebentar :-) So, saya nak balik kampung. Tak kisahlah kampung saya or kampung hubby. As long as balik kampung and dapat merehatkan diri.

OOOppsss terlupa point yang paling penting. point yang ke-11;

11. Jangan campur adukkan hal pejabat dan peribadi.

- Kerja pejabat adalah untuk di pejabat sahaja. Jangan sesekali anda bawa ke rumah. Jangan bincang atau bercerita perkara pejabat di rumah. Dan kalau ada perkara yang berlaku di rumah pula jangan bawa ke pejabat. Kalau anda campur adukkan, semuanya akan memberi tekanan kepada anda.

Namun apa yang pasti, segalanya anda yang tentukan. Semuanya bergantung dengan cara anda berfikir. So, sekarang ni... fikirkan untuk tidak merasa tertekan!!!

Fikir-fikirkanlah...

Sunday, July 4, 2010

7 AMAL YANG BERTERUSAN PAHALANYA

Salam semua. Hari ini saya ingin berkongsi dengan semua berkenaan 7 amal soleh yang sentiasa mengalir pahala sekiranya kita melakukannya. 7 amalan tersebut adalah;

1. Mengajar ilmu agama atau ilmu yang bermanfaat.

- Sekiranya kita mengajarkan ilmu yang bermanfaat kepada seseorang, dan dia pula menyampaikan kepada yang lain, kita akan memperoleh pahala daripada penyebaran ilmu tersebut. Selagi mana ia memberi manfaat kepada orang lain, selama itu lah pahalanya juga akan terus mengalir.

2. Membuka aliran sungai ataupun tali air.

- Selagi air tersebut terus mengalir dan memberi manfaat, pahalanya juga akan terus mengalir.

3. Menggali perigi. (konsepnya juga sama)

4. Manam pokok yang berbuah.

- Macam atuk nenek kita dulu, mereka tanam pokok-pokok buahan untuk cucu-cucu dia merasa makan buah-buah tersebut. Walaupun mereka dah tiada, tetapi pahalanya tetap ada untuk mereka sebab sekarang ni kita masih dapat merasa makan buah dari pokok yang mereka tanam

5. Membina masjid

- sesiapa sahaja yang membantu dalam pembinaan sebuah masjid pasti mendapat bahagiaannya. Termasuklah orang yang memberi sumbangan dalam pembinaan masjid tersebut.

6. Mewariskan Al-Quran

- mewariskan atau mewakafkan Quran untuk orang membacanya turut mendapat pahala yang berterusan selagi Quran tersebut diguna dan dibaca.

7. Meninggalkan anak soleh yang selalu berdoa bagi memohon keampunan untuknya.

- Meninggalkan anak yang soleh adalah sesuatu yang amat berharga. So, didiklah anak kita sebaik mungkin mengikut acuan yang telah ditetapkan Islam. Doa mereka amat kita perlukan bila kita sudah tiada.


Fikir-fikirkanlah...

Friday, July 2, 2010

BANDAR VS KAMPUNG

Mutiara: Kurang semangat lebih banyak menyebabkan kegagalan berbanding kurangnya kebijaksanaan atau kemahiran

Salam semua. Dah beberapa hari saya tak menempekkan sebarang entri di sini. Almaklumlah, sekarang ni agak sibuk dengan segala macam urusan pejabat dan juga urusan peribadi. Program forum kewangan Islam Antarabangsa anjuran syarikat pun dah hampir sangat dengan tarikhnya. Tambah pula dengan balik kampung secara mengejut pada hujung minggu yang lepas kerana kesihatan ayah mertua yang kurang memuaskan.

Hari ni saya nak cerita berkenaan bandar dan kampung. Banyak perkara yang boleh di bezakan atau dibandingkan antara bandar dan kampung. Apa yang saya nak bandingkan disini adalah harga barangan. Harga barang dibandar jauh lebih mahal dan terlalu mahal jika dibandingkan dengan kampung. Kenapa perkara ini terjadi? Ramai yang akan beri pelbagai jawapan berdasarkan faktor ekonomi setempat contohnya; kos pengangkutan lah, kos ini lah kos itu lah. Silap-silap boleh masuk graf demand & supply. Masaalahnya kenapa berbezaan harga itu terlalu jauh?!

Sakit kepala memikirkan keadaan


Sebenarnya, semasa di kampung pada hujung minggu yang lepas, kami ada ke kedai perabot. Hajatnya untuk membelikan kerusi malas buat ayah mertua saya. Biasalah, kalau saya dah masuk kedai perabot, segala katalog yang ada di kedai tu saya nak tengok. Walaupun tidak berhajat untuk membeli. Sekadar untuk membuat perbandingan harga. Semasa saya membelek-belek katalog tersebut, tergerak hati untuk bertanya harga kabinet dapur yang ada didalam buku tersebut. Kabinetnya sama seperti yang ada dirumah kami.

Saya: Nya, kabinet ni u jual berapa?

Nya: ooo yang tu aa? yang ni saya jual RM250.

Saya: Haaaa!!! RM250!!!! (dengan riak muka yang amat terkejut)

Nya: aaaa... kalo awak nak yang murah lagi ada. (muka terkejut dan macam takut-takut)

Saya: Sorrylah nya.. bukan saya nak beli. Saya tanya saja. Saya dah beli kebinet ni. Tapi saya beli RM500 +. Saya terkejut sebab u jual RM250 saja.

Nya: RM500!! fuhhhhhh (sambil geleng kepala)

Perbezaan harga 100%!!!! apa kes? itu belum masuk harga barang makanan dan pelbagai harga lain. Orang yang hidup dibandar pun bukan semuanya senang. Harga barang pun dah semakin naik. Yang dulu barang kawalan pun sekrang dah dikeluarkan dari barang kawalan.

Segala benda nak naik. Bila 'orang' naik hangin, 'diorang' plak naik minyak!!! Bila 'orang' bagi muka, 'diorang' naik kepala!

Fikir-fikirkanlah...
Related Posts with Thumbnails