Monday, May 17, 2010

CIKGU DAHULU CIKGU SEKARANG


Cikgu dahulu
Tegasnya hanya tuhan yang tahu
Jangan harap murid nak merapu
Salah sikit konfirm kena bambu

Cikgu sekarang
Tegas bukan kepalang
Anak murid pula suka tunjuk belang
Nak bambu karang, mula dia buat wayang

Cikgu dahulu
Merotan tanpa segan silu
Nak ajar murid agar berilmu
Supaya bijak fikiran dan tingkah laku

Cikgu sekarang
Mengajar dengan tenang
Murid bising, cukup sekadar pandang
Baru angkat rotan, murid dah tunjuk penendang

Cikgu dahulu
Mak bapak datang berteleku
Minta cikgu beri restu
Agar anak dapat ilmu

Cikgu sekarang
Mak bapak datang serang
'Engkau ajar je jangan nak pegang-pegang'
Kalau tidak, surat saman datang melayang

Cikgu dahulu
Murid salah dia luku
Balik rumah tak berani nak ngadu
Takut bapak tambah lagi satu

Cikgu sekarang
Marah murid garang-garang
Esok confirm ramai 'pelawat' datang
Nak buat liputan isu 'perang'

Sabarlah guru sekarang...


nukilan asn

Khas buat hubby, semoga kau tabah dan terus memberi. Akukan sentiasa disisi. Menemanimu menumpahkan bakti.

Selamat Hari Guru Buat Mohd Khairul Azmi Idris

Fikir-fikirkanlah...

3 comments:

shameel Iskandar said...

lain hulu lain parang. lain dahulu lain sekarang. Dulu sbgai seorg pelajar, sy dapat rasai mulianya guru pada pandangan pelajar. Hari ini sy pula mnjadi seorg guru, benar terlalu berbeza dahulu dan skrg. ibarat langit dgn bumi.


Jgn terkejut kalau saya ceritakan, pernah bapa dan anaknya( pelajar sekolah saya) merokok bersama2 berhampiran pagar sekolah. Bila guru menegur, si bapa tu cakap, "cikgu buta undang2 ke. Bukankah kami merokok kat luar kawasan sekolah"

CERITAKUASN said...

yup.. keadaan memang berbeza. Amat-amat berbeza. Waktu saya bergelar pelajar, rasa hormat terhadap guru itu tinggi. Tp sekrg seolah2 semuanya hilang.

Tp kalau difikirkan.. mak bapak sekarang adalah pelajar juga pd suatu ketika dahulu.. Tetapi kenapa skrg mereka seolah tak hormat pada guru? mmm

Anonymous said...

bestnya puisi nie.....hehheheeh.....best2....xsangka karya awak semakin berbisa.....

shafida

Related Posts with Thumbnails