Monday, May 17, 2010

TERIMA KASIH CIKGU


Terima kasih cikgu
Engkau banyak membantu
Ajar kami satu-satu
Dari tak tahu sehingga tahu

Terima Kasih Cikgu
Engkau berbakti tanpa jemu
Mencurahkan kami ilmu
Siapalah kami tanpa kamu

Terima kasih cikgu
Engkau ibarat matahari
Menerangi dan terus menerangi
Setiap tempat pelusuk negeri

Cikgu
Walau kamu jauh dimata
Jasamu tak kan kami lupa
Kami kenang hingga hujung nyawa


nukilan asn


Terima kasih yang tidak terhingga buat guru-guru yang pernah mengajar aku di SK Berchang, SMA Al-Maidah Addiniah Padang Tengku & UIA. Juga kepada mereka secara langsung atau tidak langsung telah memberikan ku ilmu walaupun engkau tidak berjawatan guru. Terima kasih yang tidak terhingga. Aku amat menghargai kamu semua.




Fikir-fikirkanlah...

2 comments:

izahdaut said...

ana..tringat lak zaman2 sekolah dodolu..kahkahkah..ingat kena slow talk ngan cikgu kat kantin? ingat kena bambu dlm bilik guru?ingat kena perli masa pejumpaan pengakap?gile gile..tapi bila ingat itulah kenangan yang indah duhai gurusss

CERITAKUASN said...

hahahahaaaa apa tak igtnya pae.. kita 2 jer yg kena panggil ngan cikgu rohana kt kantin. Terlalu banyak kenangan bersama guru-guru. Teringin nk jumpa cikgu nahari, cikgu rohana etc...

Related Posts with Thumbnails