Pages

Monday, May 3, 2010

AKU NAK JADI KAYA!!!!


Aku nak jadi kaya! aku nak jadi kaya! Aku nak jadi kaya di dunia dan juga kaya diakhirat. Ramai yang kita lihat sekarang, mereka kaya didunia tetapi diakhirat belum tahu lagi. Tidak kurang juga yang mencari kaya untuk akhirat tetapi didunia mmmmmmm... Apa yang penting, untuk jadi kaya kita perlu berusaha dan bekerja keras.

Ukuran bagi kaya di dunia adalah dengan mempunyai duit yang banyak (tiada masalah kewangan), mempunyai rumah yang besar dan selesa, kereta besar dan segala macam kebendaan lagi. Kita perlu berusaha dan bekerja (hard & smart) untuk memperolehi segalanya. Tetapi ia tidak menjamin samasekali untuk kita kaya di akhirat.

Untuk kaya diakhirat pula, kita perlu banyakkan ibadah, zikir dan segalanya berkaitan dengan cara untuk menjadi hamba Allah yang baik. Tetapi tidak pula dengan hanya beribadah sehingga menolak semua tuntutan duniawi.

Berikut adalah perkara yang saya fikirkan boleh membuatkan kita kaya didunia dan akhirat;

  1. Bekerja dengan bersungguh. Memikirkan cara untuk menambahkan pendapatan dengan cara HALAL dan dibenarkan Islam.
  2. Sambil menambah harta, sambil kita menderma.
  3. Elakkan menindas insan lain demi mengejar impian kita.
  4. Jujur dalam setiap urusan seharian.
  5. Jangan sesekali meninggalkan suruhannya walaupun dalam kesibukan kita mencari pendapatan.
  6. Banyakkan berdoa kepadanya, termasuklah berdoa agar ditambahkan & dimurahkan rezeki.
  7. Jangan sesekali menerima rasuah ataupun mengambil riba'. Ia amat-amat dilarang didalam Islam.
  8. Didalam kesibukan mencari harta, selitkan zikrullah disetiap waktu senggang.
  9. Baca Al-quran walaupun sepotong ayat setiap sesudah solat.
  10. Jangan amalkan tikam belakang dalam urusan kerja. Bantu sesama rakan sekerja dengan ikhlas hati.
Pendek kata, amalkan sifat-sifat murni sepanjang urusan kita seharian. Ia mungkin nampak remeh, tetapi Islam memandangnya sebagai suatu perkara yang besar. Jadikan Islam sebagai cara hidup dan cara berfikir. InsyaAllah kita akan mendapat kekayaan di dunia & di akhirat. Ameeennn


Fikir-fikirkanlah...

2 comments:

izahdaut said...

assalamualaikum ana..apa maksud ana menolak duniawi..memang kita digalakkan menolak duniawi demi akhrawi kan? just nak tau pendapat.. nice info

CERITAKUASN said...

salam, pada pendapat saya, untuk mengejar ukhrawi, tak perlu sehingga menolak duniawi. Kedua-duanya saling berkait. sebagai cth; Untuk beribadah kita perlukan pakaian, kita perlu makan, minum, pelajaran dan sebagainya. bagi mendapatkan semua itu, kita perlu bekerja untuk mendapatkan duit bagi segala perbelanjaan. Bekerja itukan adalah urusan duniawi. Urusan itu kita buat agar kita dapat beribadah dengan lebih sempurna (bagi mengejar ukhrawi).

Saya pegang kepada 1 perkara; jika org islam tidak kaya, siapa yang akan bantu orang islam yang lain? memperolehi kewangan yang kukuh itu juga merupakan 1 kekuatan ;-)

perkara duniawi yang kita buat dengan niat yang betul & ikhlas kerana Allah akan memberi merit kepada urusan ukhrawi ;-)

that's my oppinion..

Fikir-fikirkanlah

Related Posts with Thumbnails