1. Pemakanan;
- Lobak putih, sawi, pegaga, pucuk betik, jantung pisang, cekur manis, kacang hijau, kacang tanah, kucai, petola, bayam, daun turi (saya pun tak tau daun apa ni hehehe).
- Yang saya pernah amalkan ialah bayam, jantung pisang, sawi, kacang tanah (mmg selalu mkn), pegaga dan kucai
- bayam; saya buat goreng biasa or masak putih. Kesannya mmg terasa. Dan ia mmg membantu utk membayakkan susu
- Sawi; sememangnya menjadi sayuran utama keluarga saya.
- Kucai; saya rebus dan minum airnya. Tapi bila saya amalkan meminum air kucai, urine saya kelihatan terlalu kuning. Hubby saya kata baguslah sebab dia keluarkan semua toksid dlm badan. saya tak pasti betul ke? so saya berhenti minum air kucai.
- Pegaga & jantung pisang tu dijadikan ulam. InsyaAllah membantu.
- susu, longan kering, halba, oat, milo, nestum, horliks, buah pala, jus pegaga, spirulina, kurma, madu & kismis
- saya amalkan susu milo, horliks, madu & kismis
- saya minum susu anmum, 1 cawan besar tu saya letak 4 sudu susu. saya tak suka minum kalau susu sikit ;-)
- Milo pula menjadi minuman harian saya. Yang lain2 tu saya ambil kadang-kadang. Dulu madu saya minum setiap pagi dan malam (madu tok guru)
- Milkmaid tea.
- Saya pernah minum tea ni. Saya cari difarmasi2 tiada. So saya serve internet dan belinya melalui internet. Waktu ni saya risau susu saya macam semakin kurang. So saya keep on cari apa2 supplement yang boleh membantu saya. Saya duk minta ubat dari Doc, tapi doc tak nak beri. Harga tea ni agak mahal. RM50 sekotak dan hanya ada 16 peket sahaja didalamnya. Saya rendam dan minum mcm biasa. Tetapi saya rasa, susu saya makin kurang bila minum tea ni (saya minum 3 peket). so saya terus berhenti. So bila saya fikir, kenapa perlukan suplement, InsyaAllah susu akan cukup sekiranya kita yakin dan sentiasa berdoa pada Allah.
- Banyakkan berdoa pada Allah semuga ditambah & dibanyakkan susu sesuai dengan keperluan anak kita.
- Zikir Al-Matin semasa menyusukan (baru dapat dr laman sembang susuibu.com hehehe tq)
Happy brest feed :-)
Fikir-fikirkanlah...
3 comments:
assalamuaalaikum ana..apak ana mcamana? tambah satu lagi..jangan lupa rangsangan anak menyusu itu lagi penting..jika berada disamping anak..susukan dia semulajadi okayyy
salam, Alhamdulillah dah semakin sihat. Yang paling dia seronok jari2 dia boleh digerakkan. perkara tu yg paling dia takut.
ransangan bayi tu sudah semestinya. susukanlah bayi anda jika anda bersamanya ;-)
tq ana...bagi tips nie..saya yg dah ada anak 3 pun xtahu tips nie....heheheheheh
shafida
Post a Comment