Salam semua, waaa tajuk cam hangat je kan. Tetapi memang itulah pun yang berlaku semalam. Kebetulan pula saya tertinggal botol susu kat rumah, so waktu tengahari semalam saya pun balik untuk ambil botol.
Semasa saya berhenti di traffic light di Seri Gombak, saya ternampak asap berkepul-kepul diudara. Terkejut juga. Memula ingatkan rumah terbakar. Tapi apsal plak kat hutan. Dalam terkejut tu sempat gak lah snap beberapa gambar.
Gambar ni waktu memula perasan ada asap yang extraordinary kat atas bukit tu. Ada 2 kawasan yang menghasilkan asap yang amat tebal.
Gambar ni pula sewaktu kereta sedang mendaki bukit menghala ke Pinggiran Batu Caves. Asap semakin jelas kelihatan.
Nampak tak api yang dalam bulatan warna kuning tu? bulatan yang tak berapa bulat ;-)
Gambar terakhir yang berjaya dirakam oleh lensa kamera.
Semasa saya lalu di tempat kejadian, masih belum ada sebarang aktiviti pemadaman api. Saya pun macam konfius, apsal tak de bomba ke apa ke. Mungkin kejadian masih baru ataupun masih belum ada orang yang menelefon pihak berwajib.
Untuk pengetahuan, bila saya balik dari pejabat lebih kurang pukul 4.30 saya lihat tempat kejadian tu dah gondol & hitam kesam kebakaran. Hutan yang dulunya hijau, kini dah terang dan kesan terbakar. Cuaca panas tengahari semalam menambah marakkan api. Gambar selepas kejadian tak dapat nak ambil sebab kamera dah tertinggal plak kat rumah.
Huh! saya dah macam wartawan plak. Amacam? ada bakat tak? So, lepas ni tak boleh tinggal kamera ;-)
Sekian saya melaporkan dari tempat kejadian.
Fikir-fikirkanlah...
5 comments:
hehehe salam menjenguk...saya pown ada kat tempat kejadian....
Entry terkini : LIVE : Hutan kat gombak terbakar petang tadi.
Salam Q ~ ni antara saksi kejadianlah ek ;-)
Saya tak menyaksikan sangat, sambil lalu dengan kereta. gambar tu pun amik sambil drive.. hehehehee
hehhehehe....ada bakat jadik wartawan nih
bakat terpendam tak naik naik hehehehe
Post a Comment