Friday, August 20, 2010

RAMADHAN BULAN RAHMAT

Bulan Ramadhan ini ada 3 fasa,

10 hari yang awal merupakan fasa pertama,
10 hari pertengahan merupakan fasa kedua
10 hari terakhir merupakan fasa ketiga

Sabda Junjungan Besar Rasulullah SAW,“Bulan Ramadhan, awalnya rahmat, pertengahannya keampunan dan akhirnya keselamatan daripada api neraka’’.

Sabda Baginda SAW lagi dalam hadith yang lain “Tidur orang yang berpuasa itu adalah ibadat, dan nafasnya itu adalah tasbih, doanya itu mustajab, dosanya diampunkan Allah, dan amal ibadatnya dilipatgandakan“.

Alangkah bertuahnya kita menjadi ummat Nabi Muhammad SAW. Sedangkan si anak bongsu berasa bangga apabila dimanjakan ibu dan bapa, inikan pula kita yang di’manja’kan Pemilik Alam.


Jiwa ini sayu memohon rahmat yang dijanjikan. Jiwa mana yang tidak mahukan rahmat? Jiwa mana tidak mahukan kebahagiaan? Walau mulut ’nakal’ menafikan, namun hati dan fitrah tetap mengharap. Yang fasik mahupun yang munafiq apatah lagi hatinya subur dengan iman, semuanya secara fitrah mengharapkan rahmat Allah Taala. Hanya dengan rahmatNYA, tubuh hina ini bebas dari bahang neraka. Hanya dengan rahmatNYA, tubuh ini dapat mengecapi nikmat syurga yang tidak tercapai dek akal manusia yang terbatas. Harus diingat hai jiwa, tidak hadir rahmat itu dengan amalan yang sia-sia apatah lagi maksiat.

Ramadhan baru bermula. Jangan kamu mudah tersungkur hai jiwa. Tiba masa untukmu mengorak langkah, merencana usaha menagih rahmat tuhan. Bila lagi?

Hendak tunggu sehingga fasa kedua tiba? Alangkah ruginya kamu wahai jiwa.

Hendak tunggu sehingga fasa ketiga tiba? Alangkah malangnya kamu wahai jiwa.

Hendak tunggu ramadhan akan datang? Alangkah bodohnya kamu wahai jiwa.

Bukankah kamu beriman dengan ayat Allah “ Dan tiada seorangpun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakan esok (sama ada baik atau jahat); dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah dia akan mati.“ (Luqman: 34).

Wahai jiwa, garablah segala peluang yang ada di depan mata.

Fikir-fikirkanlah...

2 comments:

LIPISLADY said...

Assalamualaikum, Salam ziarah, bagus info ini, semuga kita diberkatinya di bulan mulia ini. Amin

CERITAKUASN said...

Salam Lipislady, Alhamdulillah semoga kita diberkati dan dirahmati. Marilah kita sama-sama mengutip segala nikmat yang Dia taburkan sepanjang bulan yang penuh rahmat ini

Related Posts with Thumbnails