Wednesday, August 18, 2010

SAMBAL TEMPOYAK IKAN BILIS

Salam semua. Masih entri makan-makan. kali ni juadah bersahur pagi tadi. Kebiasaannya kami bersahur makan lauk berbuka. Tapi semalam saya buat western punya juadah buka, so tak de lah lauk untuk bersahur.

Bagi memudahkan dan menaikkan selera makan, saya masaklah sambal ni. Sambal tempoyak ikan bilis atau kat tempat saya kami panggil sambal serunding. Saya memang amat gemar sambal ni. Sebab sedap & mudah. Kalau buat sambal ni mesti buat telur dadar. Fuh makan memang tak ingat orang dah. Nak pulak ada ikan tenggiri jeruk. Fuh melelehhhh.... Astagfirullahalazim... Puasalah.



Bahannya;

Segenggam ikan bilis - basuh
7 biji cili padi - nak pedas tambah lagi - kisar / tumbuk
1 biji bawang besar - potong
2 sudu tempoyak - bancuh dengan air

Cara;

1. Goreng ikan bilis kasi garing. Ketepikan.

2. Goreng bawang. Pastu masukkan cili dan goreng sampai garing. Masukkan tempoyak yang sudah dibancuh dengan air. Kasi didih dulu. pastu masukkan ikan bilis. Kacau kejap. Angkat dan hidangkan.

Resepi ni ikut cara wan saya. Apak kata sedap & sebijik macam wan masak huhuhuhuuu..


Fikir-fikirkanlah...

2 comments:

izahdaut said...

aduhai..mmg best..nk pulak pedas2..fuh..eh ada apak dtg ke?

CERITAKUASN said...

best kan.. teringat igt lagi sahur td. Apak tak datang. Kalau dia datang mesti buat sambal nih ;-)

Related Posts with Thumbnails