Monday, August 23, 2010

TABAHKAN HATIMU WAHAI SAHABAT

Salam semua, selamat pagi dan selamat berpuasa. Entri ini khas buat sahabat saya yang baru kehilangan 3 orang ahli keluarga dalam tempoh kurang dari 1 bulan.


Duhai sahabat,
Sedari kecil kita bersama
Mengaji bersama belajar bersama

Namun takdir penentu segala
Kami melangkah dahulu kemenara


Namun semangat juang mu tinggi

Kau terus mendaki dan terus mendaki

Kini kau mampu berjawatan tinggi

Punyai kehidupan sendiri


Duhai sahabat

Tatkala sahabatmu gembira menerima teman

Kamu masih sendirian

Tika mana sahabatmu gembira menerima zuriat

Kamu juga sendirian


Dengan sikapmu yang lemah lembut

Tutur katamu penuh hormat
Kau tetap melangkah gagah
Demi hidup kau terus menongkah

Senyuman manis terukir diwajah

Biarpun hatimu terguris parah


Duhai sahabat
Kini kau diuji hebat
Kau ditinggalkan satu persatu

Oleh orang kesayangan mu
Kakak mu pergi meninggalkan mu

Bonda kesayangan mu pergi meninggalkan mu

Abang mu pergi meninggalkanmu

Mereka pergi tanpa kembali

Tatkala kau masih sendiri


Mampukah kau berdiri lagi wahai sahabatku?

Masihkah ada senyum lagi wahai sahabatku?

Tabahkanlah dirimu sahabat

Walau ombak menghempas dasyat

Ingatlah....
Kamu masih punya sahabat

Biarpun jauh maupun dekat

Kami tetap teguh berdiri

Menemanmu meniti hari

Sapulah airmata mu

Jangan biarkan ia terus mengalir
Aku pasti duhai sahabat

Pelangi kan menantimu

Sesudah hujan lebat

Matahari kan menyinari hidupmu
Menyisih sigelap pergi....


Tabahkanlah hatimu wahai sahabatku Norlida...

Demi kau mengutip permata-permata kehidupan...



Fikir-fikirkanlah...

4 comments:

izahdaut said...

ana..berjujuran juga air mata mengalir membaca bingkisan mu ini...betul norlida...kami sentiasa ada dihati mu dan dihati kami...tabah dan sabar la wahai teman yang sangat baik hati..

CERITAKUASN said...

memang sedih lah pae.. rasa nk je p jumpa dia. besar tul dugaan dia. dah lah nk raya nih. ishk ishk ishk

Norlida Abdurahaman said...

Terima kasih sahabat2 ku. Inilah al-kisah hidup nor. Ujian dari Ilahi yg perlu ditempuhi. Semoga setiap ujian ini meningkatkan Iman kepada Ya Rahman Rahim.. semoga Ya Rabbi senantiasa membuka pintu2 kebaikan, pintu2 keselamatan, pintu2 kesihatan, pintu2 nikmat, pintu2 keberkatan, pintu2 kekuatan, pintu2 cinta sejati, pintu2 kasih sayang, pintu2 rezeki, pintu2 ilmu,pintu2 keampunan & pintu2 syurga...Rahmatnya Dipohon

CERITAKUASN said...

Sabarlah nor ye.. semoga sentiasa tabah dalam menempuhi hidup ini. Dugaan manusia ni berbeda-beda

Related Posts with Thumbnails