Tuesday, August 24, 2010

RAMADHAN DALAM SEJARAH: 2 RAMADHAN


Jumaat 2 Ramadhan tahun ke-2 Hijrah berlakunya perang pertama dalam Islam yang dikenali sebagai perang Badar. Badar adalah nama tempat di sebuah lembah yang terletakdi antara Madinah & Mekah. Tentera Islam mengawal lokasi strategik dengan menguasai sumber air yang terdapat disitu.

Peperangan ini melibatkan tentera Islam seramai 313 anggota yang berhadapan dengan 1,000 orang anggota tentera munsrikin Mekah yang lengkap bersenjata. Dalam peperangan ini, tentera Islam memenangi pertempuran dengan 70 anggota tentera musyrikin terbunuh, 70 lagi ditawan manakala bakinya melarikan diri.

Fikir-fikirkanlah...

2 comments:

cemomoi said...

teringat posa tahun lepas dok gali laman nak buat kolam, time berbuka baru terasa nikmatnya berbuka tu... letih gila... camana la pulak orang yang berperang ketika ramadhan ni

CERITAKUASN said...

Tu lah kan.. kita baru kerja sikit penatnya kalah orang p perang. So marilah kita sama2 muhasabah diri huhuhuu

Related Posts with Thumbnails