Tuesday, August 17, 2010

BATUK KAHAK & RAWATAN SONOTRON

Salam semua, sekarang ni anak-anak saya sedang mengalami masalah demam dan batuk berkahak. Batuk mereka agak teruk. Saya pun kesian bila dengar mereka batuk. Memula abangnya dulu yang kena. Sekarang adiknya pula.

Jumaat lepas bawa Afnan ke pakar kanak-kanak Shanaliza. Doc nak buat nebulizer tapi tak boleh sebab Afnan nangis teruk sangat. So doc cuma bekalkan ventolin je. Semalam kami bawa Afnan dan Aiman ke Klinik Fazilah. Kedua-duanya sebab batuk berkahak.
Aiman dibekalkan ventolin, antibiotik & ubat demam. Afnan dikehendaki melakukan rawatan sonotron untuk 2 hari berturut-turut. Pernah dengar berkenaan sonotron? ini pertama kali saya dengar dan buat untuk anak.

Mesin yang dipegang itulah namanya sonotron. Gambar ehsan dari internet.

Mesinnya macam hair drier dan mengeluarkan bunyi yang agak kuat. Ia bagi menghilangkan kahak. Biasa saya buat nebulizer je. Tak pernah pula buat sonotron. Bunyinyer cam sinetron je hehehehe.. Masa doc cakap tu cam tercengang gak lah. Apapun rawatan saya terima as long as anak saya pulih.

Sepanjang rawatan Afnan duk nangis. Bila mesin tu bunyi je dia nangis. Bila mesin berenti, dia pun berenti nangis. Nurse tu duk gelak je. Siap umpan ngan gula-gula untuk dia buat rawatan tu. Untuk tahu lebih lanjut berkenaan rawatan tu sila klil sini.

Hari ni dia kena ulang sekali lagi rawatan yang sama. Harap-harap batuknya pulih selepas ini.

Rawatan sonotron ni pun boleh untuk mereka yang sakit sendi, strok, lutut, diabetes, tisu koyak dan sebagainya. Untuk maklumat lanjut sila ke klinik berdekatan atau tanyalah doktor anda :-)

Fikir-fikirkanlah...

9 comments:

cemomoi said...

tak pnah dengo...

skang ni musim bebudak demam gamaknya yea

CERITAKUASN said...

Mungkin juga. sebab masa hantar anak ke nursery td bukan main ramai lagi yang duk batuk. huh memang tercemar tul lah.

rez effa said...

Salam..
boleh tak saya nak tau alamat n name klinik tu..kat mane yer? anak saya baru 2 bulan 4 hari kat ctu boleh tak buat sonutron tu??? dah mcm2 ubt makan n jumpa pakar tp still blum baik lagi..cian tgok die..please...tq

CERITAKUASN said...

salam...
boleh aje. Klinik tu namanya klinik Fauziah, tel: 03-61890753. klinik tu kat sg. tua selayang. Sebelah petronas. Insyaallah boleh je buat rawatan tu. Tapi kena datang waktu Dr Fauziah bertugas. Sebab dia sorang je yang boleh beri kebenaran menggunakan rawatan tu. Klinik tu buka setiap hari kecuali hari Ahad.

Anonymous said...

Wsalam...

Time kasih eh k.ana..esok sya akan cube bwk anak saya jump doc fauziah n cube untuk wat rawatan tu..urm cmner anak k.ana skung da sht tak? ok sy tgu k.ana masukkan 1 entry rawatan yang k.ana wat tu..thanks sgt2..

sally allen said...

oh ana..diriku pun tgh mencari pasal SONOTRON ni then membawaku ke blog mu ini..

Tgh survey2 kt mana ada SONOTRON ni, nk g sg tua jauh pula. Shanaliza wgsa maju tu ada tak?

CERITAKUASN said...

Rez Effa~ Alhamdulillah dah sihat. Tapi skrg ni batuk semula. sebab musim kot.

Sally allen ~ selamat kenal. Kat shanaliza tak de sonotron. boleh buat neb je.

Anonymous said...

oh ANA..kita bukan baru kenal..kita sudah lama kenal.. ha ha ha. - sally allen.

CERITAKUASN said...

Sally ~ ooo ye ker.. hehehehe guna nama sedap sangat tu yg tak perasan. xpelah.. kita berkenalan guna nama ni pulak ;-)

Related Posts with Thumbnails