Atas permintaan dan rasa ingin berkongsi, saya ingin ceritakan kisah si kecil Aiman (anak ke-2 saya). Alhamdulillah entri saya berkenaan sonotron banyak membantu sahabat-sahabat lain dalam mencari perkhidmatan ini. Ada beberapa orang juga yang menghubungi saya berkenaan topik tersebut. Tak sia-sia berblog. Sekurang-kurangnya boleh berkongsi info.
Saya berjanji dengan sorang sahabat akan menceritakan perkembangan anak saya setelah menggunakan sonotron.
Untuk pengetahuan sahabat, kedua-dua anak saya mendapatkan rawatan sonotron (Afnan & Aiman). Afnan alhamdulillah beransur pulih selepas rawatan tersebut. Tetapi Aiman keadaannya masih sama dan tiada sebarang perubahan walaupun telah berkali-kali mendapatkan rawatan tersebut. Melihatkan keadaannya yang masih belum sihat, kami memutuskan untuk mendapatkan rawatan di Klinik Shanaliza. Disana, Aiman didapati 'penat' (doc kata Aiman paru-paru infection) dan dikehendaki menjalankan rawatan Nebulization (Neb). Kami berulang alik selama seminggu ke Klinik tersebut untuk mendapatkan rawatan Neb. Dia perlu di'neb' setiap hari (pagi).
Gambar hiasan kaedah Neb
Alhamdulillah setelah seminggu Aiman beransur pulih dan doktor sahkan yang paru-paru dia pun sudah pulih. Malangnya, 2 hari selepas dia dihantar semula ke nursery, dia kembali dijangkiti sakit yang sama (batuk berkahak). Kami rujuk kembali dia ke Klinik Shanaliza, doktor amat terkejut dengan keadaan Aiman. Berdasarkan rentetan kes tersebut, dia menasihati kami untuk bertukar nursery. Dalam tempoh seminggu kami terpaksa mencari nursery baru untuk Aiman dan Afnan. Saya juga terpaksa mengambil cuti (tanpa gaji) selama seminggu untuk menjaga Aiman dirumah.
Memandangkan saya bercuti, kami bawa Aiman & Afnan pulang ke Bagan serai, Perak. Kami refer ke Klinik Pakar Kanak-Kanak Ho di Parit Buntar. Mereka sememangnya mempunyai rekod kesihatan diklinik tersebut. Disana, Aiman turut dikehendaki membuat Neb setiap hari selama kami berada disana (lebih kurang seminggu) - Neb 1 kali pagi, 1 kali malam. Inhaler tetap perlu diteruskan.
Balik semula ke KL, Alhamdulillah Aiman dah beransur pulih. Dia pulih sepenuhnya. Tetapi baru 2 hari lepas di dijangkiti selsema dan batuk semula. Kami masih continue inhaler. Arahan doktor, teruskan inhaler sehingga tiada bunyi batuk.
Semoga anak-anak ku akan pulih dari segala sakit dan sentiasa sihat & ceria dalam menjali kehidupan seharian mereka.
Fikir-fikirkanlah...
5 comments:
salam, ana kena cari pengasuh baru dah tu ana...xboleh letak kat nursery lagi dah tu....cari rumah orang perseorangan pulok laaa....cuba cari kat kampung2 yang dekat2.
-shafida-
salam ida, InsyaAllah hari khamis ni hantar kat rumah org. Semoga semuanya ok :-)
Salam..sis nk tnya rawatan sonotron tu ada kat mana ye?kat bagan serai or parit buntar ye..tq
Di mana klinik ho ni ya
Di mana klinik ho ni ya
Post a Comment