Monday, December 27, 2010

ANAN TERIMA PADAHNYA

Assalamualaikum w.b.t


Kalau melihat pada tajuknya hampir sama dengan tajuk novel 'Aku Terima Nikahnya'. Tapi yang ini versi yang berbeza ;-) Ini cerita tentang seorang budak nakal yang terima padah akibat kenakalannya. Rasa nak tergelak pun masih ada lagi.

Alkisahnya, kelmarin saya ada membeli serba sedikit barang untuk 'My New Hobby'. Si Afnan ni biasalah, kalau barang-barang yang kita beli tu, cepat je dia nak selongkar. Dan kalau dia nampak ada yang berkenan dimata, ada sajalah ideanya nak buat apa. Tak perlu nak cerita banyak, kita tengok aje aksi dia;

 Anan tiba-tiba datang dan menangis "ummi........" Kitorang pun pelikl ingatkan kenapa, rupa-rupanya.....

Hahahahaha.... dia tersangkut dengan benda bulat tu.....

 keropok tetap tak lepas dari tangan hahahahaha

Abah tolong lepaskan sambil memberi tazkirah panjang...

Abah: Anan janji tak buat lagi!
Anan: ha! (sambil angguk)
Ummi: Hahahahahahaha....



Nak tau apa benda bulat tu?
*
*
RAM
 Hahahahah Anan... Anan....
 Apapun.. kau telah ceriakan hari ummi mu.. Love you son..

Fikir-fikirkanlah...

2 comments:

izahdaut said...

bertuah nyer budak...cemana dimasukkan menda tu celah ketiak..hahaha..sabo la umminya pun..digelak je ...adoiii

CERITAKUASN said...

hahahaha... memula nampak dia mcm tu terus gelak.. bukan nak tolong dulu. siap suruh dia tunggu, ummi nak amik kamera hahahaha...

tak tau macammana dia masukkan benda alah tu. Tau tau dah tersangkut hahahaha

Related Posts with Thumbnails