Pages

Thursday, December 23, 2010

JALAN-JALAN: KUCHING, - MUZIUM

Assalamualaikum w.b.t

Bergambar dihadapan muzium

Masih lagi cerita jalan-jalan di Sarawak. Hari ke tiga kami di Sarawak, kami telah ke Muzium. Pergi pun dah petang. Sebab hari tu hari Jumaat, so kami hanya mengisi aktiviti lawatan setelah solat Jumaat. Waktu pagi adalah waktu untuk berehat. Tetapi, bagi suami dan abang ipar saya, mereka mengisi waktu pagi tersebut dengan berurut. Tempatnya di pekan Batu kawa. Tukang urutnya adalah orang buta. Khidmat urut disediakan untuk lelaki dan perempuan. Suami kata best diorang urut.

Bila petang, masa untuk jalan-jalan. Kami ke muzium Islam yang terletak di bandar Kuching. Masuk adalah PERCUMA. Waktu tutup 4.30pm. Kami sampai disana pukul 4.00pm. Masih sempat untuk jalan-jalan.

Namanya Muzium Islam, tapi isi kandungannya tak banyak pun berkenaan perkembangan Islam disana. Yang banyak berkenaan tembikar, perkembangan mata wang, penjajahan, pejuang kemerdekaan dan lain-lain. Sepanjang yang saya tengok secara langsung, tak terpandang pula berkenaan Islam. Kalau saya terlepas pandang minta maaflah ye. Yang menakutkan bila lihat adat pada waktu kematian. Tetiba terasa seram.

Di hadapan Muzium di letakkan replika buaya tanah. Ia digunakan oleh orang dahulu (mungkin juga masih diamalkan sekarang) untuk menjaga tanaman mereka. Terdapat 2 replika, jantan dan betina. Diletakkan 2 mangkuk kecul sebagai mata dan serpihan kaca diatas badan buaya bagi menyerupai kulit buaya yang bersisik. (Gambar tak dapat nak ambil sebab orang lain pegang kamera)

Diingatkan, dalam muzium tidak dibenarkan mengambil sebarang gambar!


Fikir-fikirkanlah...

2 comments:

izahdaut said...

anaa.. wah wah seronot ye jalan2.dah lma tak ke sana, zaman ank dara dulu je...semua gi ke? yati semua ada?seronok la kan.

CERITAKUASN said...

bukan je seronok, tapi beronok ronok.. seme pegi kecuali yati & her family.. jom buat reunion kt sana huhuhuhu

Related Posts with Thumbnails