Assalamualaikum w.b.t
Wahai sekalian sahabat, Kita sekadar pelakon dipentas dunia. Dan Allah adalah pencipta pentasnya. Dia adalah pemerhati. Dia sentiasa mengawasi setiap gerak lakonan kita. Tak tertinggal walau sedikit gerak atau sedikit langkah. Semuanya dapat dilihat dengan jelas.
Lumrah hidup, setiap perkara ada aturannya. Ada pantang larangnya. Siapa yang melanggar pantang, ada habuannya. Siapa yang akur juga ada habuannya. Semuanya terpulang kepada diri. Si durjanakah engkau, atau si alim yang benar-benar menurut perintah penciptanya?
Dunia ini terlalu singkat untuk kau persiakan. Sering telinga mendengar;
'Aku mahu enjoy dulu!'
'life begin at 40'
'saya masih muda untuk bertudung'
'ini fesyenlah, janganlah jadi kuno!'
'saya selesa begini, biarlah apa orang nak kata'
'ini hidup aku, suka hati akulah!'
Kasihan bagi mereka yang mensia-siakan hidupnya. Adakah tua sahaja yang layak untuk insaf? Adakah mati itu menunggu usia tuamu?
Kamu lahir bagai kain putih tanpa sebarang lukisan. Sampai saat Allah berikan kamu hak untuk melukis diatas kainmu sendiri. Dengan pantas dan leka kau melukis dan terus melukis. Secara sedar kau menconteng warna hitam. Namun, dalam kau tidak sedar, telah banyak contengan hitam itu yang kau lakukan.
Kini, bila kau sudah tidak mampu untuk melukis laju, baru kau berhenti sebentar dan kau tatapi kembali lukisanmu itu. Sayu kau lihat, betapa kotornya kain mu. Sangkamu, lukisan mu cantik. Sangkamu, kau coretkan warna-warna pelangi. Namun, warna-warna pelangi itu bertukar hitam! mengotorkan seluruh kainmu. Sebak dan getar hati melihatnya. Bagaimana mahu dibasuh kembali segala kotoran itu?! Bagaimana?! Berikan aku segelen air, ingin kubasuh kembali kain ini agar bersih. Ya Allah, kau berikanlah aku kain yang lain. Aku ingin melukis lagi. Aku berjanji, akan ku lukis dengan cantik. Cantik dimataku dan dimatamu.
Saat ini baru kau sedar, betapa bodohnya kau. Berlagak pandai.
Wahai sahabat, lihatlah kembali dan tolehlah kembali kepada lukisanmu yang dulu. Adakah benar cantik dimatamu & dimata-Nya. Atau sekadar contengan yang mengganggu hidupmu. Ingatlah, kain itulah yang akan kamu pakai ketika bertemu pencipta mu kelak.
Fikir-fikirkanlah...
No comments:
Post a Comment