Pages

Monday, July 12, 2010

WE ARE BORN TO BE LUCKY

Mutiara: Jangan minta diri dihargai sekiranya diri tak pandai menghargai

Salam semua. Semoga segalanya berada dalam keadaan baik. Dan semoga segala perancangan berjalan seperti yang dirancang. Untuk entri kali ini, saya ingin membawa anda semua untuk sama-sama berfikir akan kehidupan kita.

Kita selalu dengar ataupun selalu juga kita ucapkan;

"Untungnya dia lahir dalam keluarga kaya"
"Bertuah awak dapat suami macam tu"
"Bestnya kalau jadi macam dia tu"

Bermacam-macam ayat lagi yang kita utarakan yang barbau seumpamanya. Bagus sangatkah orang itu sehinggakan kita mahu mempunyai apa yang dia ada? atau, teruk sangatkah apa yang ada pada kita sehinggakan kita mahu apa yang ada pada orang lain? Sesungguhnya bersyukurlah dengan apa yang kita ada.

Jika kita soroti dan perhati dengan teliti, kita akan dapati bahawa betapa bertuahnya kita dengan apa yang Allah berikan atau kurniakan. Percayalah, setiap apa yang Allah berikan kepada kita adalah demi kebaikan kita.

Ramai yang ingin menjadi kaya dan banyak duit. Tapi mungkin sekiranya kita kaya, kita akan lupa kepada-Nya. Bagi wanita pula ramai yang ingin kelihatan cantik. Yang putih nak tambah putih apatah lagi yang sudah sememangnya dilahirkan dengan kulit yang berwarna. Bila kulit dah cerah sedikit mula terbit rasa bangga dan 'ujub. Daripada elok merendah diri, dah jadi membangga diri.

Untuk terbit rasa syukur dalam diri, bandingkan diri dengan mereka yang kurang bernasib baik dari kita. Dalam kata lain, pandang kebawah jangan pandang keatas.Secara tidak langsung, mereka yang berjalan pandang kebawah dan menjaga pandangan dikatakan sopan dan baik budinya berbanding mereka yang berjalan mendongak dan mendabik dada.

Teringat saya ketika melihat sesi temuduga untuk imam muda di kaca tv. Terdapat seorang pemuda yang cacat penglihatan tetapi penuh dengan ilmu agama turut serta dalam temuduga bagi mencari calon peserta imam muda. Namun dia tidak berjaya. Menurutnya, dia memang cacat penglihatan sejak dilahirkan. Ayahnya juga cacat penglihatan namun telah meninggal dunia. Pesanan ayahnya agar jangan sesekali melakukan sesuatu terhadap matanya. Biarkan sahaja buta. Sekurang-kurangnya mereka dapat mengelakkan dosa mata. Alangkah tersentuh hati saya apabila mendengarkan kata tersebut. Mereka sesekali tidak menganggap ia adalah satu kekurangan.

Oleh itu hargailah setiap apa yang ada pada kita. Bersyukurlah atas setiap pemberiannya.




Fikir-fikirkanlah...

2 comments:

terokai seni said...

manusia memang tak sukar menghargai apa yang ada pada dirinya... bila dah hilang baru dia tau betapa apa yang dimiliki sangat berharga.. tamak untuk memiliki hak orang menyebabkan kita buta hati dan berasa alangkah beruntung kita kalu kita di tempat orang tu

CERITAKUASN said...

bila dah kena tarik balik baru nak menyesal. Pada saat Allah nak tarik nyawa, manusia meminta-minta agar berikan dia peluang ke-2 untuk dia kembali bertaubat kepada Allah. Tetapi, sekiranya Allah berikan dia peluang tersebut, adakah dia akan betul-betul insaf dan tetapkan seluruh jiwanya di jalan Allah? ..... fikir-fikirkanlah..

Related Posts with Thumbnails