Friday, July 23, 2010

HORMAT PADA SI PEMBERI REZEKI

Mutiara: Beribadahlah kamu seolah-olah kamu akan mati pada esok hari.

Salam semua. Entri ini agak emosi juga sebenarnya. Emosi dengan 3 rakan sekerja yang tidak menunjukkan hormat kepada majikan. Kalau dah rasa tak nak dengar cakap majikan sekarang, carilah majikan lain. Janganlah nak tunjuk lagak dan besar kepala pada orang yang bayar gaji korang.

Itu lah sifat manusia, mudah lupa. Lupa pada si pemberi jasa. Keadaan ini sama dengan sifat-sifat manusia lain yang hidup didunia ini. Semua bernafas, berjalan, mendengar, melihat, bercakap dan sebagainya dengan keizinan dan pemberian dari Allah s.w.t. Segala rezeki yang diperolehi untuk menyara hidup di dunia ini pun adalah dari Allah. Tetapi, walau begitu banyak nikmat yang diberikan Allah, manusia tetap lupa dan tidak hormat kepada pemberi rezeki ini.

Lebih banyak yang menderhaka dari yang taat. Lebih banyak si pembuat dosa dari yang mencari pahala. Kalau dah rasa nak buat dosa, tak nak ikut hukum hakam agama yang ditetapkan oleh si Pencipta, carilah dunia lain. Tak perlulah nak tunjuk lagak dengan mendabik dada berpakaian seksi, berzina, minum arak bagi yang mengaku muslim.

Insaflah sebelum terlambat. Bertaubatlah sebelum Dia murka. Mohon maaflah sebelum dicampakkan hukuman. Hormat dan patuhlah lepada sipemberi rezeki.

Fikir-fikirkanlah...

No comments:

Related Posts with Thumbnails