Mmmmm... mereka ni dah fikir habis-habis ke? Jangan nanti nak selesaikan 1 perkara, timbul pelbagai perkara lain pula.
Antara keratan dalam berita kosmo;
Beliau bagaimanapun tidak mahu cadangan itu disalah tafsir sebagai galakan untuk remaja berkahwin atau hamil anak luar nikah.
"Apa yang penting kita nak selesaikan masalah remaja berzina dan selepas itu mereka buang bayi,'' katanya.
Apa yang saya nampak dari sudut pemerhatian seorang insan kerdil yang tak banyak ilmu dan tak tinggi pengetahuan seperti dato' atau pemimpin lain, apa yang mereka ini cuba selesaikan adalah pembuangan bayi. Tidak dinafikan pembuangan bayi ini zalim. Tetapi kenapa tidak cuba fikirkan cara untuk elak remaja ini daripada berzina?Kalau nak atasi masalah, elak dari buat masalah. Kalau nak buang pokok, buang dari akar. Kalau cantas pucuk, pucuk lain akan tumbuh pula.
Secara tidak langsung ia mungkin akan menggalakkan remaja ini untuk terus hanyut dalam noda yang mereka sendiri cipta. Apa tidaknya, ada penyelamat menunggu jika 'sesuatu' terjadi.
mmmmmmmm ntahlah.. saya sekadar membebel dan meluahkan apa yang terfikir dek kotak fikiran..
Fikir-fikirkanlah...
No comments:
Post a Comment