Pages

Thursday, July 8, 2010

BILA RASA TERTEKAN

Salam semua. Lama saya tak dapat nak buat sebarang entri di sini. Ini pun curi-curi masa. Sekarang ni terlalu banyak kerja yang datang dan terlalu banyak benda yang perlu diselesaikan. Maklumlah, dah hampir untuk event tahunan antarabangsa 'Kuala Lumpur Islamic Finance Forum 2010'.

Bila kerja dah bertimbun dan dah tak sanggup nak pikul, mula terasa bebanan dan rasa tertekan. Ish Alhamdulillah saya mampu menangkis segala rasa-rasa tersebut hehehehe. Nak kata berbangga sebab mampu mengelak diri dari rasa tertekan tak boleh plak ;-) nanti timbul perasaan ujub. Nak tahu macammana saya mengatasi rasa tertekan? jom lihat tips dibawah;

1. Senyum sokmo

- Sentiasa senyum. Bila jumpa bos senyum, jumpa kawan-kawan senyum. Secara tak langsung ia akan mengurangkan tekanan yang kita fikirkan. Yang paling penting, bila dapat kerja atau tugasan baru pun kena senyum.

2. Jangan mengeluh dan menggelengkan kepala.

- Jangan sesekali mengeluh. Kalau sekali kita mengeluh, tekanan akan datang kepada kita walaupun perkara yang kita hadapi itu hanyalah perkara yang remeh. Kalau termengeluh, cepat-cepat kata pada diri yang masalah tersebut senang untuk diselesaikan.

3. Tarik nafas panjang-panjang.

- Bila saya berdepan dengan situasi kerja yang melambak dan bos datang menziarah untuk menambahkan kerja lagi, then saya akan tarik nafas dalam-dalam. Tarik nafas ni adalah untuk membekalkan oksigen yang banyak kepada otak kita supaya otak kita sentiasa bertenaga dan kurang tekanan. Tapi dingatkan jangan lepaskan nafas seperti orang mengeluh!

4. Jalan-jalan

- Jalan-jalan ni bukan pergi berjalan keluar dari office tau! jalan-jalan dalam ofice jer. Pergi pentry minum air ke, pergi lawat rakan sekerja yang lain ke. Saya selalu juga amalkan tabiat ini. Apabila rasa penat dengan tugasan, saya bangun dan berjalan ke tempat rakan sekerja. Pergi, berdiri sebentar dimejanya dan senyum. Kemudian balik semula ketempat saya dan mulakan kerja.

5. Bersenam

- Tak perlu buat senaman yang berat-berat. Cukup sekadar buat regangan badan sikit-sikit. Ini membantu untuk merehat atau melegakan otot badan. Otot stress, kita pun akan stress.

6. Sentiasa ubah cara duduk.

- Saya selalu buat perkara ni untuk cari / tukar mood. Mood perlu sentiasa di 'fresh' kan. Kalau sama je nanti cepat bosan.

7. Tukar kerja.

- heheheh yang ni bukan tukar tempat kerja tau, tapi tukar kerja. Kita kan banyak kerja, so bila stuck kat satu-satu kerja tu jangan stress kan diri anda. Kita buat kerja lain. Bila dan tenang sikit, sambung semula kerja yang tersangkut tadi.

8. Pastikan tempat sentiasa kemas.

- Tempat bukan sahaja perlu kemas, tapi teratur. Ia perlu bagi memudahkan kita untuk mencari sebarang alatan ataupun dokumen. Kalau cari barang tapi tak jumpa pun boleh membuatkan anda stress.

9. Jangan mengumpat.

- Mengumpat akan membuatkan anda lebih stress. Nak tau kenapa? bila anda bercerita dengan kawan anda, pasti akan keluar ayat-ayat seperti dibawah;

"ish, sakitnya hati... bos bagi aku kerja lagi. Dia tak tau ke aku ni dah banyak kerja?!"
"Geramnya dengan sipulan tu, tak pandai buat kerja, tak pasal-pasal aku kena buat kerja dia"
"eeee kenapalah dia ni macam ni, menyusahkan aku je"

ayat-ayat diatas pasti akan lebih menekan anda ;-) saya bukanlah tak de bercerita. Tapi kalau boleh kawal-kawallah ye. Kalau tak dibuat langsung pun lagi bagus. Mengumpat tukan dilarang dalam Islam.

10. Bercuti!!!

- Bila dah rasa diri tu nak tertekan dan nak mengelakkan untuk lebih tertekan, pergilah bercuti. Bercuti untuk merehatkan kepala, otak dan badan. Bercuti tu tak semestinya ambil cuti dan melancong. Cuti hujung minggu pun dah memadai. Pergilah kemana-mana yang anda ingin pergi. Balik kampung pun ok.

Hehehe perkara yang ke-10 tulah yang saya ingin buat sekarang. Rasanya kepala saya ni dah perlu rehat daripada memikirkan sebarang kerja pejabat. Berehat sebentar :-) So, saya nak balik kampung. Tak kisahlah kampung saya or kampung hubby. As long as balik kampung and dapat merehatkan diri.

OOOppsss terlupa point yang paling penting. point yang ke-11;

11. Jangan campur adukkan hal pejabat dan peribadi.

- Kerja pejabat adalah untuk di pejabat sahaja. Jangan sesekali anda bawa ke rumah. Jangan bincang atau bercerita perkara pejabat di rumah. Dan kalau ada perkara yang berlaku di rumah pula jangan bawa ke pejabat. Kalau anda campur adukkan, semuanya akan memberi tekanan kepada anda.

Namun apa yang pasti, segalanya anda yang tentukan. Semuanya bergantung dengan cara anda berfikir. So, sekarang ni... fikirkan untuk tidak merasa tertekan!!!

Fikir-fikirkanlah...

No comments:

Related Posts with Thumbnails