Saturday, July 24, 2010

SOS LADA HITAM

Salam semua. Kali ni entri masak-masak. Yeay!!!! saya telah berjaya masak sos lada hitam!! hehehehe first time buat ni. Seronok sangat sebab menjadi. Tapi agak pedas sedikit. Buat sos ni sebab nak makan dengan omelet. Tapi omeletnya tak dibuat lagi. Tak pe, yang penting buat sos ni dulu.


Actually bahan-bahannya ada yang ditukar ganti. Guna apa yang ada kat dapur. Jom kita lihat bahan campurannya;

3 sudu lada hitam (ikut suka, nak pedas letak lebih sikit)
3 sudu sos cili - jangan banyak sangat nanti terasa sos sangat
1 cawan susu cair - saya guna 1 sudu susu pekat sbb susu cair tak dak
2 cawan air
sedikit planta - ni untuk nampak cantik & berkilat
3 sudu kicap pekat - saya tak letak sebab tak de
kicap cair - ikut suka sampai nampak hitam
Tepung jagung - untuk pekat (sikit je, mengikut kadar kepekatan yang diingini)

Gaul semua bahan kedalam periuk. Letak atas dapur dan kacau hingga mendidih dan pekat.

Ok, dah boleh digunakan untuk sebarang tujuan.

Fikir-fikirkanlah...

2 comments:

izahdaut said...

lada hitam tu..serbuk ke biji...nak kena tumbuk dulu ke?

CERITAKUASN said...

hehehe lupa plak nk tulis kt situ. biji. Kemudian blend kasi jadi serbuk.

Related Posts with Thumbnails