Salam semua. Entri ni agak emosi sikit. Sebagai rakyat, pengguna dan juga manusia yang sememangnya menggunakan petrol, gas dan gula amat-amat rasa tertekan dengan kenaikan ketiga-tiga barang tersebut.
Memanglah orang kata naik tak banyak. Tapi kalau dah consume dalam kuantiti yang banyak dan kerap akan terasa juga. Especially petrol. Lainlah kalau orang yang bergaji berpuluh K tak delah nak merungut. Tapi bagi orang yang tak mampu, bertambah tak mampulah dia. Yang dulu miskin dah jatuh miskin tegar. Apa kes?
Semua duk sibuk dengan pasir. Sampai tak sedar 'orang' masukkan pasir dalam periuk nasi. Sedar-sedar dah naik semuanya. Memanglah orang kata "Alaaaaaa naik setakat 5 sen 10 sen dah sibuk". Hari ni naik 5 sen, esok naik lagi 5 sen, esok esok esok lagi? so dah jadi berapa sen?! Pulak tu, barang ni naik 5 sen, barang tu naik 10 sen, barang yang ni pulak naik 20 sen. Bahan ni dah tak kawal. Haaaa.. tu pun dah jadi berapa sen yang naik?!
Saya bercakap sebab saya ni manusia, pengguna dan rakyat Malaysia. Saya meluahkan apa yang saya fikirkan. Salah ker? Zaman sekarang ni, kalau tak de duit tak leh hidup. Kalau tak de duit tak boleh bergerak kemana pun. Sebab itulah, orang sekarang ni mata duitan. Tak kira lah orang bawah or orang atas.
mmmmmmm nak cakap lebih-lebih pun buat sakit hati je. So fikirlah sendiri ye...
Fikir-fikirkanlah...
6 comments:
saya sokong..idup ana!! kang nak cakap lebih2 kang buat sakit hati je..buat tensen kepala je..dah tahu dah mana salahnya..tu la...depa duk jaga perut sendiri..tu la yg dikatakan rakyat didahulukan..maknanya bunuh pun rakyat dulu, sesak napas rakyat dulu...tak mampu beli harga mahal rakyat dulu..memang sokong sekarag manusia mata duitan sebab kerajaan sendiri yg ajar rakyatnya menjadi mata duitan..sekeliling kita juga disajika dengan cerita duit duit..dlm tv pun..mana mana la pun.semuanya dengan keduniaan..nauzubillah....ha ni emo ni..emo aku..ngahhaaahaha
cakap lebih fikir lebih kita yg sakit lebih baik time diberi peluang kita guna peluang sebaiknya.. dia nak potong leher sendiri lantak dia la..pilihan raya nanti buat la pilihan ngan bijak..
rakyat didahulukan... bayar dulu
pencapaian diutamakan... dah tercapai poket depa
Tu la pasal.. ni pun masih emo lagi ni.. dont they think that whenever they increase in petrol means they pull a trigger!! Semua harga akan berubah lepas ni. Kuih raya pun dah naik harga. Dulu leh dapat RM18. Skrg ni dah RM22 (refer harga yang staff jual kat opis hehehe). Ni belum masuk bab raya.. dah masuk musim raya nanti semua nak naik. Silap2 kena catu plak.
Kalau cakap pasal institusi keluarga plak, dari suami je yang bekerja, tetiba isteri plak terpaksa kerja sebab suami dah tak tertanggung belanja rumah. Anak-anak dah terbiar. Gejala sosial berlaku. Pastu nak salahkan sapa?
Mungkin orang kata 'awak ni pikir teruk sangat. Pikir sampai kesana plak!' memanglah kena pikir. nak buat apa-apa keputusan pun kena pikir semua sudut, segi dan tempat. Kalau bab harga ni.. kalau hari ni naik, esok esok pun mesti naik. Ada ke dia akan turun?! means perbelanjaan makin bertambah. Anak plak bukannya makin kurang.
Dah memanjang plak komen. Kalau nak cerita pasal consequence memang tak abih sehari..
fikir-fikirkanlah....
hidup ana!! ngehehee.sangat menyokong consequence yg diceritakan itu...moral of the story, nak kuih raya?mai datang umah..hehee
undilah saya!!! saya akan pastikan hidup anda terbela! tapi tang harga tu... saya tak bleh nak buat apa lah ek.. saya bantu kamu, kamu bantu saya pula... heheheheheee
Post a Comment