Salam semua. Hari ni saya nak ajak rakan-rakan semua menghayati khutbah terakhir nabi Muhammad s.a.w buat umatnya. Khutbah tersebut disampaikan pada 9 Zulhijjah tahun 10 Hijrah di Padang Arafah.
Wahai manusia..
Dengarlah baik-baik apa yang hendak aku katakan ini. Aku tidak mengetahui apakah aku akan bertemu lagi dengan kalian selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini. Dan sampaikan kepada orang-orang yang tidak hadir di sini pada hari ini.
Wahai manusia..
Sepertimana kamu menanggap bulan ini dan kota ini suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Islam itu amanah yang suci. Kembalikanlah harta yang diamanhkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah! kamu pasti menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba. Oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang. Waspadalah terhadap syaitan, demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara yang besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara yang kecil.
Wahai manusia..
Sebagaimana kamu mempunyai hak ke atas isteri-isterimu, makamereka juga mempunyai hak keatas diri kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas diri kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanlah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerena mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia dan hak kamu atas mereka ialah, mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang tidak kamu sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai manusia..
Dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini. Sembahlah Allah. Dirkanlah solat lima waktu sehari semalam. Berpuasalah di bulan Ramadhan dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaanmu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. ketahuilah bahawa setiap orang Islam yang lainnya, Kamu semua adalah sama, tidak seorangpun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan beramal soleh. Ingatlah! kamu akan menghadap Allah suatu hari nanti untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah! agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
Wahai manusia..
Tidak ada lagi nabi dan rasul yang akan datang selepaslu dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Quran dan sunnahku.
Hendaklah oranh yang mendengar ucapanku ini menyampaikannya pula kepada orang lain. Semoga orang yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah ya Allah, bahawasanya aku telah sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hambaMu...
Fikir-fikirkanlah...
Sumber: Majalah anis keluaran februari 2010
No comments:
Post a Comment