Mutiara: Manusia tidak merancang untuk gagal, tetapi mereka gagal merancang.. so berhati-hati dalam merancang..
Salam semua. Semoga semua berada dalam keadaan tenang dan diredhai Allah. Tajuk hari ni semacam je kan. Tajuk ni saya dapat dari perbualan IKIM semalam semasa perjalanan pulang dari pejabat. Mereka mengajukan soalan kepada para pendengar berkenaan bagaimana anda menjual Islam kepada yang bukan Islam. Menjual Islam disini bermaksud memperlihatkan Islam sebagai sesuatu yang indah yang boleh membuatkan mereka tertarik dan bukannya menggadai Islam.
Bagi saya, sekiranya kita tidak mampu untuk memberi dakwah secara terus kepada golongan ini, cukup sekiranya kita pamerkan keperibadian muslim. Kita jadikan diri kita sebagai model. Model bermaksud memperagakan atau menggayakan sesuatu. Jadi kita peragakan keindahan Islam. Apa yang boleh diperagakan?
1. Cara berpakaian; Pakai pakaian yang menutup aurat dan sopan. Pakailah mengikut cara Islam. Baju yang tidak ketat dan tidak menampakkan susuk tubuh kita. Pemakaian tudung yang sempurna.
2. Pertuturan. Bertutur dengan lembut dan menggunakan kata-kata yang elok. Jangan mudah marah. Jangan suka mengutuk atau mengeji dihadapan khalayak. Itu adalah satu contoh yang tidak baik.
3. Tingkah laku. Jaga tingkah laku anda sebagai muslim. Ia merangkumi semua perbuatan anda.
Kalau nak di kira terlalu banyak perkara yang perlu kita landaskan mengikut landasan Islam. Pendek kata, jadikan Islam sebagai cara hidup. Ingat, setiap apa yang kita lakukan diperhatikan. Bukan sahaja diperhatikan oleh pencipta kita (Allah) tetapi manusia juga memerhatikan kita.
Setiap orang Islam itu adalah model kepada agama Islam. Jadi, jagalah perilaku kita supaya kita menjadi model yang baik buat agama kita. Semoga dari tingkah laku kita itu akan melembutkan hati-hati insan lain untuk mendekati Islam.
Marilah sama-sama kita berusaha memperbaiki diri dalam mencari redha ilahi.
Fikir-fikirkanlah...
No comments:
Post a Comment