Pages

Thursday, June 3, 2010

SELSEMA & BATUK BAGI BAYI

Salam semua, beberapa hari yang lepas, saya dan hubby ada membawa mujahid ke-2 kami ke klinik atas sebab selsema & batuk. Kami berjumpa dengan Dr Mimi. Seorang doktor berbangsa China dan perwatakannya seperti ibu-ibu. Hajat dihati nak jumpa Dr Fauziah. Tapi Dr Fauziah tiada, Dr Mimi pun ok lah.

Kami ceritakan masalah yang dihadapi oleh Aiman. Dia cek dan Alhamdulilah tiada kahak dalam paru-paru. Menurutnya keadaan Aiman tidak membimbangkan (lega terasa). Selepas selesai pemeriksaan, saya ada tanyakan beberapa soalan kepadanya dan benyak penerangan demi penerangan dia berikan. Berikut adalah saranannya;

1. Jangan halakan kipas direct kepada anak. Ia bahaya untuk pernafasannya.

2. Pakaikan topi ketika tidur bagi melindungi kepalanya dari hawa sejuk yang boleh menyebabkannya selsema. Doktor kata rambut Aiman sikit, sebab tu dia mudah kena selsema. Tambahan pula sekarang ni memang musim orang demam.

3. Seboleh-bolehnya jangan gunakan nasal spray bagi melegakan hidung anak. Cecair tersebut mungkin boleh masuk kedalam paru-paru semasa kita spray. Ini membahayakan bayi tersebut. (saya guna nasal spray sebelum ini. Bila saya tanya doktor, dia agak terkejut dan dia melarang keras penggunaan spray tersebut)

Contoh nasal spray

4. Sedut kahak / hingus anak menggunakan mulut anda sendiri. Bunyi memang macam menggelikan tetapi itulah jalan yang terbaik untuk melegakan seksa selsema anak kecil.

5. Jangan sesekali beri anak anda makan antibiotik. Antibiotik tidak baik untuk kesihatan anak anda. Cukup sekadar berikannya paracetamol jika mereka demam. Doktor tu kata, apa-apa pun jangan bagi anak makan antibiotik.

6. Pastikan air garam sentiasa ada dirumah. Ia wajib ada di rumah yang mempunyai anak kecil. Ia boleh digunakan jika anak-anak terkena cirit- birit / demam panas.

Bersama-samalah kita menjaga anak kita sebaik mungkin. Kasihi anak kita. Mereka mungkin antara orang besar negara suatu masa nanti ;-)

Fikir-fikirkanlah...

3 comments:

izahdaut said...

tak pernah guna spray tu..air garam tu air buat sendiri ke ada sedia?tapi alhamdulillah so far bebudak ni jarang kene selsema..nk ckp pun tak leh..tup tup esok lusa boleh je kena kan..baik sedia je awal2

Anonymous said...

asma', bby setahun saya kalau demam panas doktor selalu bagi antibiotik.......em...pelik tu...tapi nasib baik asma' payah makan ubat...antibiotik tu bagi 2, 3 kali ajer...da nampak nak elok demamnya, terus xbagi....


-shafida-

CERITAKUASN said...

pae - ana mmg guna spray tu. Pakar kanak2 yg kasi. tp bila doc tu ckp mcm tu tak berani lah plak.

ida - selama ni mmg dh selalu dengar pasal antibiotik tak berapa elok. Bila doc tu cakap mcm tu tambah menguatkan lagi lah dakwaan tu. Sebab tu dia kata, kalau gov. diorang tak beri antibiotik.

Related Posts with Thumbnails