Wednesday, June 9, 2010

BENGKAK SUSU

Salam semua. Semalam dan kelmarin saya MC untuk 2 hari gara-gara bengkak susu. Sebelum ni saya tak pernah rasa macammana bila kena bengkak susu. Tak sangka plak anak dah nak masuk 5 bulan pun boleh kena. Coz in my mind, hanya ketika kita dalam pantang or peringkat awal penyusuan je kita boleh mendapat sakit bengkak susu. So, ini bermaksud, selagi kita menyusukan bayi, selagi itulah kita berkemungkinan untuk mendapat sakit tersebut.

Kisahnya begini, pagi isnin yang lepas, saya sekeluarga balik dari kampung (Pahang). Kami pulang seawal 6.30 pagi. Sepanjang perjalanan pulang, Aiman M kurang menyusu. Dia memang kurang nak menyusu kalau dalam kereta yang sedang bergerak. Pendek kata dia nakkan keadaan yang selesa barulah dia menyusu dengan bersungguh-sungguh. Bila sampai di pejabat, sekitar jam 10 pagi saya pam untuk sesi1 (jadual pam sesi 1 around 10-11 am). Ketika pam saya dah terasa sakit pada breast sebelah kanan. Tapi sakitnya masih tak berapa heavy. Saya pam sampai susu tak keluar. Tapi breast rasa macam ada lagi. So ada rasa tak puas. Since susu dah tak keluar saya berhentilah.

Selesai pam, saya rasa sakit sangat pada breast. Nak sentuh pun tak boleh. Kalau berjalan pun kena perlahan sebab sakit kalau bergegar. Makin lama makin sakit. Bila rasa dah tak larat saya telefon hubby minta jemput (nasib baik hubby cuti coz cuti sekolah). Sementara nak tunggu hubby, saya pam lagi (pukul 1.00pm). Waktu ni saya rasa sakit yang teramat. Masa pam tu rasa nak mengalir air mata menahan sakit. Badan dah rasa nak demam. Bila hubby sampai je, kemas barang terus balik & p klinik. Dalam perjalanan ke klinik saya dah mengigil demam & sakit.

Semasa diklinik, doktor sahkan yang saya mengalami bengkak susu. Doc kata perkara ni sering terjadi kepada wanita yang bekerja dan menyusukan bayi. Dia kata mungkin saluran susu tu tersumbat. Yang tak seronoknya sebab doc tu seolah-olah tidak support breastfeeding. Dia tak galakkan saya pam ketika waktu bekerja. Dia siap tanya, "awak nak bresfeed lagi ke lepas ni?" saya terus jawab ya!. Doc bekalkan saya beberapa ubat (ubat demam, antibiotik, ubat bengkak & tahan sakit).

Sebelum saya balik ke rumah, kami singgah di nursery untuk pick up ke-2-2 mujahid. Saya rasa lemah sangat. Sakit seluruh sendi. Sampai je dirumah, terus saya baring dan baringkan aiman disebelah agar mudah saya susukan dia. Saya susukan aiman dalam keadaan sakit yang teramat. Tetapi sebelum saya susukan dia, saya cakap padanya "Aiman.. Aiman tolong ummi yer. Ummi sakit." Alhamdulillah dia menyusu isap dengan kuat. Sambil dia menyusu saya tertidur. Alhamdulillah hari ini sakitnya dah hampir tiada. Bersyukur sangat, sebab doc kata kalau hari ni masih tak baik, dia akan tulis surat untuk refer ke hospital.

Ini anatomy bagaimana susu dihasilkan

Antara apa yang saya lalui, penyebab bengkak susu adalah;

  1. Ada lebihan susu yang tidak diminum oleh bayi. Lebihan ini terbiar lama dan membeku
  2. Lambat atau terlepas jadual pam (bagi ibu yang bekerja). Acctually saya dah terasa sakit pada minggu lepas. Ini kerana saya terlepas jadual pam saya kerana menghadiri sesi mesyuarat yang terlalu panjang. Masa tu saya pam rasa tak puas. Pam sampai susu dah tak kuar, tapi breast masih rasa berat.
  3. Salur susu tersumbat. Ini berlaku apabila lama tidak menyusukan bayi atau pam.
  4. Semasa menyusu, menekan payudara menggunakan jari. Faktor ini saya dapat melalui pembacaan.
Cara melegakan bengkak susu;

  1. Lekapkan daun kobis. Ini petua orang tua-tua. Saya ada buat juga. Doc pun ada cakap pasal petua ni.
  2. Urut bahagian yang keras / bengkak. Urut sehingga ke puting. Saya urut sendiri dibahagian yang sakit dengan perlahan-lahan.
  3. Tuam. Tuam bahagian yang bengkak dengan air panas kemudian urut dan susukan bayi. Saya masukkan air panas kedalam botol susu afnan yang kecil. Kemudian saya tuamkan ke tempat yang bengkak. Alhamdulillah cara ini amat membantu.
Bengkak susu boleh menyebabkan demam. So, bagi sesiapa yang belum kena, berjaga-jagalah. Dan jangan biarkan anda merasai apa yang saya rasai. Rasa sakitnya hanya Tuhan yang tahu. Serik dan tak nak kena lagi dah huhuhuuu....


Fikir-fikirkanlah...

7 comments:

izahdaut said...

mmm kesiannya..memang bahay ana..mcm akak kome sampai kena buat minor operation bgi kuar susu beku..pengalaman mematangkan..kome pun penah kene mmg sampi demam, sambil bby isap sambil menangis..tapi ubatnye memang bagi baby nyusu

CERITAKUASN said...

tu lah pae... mmg sakit yg tak terkatalah.. rasa nk pitam pun ada. tambah pulak dh lama tak demam..

Momma Mia said...

ala siannya... boleh rasa cane u rasa sakit tuh. org org bagi tip, nk lancarkan susu & elak bengkak kalo boleh berurut sebulan sekali

Anonymous said...

saya pun nak share, pernah kena bengkak susu, bidan ajar lumur breast dgn perahan air asam jawa. memang jadi, try aaaa

Zulaika Zulkefli said...

Fuhh baru kena siang tadi..dah la puting susu luka pulak baby gigit.dtambah bgkak susu lg.9 jam sakit sy terus ke ppum.nasib la masih prgkat awl jadik dpt antibiotik n ubat ape ntah.mase bg ank mnum rase cm puting ke na hiris2 la sbb luka tambah bgkak brdenyut2.susukan baby sambil nages2 smpy asben pun risau.heheh skunk ni da okay la letak kubis jugak.heheheh

Zulaika Zulkefli said...

Fuhh baru kena siang tadi..dah la puting susu luka pulak baby gigit.dtambah bgkak susu lg.9 jam sakit sy terus ke ppum.nasib la masih prgkat awl jadik dpt antibiotik n ubat ape ntah.mase bg ank mnum rase cm puting ke na hiris2 la sbb luka tambah bgkak brdenyut2.susukan baby sambil nages2 smpy asben pun risau.heheh skunk ni da okay la letak kubis jugak.heheheh

Rozaina Syuhada said...

tulah stres juga ye susu bengkak ni..alhamduliah saya tk pernah kena lagi, tp bila dgr org mengadu susu bengkak ni sampai boleh demam..klau kerja terpaksa ambik mc.ada dgr org cerita 1 milkbooster ni..produk dia just sapu2 je, Pump It Natural Milkbooster namanya..tgk kt fb dia mcm2 info,1 set ada 3 jenis dalam tu..InshaAllah boleh cuba:)

Related Posts with Thumbnails