Tuesday, June 1, 2010

NOTA BUAT SUAMI TERCINTA


Salam sayang buat suamiku...

Hari ini genap 3 tahun kita hidup bersama
masih tergiang ditelinga ini
akad yang kau lafazkan
masih segar diingatan
jabat tangan mu
tanda kau menerima ku
sebagai suri mu

Tahun-tahun awal kita bersama
pelbagai dugaan datang melanda
kerap kali luruh air mata
namun aku pasrah segalanya

Aku bukanlah wanita sempurna
bukan jua wanita jelita
namun aku kan terus berusaha
demi mu wahai suami tercinta

Kerana Allah kasih ku tercipta
Kerana Allah kita bersama
Engkau jodoh pilihan Ilahi
Semoga ikatan kekal abadi

Kasih ku hanya untuk mu
hidup ku hanya dengan mu
hati ku hanya ada kamu
temanlah daku selamanya
selagi diri ku masih bernyawa

Aku kan sentiasa disisimu
Dalam susah dan senangmu
Dalam tidur ataupun jagamu
Hanya satu pintaku dari mu
Bantulah aku untuk lebih menyanyangi dirimu

Ummi sayang abah selalu

nukilan asn

Fikir-fikirkanlah...

7 comments:

izahdaut said...

happy 3rd aniversary..smoga ana dan hubby berbahagia selalu bersama anak2 tercinta..

CERITAKUASN said...

tq so much pae.. amiinnnn

BIONIC WOMEN said...

selamat ulangtahun perkahwinan ke3..
semoga cinta terus bersemi sampai syurga..amin
sungguh indah nukilan jiwa itu...

Desa Abu Hassan said...

selamat berbahagiah kepada tuan rumah, yang ke 3- , banyak dugaan tetapi jodoh pertemuan,ajal maut adalah ketentuannya..saya dah 25 tahun berkongsi hidup dengan 6 orang cahayamata, anugerahnya..

Momma Mia said...

wahhh... happy 3rd aniversary.
Semoga bahagia slalu di samping hubby terchenta & anak2 mujahid

CERITAKUASN said...

Terima kasih semua...

Bionic women ~ ikhlas dari hati ;-)

Patek ~ tu lah.. kita tak tau apa yang Dia dah sedia kan untuk kita kt depan nih..

Momma ~ tq.. mujahid ke-2 baru 4 bulan, hubby dah tak sabar nak tambah koleksi huhuuu

Cak Lam said...

happy 3rd aniversary... jauh lagi perjalanan tu...saya baru nak masuk ulangtahun ke 10.

Related Posts with Thumbnails