Thursday, June 24, 2010

SAYA TERLANJUR = SAYA PENZINA!!

Mutiara: Muhasabah diri setiap hari agar sentiasa sedar kedudukan diri..

Salam semua. Terdetik untuk saya menulis entri ini setelah saya terbaca dalam laman soal jawab agama oleh ustz Amin berkenaan penzina. Sedikit sahaja soalannya dan ringkas sahaja jawapannya. Berikut adalah soalan dan jawapannya;

Guest ~ assalamualaikum.ustaz betul kie kalau dosa zina tak akan diampun selagi tidak dijalankan hukum hudud terhadap penzina 2010-06-05 2:50 AM

Ustz Amin ~Ya, dosa zina hanya diampukan dengan hudud sahaja, tetapi jika tidak dapat hudud, maka taubat sungguh-sungguh, jika Allah kehendaki Allah boleh ampunkan dan jika Allah kehendaki Allah boleh azab (maksud hadis)

Seringkali kita dengar "saya terlanjur.." "kami dah terlanjur.." dan sebagainya. Tetapi, kalau diperhatikan, kata-kata tersebut tidak menampakkan betapa berat perbuatan yang telah dilakukan. Tambahan pula dalam zaman sekarang yang serba maju dan moden, perkara ini telah dipandang biasa bagi sesetengah golongan. Tidakkah mereka terfikir bahawa mereka telah melakukan zina?! dan mereka adalah penzina?!

Tidakkah mereka sedar betapa beratnya dosa sebagai penzina? Seperti yangdi jawab oleh ustz Amin bahawa zina hanya diampunkan dengan hudud! Dimana letaknya hudud dinegara kita? sedangkan begitu ramai penzina yang wujud di negara ini. Kenapa saya kata ramai penzina? buktinya ada didepan mata kita. Berapa ramai bayi yang dibuang? Inilah akibatnya kalau mengagungkan barat sehingga sanggup menolak hukum Allah.

Bertaubatlah wahai hamba Allah. Betapa banyak dosa yang kita lakukan seharian. Berfikirlah sebelum bertindak. Bersama-samalah kita berusaha mencari redha Ilahi..

Fikir-fikirkanlah...

2 comments:

izahdaut said...

itu lah yang koi pelik nye..sampai kan ada wanita tut...boleh cadangkan tempat letak baby yang nak dibuang?adakah itu satu jalan penyelesaian?makin banyak undang2 bermakna undang2 manusia tak boleh pakai..pakai lah hukum yg Allah dah bagi.bukan golongan tertentu tak perasan bila anak luar nikah sering dilahirkan..bermakna zina itu banyk berlaku waktu2 perayaan contoh, perayaan merdeka dgn konsertnye...perayaan krismas juge dgn konsertnye..tapi perayaan tetap juge diluluskan...masyaAllah..maaf sekadar pandangan.

CERITAKUASN said...

tu lah kan... yang buat segolongan org.. & yang dapat bala sebagai balasan perbuatan ni semua orang.. negara kita ni sukakan hiburan tanpa batasan so, berlakulah pergaulan tanpa batasan. Maklumlah, dunia tanpa sempadan. nak menghayati merdeka pun berkonsert, nak mengasihani palastine pun berkonsert. sapa yang teror mennyanyi dinaikkan jadi idola. sapa yang pandai mengaji letak kt mana? Astaghfirullahalazim...

Related Posts with Thumbnails