Tuesday, June 22, 2010

WANITA DAN KERJA

Mutiara: Perjalanan seribu batu bermula dengan 1 langkah.. so, mulalah melangkah ;-)

Salam semua. Hari ni nak berbincang sikit berkenaan wanita dan kerja. Atau lebih mudah kalau disebut wanita bekerja. Apa pendapat semua? Pasti akan datang berbagai pendapat dan pandangan berdasarkan pemikiran masing-masing. Dahulu, saya seorang yang memperjuangkan wanita yang bekerja. Pada saya wanita harus bekerja untuk memastikan perbelanjaannya dan kehendaknya tidak terganggu. Secara tidak langsung dapat membantu suami dalam memperkukuhkan ekonomi rumah tangga. Tambahan pula dengan keadaan ekonomi yang kian meningkat. Segala perbelanjaan semakin meningkat. Kehendak sendiri pun boleh tahan juga meningkatnya ;-)..

Bagi saya juga, bekerja itu adalah sebagai security. Kita tak tahu apa yang bakal berlaku kepada kita ataupun suami kelak. Lagipun, rugilah kalau belajar tinggi-tinggi tapi tak gunakannya dilapangan pekerjaan.

Namun, segalanya berubah kini apabila saya mempunyai 2 orang cahaya mata. Segalanya tertumpu kepada penjagaan & pendidikan mereka. Sedih bila memikirkan kurangnya masa bersama anak-anak. Orang lain yang mendidik mereka. Bagaimana mereka dijaga? apa yang mereka makan? Bagaimana emosi mereka? Tambahan pula bila melihat perangai si abang yang banyak tegang daripada tenang. Pengaruh dari rakan di nursery. Semua ini membuatkan saya didalam dilema. Sehinggakan saya ingin mengambil keputusan untuk berhenti dari bekerja.

Saya merujuk kepada suami. Dia membenarkan tetapi bersyarat, saya perlu redha dengan segala rezeki yang ada. Dalam saya mencari jawapan yang pasti (cewah) terpanggil saya untuk membaca buku Untukmu Wanita tulisan Ustz Zaharuddin Abd Rahman (hadiah dari suami). saya akan nyatakan apa tulisan beliau dalam entri berikutnya.

Masih mencari jalan dan jawapan....

Fikir-fikirkanlah...

3 comments:

izahdaut said...

ye betul ana..mencari jawapan dengan perlahan dan tenang.mcm koi dulu, memula kawin hubyy suh pikir kalau ada anak nak kerja ke...once tahu preggy terus pikir dan pikir dan pikir dan mengambil pengalmanan dari anak2 sedara yang ibunya bekerja dan yang tak berkerja...slow slow ana..... smoga mendapat jawapan yang diredhaiii

BIONIC WOMEN said...

saya dah alami semua ni..sama seperti yg akak rasa hari ni..saya seorang yg kuat bekerja workaholic masa sebelum kawin..then saya peggy..saya bagitau suami saya nak besarkan anak ngan tangan sendiri, susukan sendiri selama yg mungkin..then saya amik keputusan berhenti kerja..pada mulanya agak stress..sebab x biasa x kerja, bila sengsorang kat rumah ase sunyi, pastu kewangan kami bukannya kukuh sangat...husband saya sama seperti husband akak, dia kata dia suka saya x bekerja, at least ada org sambut dia bila balik kerja, makan pakai teratur, anak membesar dgn baik tanpa asa ragu2, cuma saya kena redha dan paham yg kami xkan boleh hidup seperti sebelumnya..duit perlu dikawal sebaiknya..Alhamdulilah, kini kami dah terbiasa lalui situasi itu..cuma kata orang tu kena tahan la kak...akak leh baca kat sini..
http://violetgloves.blogspot.com/2010/05/antara-yg-berilmu-dan-cetek-ilmu.html
nak tahu apa perasaan saya bila dah jadi surirumah

CERITAKUASN said...

Pae~ tq.. tu lah kan.. bila tgk anak2 yg membesar kt nursery ni hasilnya mmmm.. tgk anak sendiri jerlah.. baru 1thn 1/2 dah pandai nk sepak & pukul org. ummi ngan abah dia pun dia tak kisah. siap jerit2 lagi.. huh.. masih berfikir.

Bionic wmn ~ tq.. dah baca entri tu. tu lah antara cabarannya kan.. nk tahan telinga dari radio2 buruk.. semoga aku jumpa ketenangan..

Related Posts with Thumbnails