Seronok berbual-bual dengan rakan-rakan pejabat. Pelbagai topik keluar. Isu utama perbualan adalah hal politik. Dalam seronok berbual, terselit juga pelbagai cerita dan kata-kata. Antara buah perbualan;
A: Hidup ni, kita kena jadi macam setan!!
B & C: HUISH!!!!! apalah akak ni. Melampaulah tu....
A: Eh betullah. Kita ambil lah yang positifnya
B: Apa yang positifnya?
A: Dalam hidup ni kita tak boleh putus asa. Jadi macam setan, tak pernah putus asa. Dia akan tetap goda manusia walau dimana & bagaimana cara sekalipun. Jadi, kita jangan mudah putus asa. Kalau tak boleh cara macamni, kita cuba cara lain pulak.
B: Memanglah kak. Tapi orang sekarang ni ambil yang depan je. JADI MACAM SETAN! ayat belakang dah tak sempat nak dengar dah..
Yang C hanya diam tak menyampuk. Moral of the story, setiap benda yang dijadikan Allah ni ada pengajaran disebaliknya. Terpulang pada kita mentafsirkan. Jangan kita jadi lebih dari setan sudaahhhh...
Fikir-fikirkanlah...
2 comments:
hikhik..klu ikut Rasulullah pun dah ada semua..putus asa tidak skali....ekeke.. mcm2 kan
Tu la pasal.. Pandangan manusia itu berbeza-beza. Cara pentafsiran juga berbeza... Tak pelah, asalkan kak *** bahagia :-)
Post a Comment