Pages

Tuesday, November 2, 2010

DOAKAN SAYA DAN ANAK-ANAK SAYA

Salam semua, harap semua sihat dan sentiasa terpelihara dari segala kejahatan duniawi dan makhluk-makhluk didalamnya.
Sejak akhir-akhir ini saya sering terganggu. Bukan secara fizikal, tetapi emosi, mental & rohani. Ini juga menjadi sebab kenapa saya jarang kesini dan jarang melawat sahabat-sahabat sekalian. Minggu lepas, seminggu saya berada di kampung untuk proses pemulihan. Pemulihan apa? bunyi cam serius je kan... hehehehe saja nak buat suspen skit.

Apa yang berlaku? Kesihatan anak-anak saya kurang memuaskan. Afnan & Aiman batuk teruk. Afnan dah hampir sebulan batuk tanpa henti. Kejap baik kejap teruk. Aiman hampir-hampir dimasukkan kehospital atas sebab lung infection. Baru je sembuh, terkena jangkitan semula selepas 2 hari dinursery. Oleh sebab itu, doktor menasihatkan kami untuk menukarkan nursery mereka.

Alhamdulillah kami berjaya mendapatkan nursery untuk Afnan. Aiman, terpaksa kami tumpang di tadika afnan dahulu untuk tempoh sebulan. Dalam tempoh itu, kami perlu mencari tempat lain untuk Aiman. Manalah nak diletakkan si Aiman nih...

Saya pula menghadapai masalah emosi (spiritual). Masih dalam usaha pemulihan. Tak boleh nak cerita panjang-panjang. Bimbang emosi terganggu.

Oleh itu, mohon jasa baik semua untuk mendoakan kesihatan kami semua.

Fikir-fikirkanlah...

3 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum ana,
yeke anak2 tak sihat?emmm, kena cari orang perseorangan tu utk jaga anak.sayapun tahun depan berdelema juga nak hantar ank ke3 kat mana, bukan sebab taska tu berkuman (tapi kalau selema tue biasalaaa) tapi terlalu kerap mencutikan budak...pening kepala kita dibuatnya.tahunnie saja dah 4 kali dia cutikan budak, tapi kita bekerja.jenuh meminta belas simpati pengasuh kawan2 utk jagakan ank...tak kira duit extra yang keluar utk bayaran extra pada orang yg tlg jaga tue....

kalau doktor dah suggest tukarkan nursery ank..emmm..memang kena tukarla tu ana...kat sg tua area tempat saya nie, nurserynya hanya ada 2.... 1pusat komuniti dan 1 lagi persendirian...dua2 tak berapa saya galakkan utk masuh ;) kerana memang tak memuaskan hati....tapi kalau perseorangan...ada makcik kat BBS nak jaga ank, sbb semua ank2 dia dah besar. aritu dia minta tlg saya carikan..saya teringin nk hantar, tapi xpandai kereta plk nak seberang jln besar tue....nampak baik jer makcik tue...(kenal sbb selalu dtg kat tepi tadika kemas nie beli lauk dgn van ikan)
kalau nak berkenalan dgn makcik tue, booleh saya ushakan no phone nya ana....

hehhehe...sory, wat surat pjg lebar plk kat sini...

wassalam
shafida

izahdaut said...

ana..patut la 2,3 hari ni asyik teringat je kat ana..napa senyap je..terlintas juga nak sms, tapi bila duduk rehat, terlupa pulak..

semoga ana n mujahid mujahid tu sihat dan moga urusan nak ana dimudahkan Allah..banyak2kan bersabar ye..teringat lagi jumpa ari tu budak berdua tu sihat n aktif..ala kesiannya....

CERITAKUASN said...

ida; thanks for your suggestion. BBS tu jauh sangatlah ida. Afnan ana dah hantar kt tadika naluri kasih tmn jasa. Aiman pun tumpangkan kat situ untuk sebulan. Bulan 12 abah dia kata nak jaga. Alhamdulillah masih ada masa nk mencari.

Pae; Ujian & dugaan dari Allah. Kita tak terduga. Insyaallah semuanya akan kembali seperti biasa tak lama lagi ;-) apa pun ana tetap ceria seperti dulu hehehe

anak-anak pun semakin pulih. cuma si aiman batuknya tak habis2 lagi. Apapun kita doakan lah yang terbaik ek..

Related Posts with Thumbnails