Pages

Friday, November 26, 2010

DUHAI ANAK DARA...

Assalamualaikum w.b.t

Gambar sebagai hiasan

Anak dara adalah gelaran bagi si gadis sunti yang masih belum berkahwin. Selalunya, waktu inilah mereka dijaga dengan sungguh-sungguh oleh ibu dan ayahnya. Dijaga dari segi adabnya, budi pekerti dan tingkah laku agar semuanya tampak sempurna. Agar semuanya indah belaka.

Orang tua dulu menyediakan pelbagai pantang larang untuk si dara. Semuanya demi menjaga mereka agar menjadi insan pemalu, rajin, serta bijak dalam hal rumah tangga. Bak kata orang tua, supaya menjamin kebahagiaan rumah tangga.

Antara larangan orang dulu-dulu;

  1. Jangan tidur meninggi hari
  2. Jangan menyanyi di dapur
  3. Buat kerja biar berhalus (lemah lembut)
  4. Bercakap jangan terdengko-dengko (cakap dengan keadaan menjerit)
  5. Jangan pulang petang
Dan bermacam-macam larangan lagi. Dan anak dara juga perlu pandai memasak. Semua ajaran ini banyak menjurus kearah menjaga rumah tangga.

Ia amat bagus sekiranya dipraktikkan tak kira zaman. Namun apa yang berlaku dengan anak dara zaman sekarang?

Tak kira anak dara atau anak teruna sama sahaja. Tidur tak ingat dunia. Bangun nak di kejut. Makan nak di masak. Berjalan merata alam tak ingat waktu. Mana hilangnya ajaran dulu kala?

Betapa besarnya cabaran untuk mendidik anak dizaman sekarang dan akan datang. Semoga kita semua mampu melahirkan generasi yang cemerlang untuk dunia dan akhirat. aaaammmmiiinnn....


Fikir-fikirkanlah...

4 comments:

izahdaut said...

insyaAllah....
memang besar tanggungjwab seorg ibubapa dan pemimpin..

weh berseni nya hantaran tersebut.hehhehe.. sihat ke ana? lma tak dengor cerita.... bila ke kuching nye?

CERITAKUASN said...

Alhamdulillah sihat. lama menyepi ;-) Insyaallah 15 dec hingga 21 dec. Moh kita ke kuching :-)

terokai seni said...

ooo tak sama yerk cakap berdego-dego dengan berdengko-dengko..

CERITAKUASN said...

heheheh ntohlah.. kome guna berdengko2. tak tau pulok berdego tu apa. sama je gamoknye. cume caghe sebut te aje. pahang kan lain tempat lain caghe cakapnya ;-)

Related Posts with Thumbnails