Pages

Tuesday, November 9, 2010

AYAM PASAR MALAM

Salam buat semua. Sempena cuti depavali yang lepas, saya dan keluarga ambil kesempatan untuk balik kampung. Seronoknya dapat balik kampung. Dah lama rasanya tak balik ke pahang. Saya balik ke Jerantut Pahang.

Satu perkara yang paling menyeronokkan kalau balik kampung ni adalah.............  MAKAN-MAKAN TIME!!!! Adik saya memang suka masak. So kalau kakak-kakak dia balik, pelbagai resepi dan masakan yang dia akan sajikan pada kami. Yum yum yum... yang pasti seme sedap-sedap.

Resepi yang saya nak kongsi disini adalah AYAM PASAR MALAM. Ini adalah menu ayam goreng yang digoreng ala pasar malam ;-)



Resepi ni dapat dari orang Melaka (Mak kawan dia). Bahan yang penting adalah tepung goreng tersebut. Diingatkan, resepi dibawah adalah untuk menggoreng ayam yang banyak (macam nak jual kat pasar malam lah). Kami buat mengikut resepi dibawah. Tapi lebihan tepung tersebut disimpan untuk gorengan yang akan datang ;-)

Resepinya;

RM1 serbuk ketumbar
RM1 serbuk jintan manis
RM0.50 penumis (kulit kayu manis, bunga lawang etc - yang jual siap dalam peket) - dikisar halus
Serbuk rempah sup adabi (peket kecik)
sedikit serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Pak Aji (bahan perasa - kalau nak letak)
1 kg tepung gandum
500g tepung beras
200g tepung jagung

Gaulkan kesemua bahan tersebut dan ayakkan supaya sebati.

INGAT!! - Bahan diatas adalah untuk menggoreng ayam yang amat banyak macam di pasar malam

Cara masak;

  1. Cairkan sedikit tepung adunan di dalam besen.Bancuhan memang cair (lebih cair dari buat lempeng)
  2. Sediakan tepung untuk menyalut ayam didalam bekas lain
  3. celup ayam dalam besen yang mengandungi bancuhan tepung cair, kemudian golekkan kedalam bekas tepung kedua dan masukkan ke dalam kuali atau periuk yang mengandungi minyak yang panas.
  4. Ayam di masak secara deep fry.

Fikir-fikirkanlah...

3 comments:

AzianKhalil said...

macam buku resepi mak koi..sukat pakai harga...50 sen kacang hijau...banyak mana la 50 sen kacang hijau sekarang nak banding dengan 1986...

CERITAKUASN said...

hahahaha.. nak buat camner.. dah makcik tu kasi camtu.. anak murid tak leh engkar huhuhu

Unknown said...

xfahm...

Related Posts with Thumbnails