Buat adikku Hatim,
Engkau bagaikan permata
Hadirmu bersama cahaya
Datang mu tanpa diminta
Pergi mu tanpa diduga
Diammu penuh pekerti
Tiada yang sia
Segalanya bererti
Ringan bahumu
Disulam senyum berseri
Adik kesayangan
Cantik peribadi
Tingkah mu tampak indah
Tutur mu tiada bermadah
Engkau terus mengorak langkah
Dalam senang mahupun payah
Begitu singkat detik masa
Saat untuk kita bersama
Saat untuk kita menduga
Engkau pergi tanpa diminta
Engkau tabah!
Engkau mahu mereka pun tabah
Jangan ditangis bila kakimu melangkah
Inilah suratan yang perlu dipasrah
Pergilah wahai adikku
Pergi teruskan perjuangan mu
Berjuang mengubah kehidupanmu
Doa kami akan tetap bersama mu
Doaku buat mu,
Jadilah benih yang baik dan subur
Berharga lebih dari permata
Biar dimana kamu berada
Semoga tumbuh subur melata
Ku karang buat Hatim yang juga pergi meninggalkan CERT.
Inilah cerita aku...
4 comments:
muka ini gak la yg aku rindu nk tgk..comel...haaaa ko...pengakuan iklasss...hahahahha...rindu lawak2 atim yg bersahaja n sempoi..huhuhuhuh
ces... pengakuan ikhlas... jgn tergoda tim
baik kak..sy folo cakap kak ana..tak tergoda ni..tgh tabah ni..hahaha
hahahhahaha..tabah ya mohd???org gentleman kdg2 berlagak je lebih...ahahhahah
Post a Comment