Pages

Friday, December 10, 2010

SELAMAT HARI AIDS SEDUNIA

Assalamualaikum w.b.t

Pagi-pagi sedang bersiap untuk ke office, aku buka tv dan tangan laju menekan butang alat kawalan jauh 103. Dah semestinya rancangan Malaysia Hari Ini. Tajuk perbualannya adalah berkenaan HIV. Ooooo patutlah, rupa-rupanya hari ini adalah hari aids sedunia. Eh bukan 1 December ker? mmm ntahlah. Tengok semuanya pun pakai reben merah tadi.


Persoalan yang timbul dalam benak fikiran saya pagi tadi adalah, adakah hari ini patut diingati? kebiasaannya, kita memperingati hari-hari kebesaran atau bersejarah. Adakah ia salah satu daripada hari kebesaran atau bersejarah? Baguskah ia untuk kita ingati? Kalau kata untuk diperangi, setiap hari dan setiap masa kita patut perangi. Bukan hanya sekadar 1 hari sahaja.

Teringat kepada soalan yang diutarakan Wardina pagi tadi. Pelbagai kempen telah dibuat, tetapi kenapa angka pesakit Aids ini tiada pengurangan langsung. Seolah-olah terdapat kepincangan dimana-mana yang mungkin tidak diketahui. Tidak dinafikan kempen memang dijalankan disana sini. Namun ianya bermusim. Secara peribadi, jarang saya melihat kempen ini kecuali pada hari memperingatinya sahaja.

 Betul ke dengan penggunaan kondom dapat menghentikan aids? fikir-fikirkanlah

Antara aktiviti semasa kempen adalah pemberian kondom secara percuma beserta penerangan cara penggunaannya. Adakah ini membantu? mungkin bagi sesetengah kes. Tetapi itu bukanlah penyelesaiannya. Secara tidak langsung, cara ini menyatakan persetujuan kita kepada seks bebas dengan cara selamat!

Selain daripada seks bebas, perkongsian jarum bagi penagih dadah juga menyumbang kepada penyakit ini. Bagi masalah ini, kita dapat lihat kerajaan memerangi dadah, penagihan dan pengedarannya secara besar-besaran. Ia juga diadakan sentiasa. Adalah satu jenayah besar bagi mereka yang memiliki, menagih ataupun mengedar dadah. Masyarakat juga takut untuk menhampirkan diri dengan dadah. Sehinggakan ia digelar sebagai NAJIS dadah. Usaha kerajaan ini secara langsung dapat mengurangkan penularan wabak tersebut.

Namun, mengapa seks bebas tidak diperangi sehebat ini? Dalam keadaan dunia masa kini, maksiat berleluasa seenaknya. Anak muda yang belum cukup akal sudah didedahkan dengan keadaan ini. Pemberian kondom bukanlah suatu yang elok. Ia mungkin boleh disalah gunakan. Benteraslah daripada akarnya. Hentikan pusat hiburan. kurangkan atau hentikan acara-acara hiburan yang tidak bermanfaat. Tak perlu nak dihuraikan panjang lebar. Semua sedia maklum apa yang perlu dilakukan.

Apapun, berbaliklah kepada agama. Jadikan ia panduan hidup. Agama bukan letaknya disurau atau dimasjid sahaja. Ia adalah cara hidup yang sempurna. Jadikan agama penyuluh hidup. InsyaAllah hidup kita akan dijamin dunia dan akhirat.


Fikir-fikirkanlah...

Thursday, December 9, 2010

KELAS FOTOGRAFI

Assalamualaikum w.b.t
Sekarang ni aku sedang berjinak-jinak dengan dunia fotografi. Hehehehe... yang kata minatnya my hubby, tapi yang lebih-lebihnya diri sendiri (asn). Masuk kelas singkat dengan photographer pro yang ada kat office. Bila bos tak de je terus lenyap pi bertenggek kat meja sifu. Masuk kelas kejap je, macam dah pro je hehehehe. Sifu terang tu terang ni, yang masuk dalam kepala otak ntah apa. Apa taknya, masuk kelas pun sembunyi-sembunyi.Masuk kelas hari tu pun sebab nak shoot wedding my sister in law. Lepas tu terus dah tak de shoot sampai sekarang. Antara apa yang aku ingat daripada kelas yang singkat itu;

 Ini adalah sifu aku..

1. Apa itu M, P, S, A
2. Kalau dalam bilik, guna ISO tinggi sikit; 800 or above
3. Untuk suasana di luar, ISO; 400
4. Untuk outdoor session, guna A, so just adjust shutter & ISO
5. Kalau tak nak gambar kabur atau gegar, tinggikan shutter. 

Untuk pengetahuan umum, kelas mengambil masa kurang dari 15 minit huhuhuu... 


 
Antara gambar yang berjaya diambil


Hujung minggu ingat nak pi outing. Dapat buat outdoor session ngan anak-anak pun best juga. Tapi malangnya, bila hujung minggu sampai, ada saje benda yang nak dibuat. Minggu depan nak ke Kuching. So dapatlah bergambar sakan dan mengasah bakat yang ada.

Sebelum bercuti, nampak gayanya nak kena masuk kelas sekali lagi. Jangan marah ye sifu..

Fikir-fikirkanlah...

MEMBEBEL MEMBEBEL MEMBEBEL

Assalamualaikum w.b.t


Hari ni terlalu banyak sangat membebel. Pergi sana membebel. Pergi sini membebel. Membebel sama dengan mengumpat tak? Kalau kita membebel dan bercerita pasal orang, mengumpatlah jadinya. Ish ish ish... Dah buat dosa pulak dah. Tu namanya menempah tiket ke neraka.

Nasib baik Allah bagi mulut 1 saja. Itulah hikmahnya. Kalau mulut pun dua. Pakat tak berhenti bercakaplah sekalian umat manusia di dunia ini. Kurangkan bercakap. Cakap bila perlu. Makan bila lapar ;-)

Fikir-fikirkanlah...

WARNA KEHIDUPAN

Assalamualaikum w.b.t

Wahai sekalian sahabat, Kita sekadar pelakon dipentas dunia. Dan Allah adalah pencipta pentasnya. Dia adalah pemerhati. Dia sentiasa mengawasi setiap gerak lakonan kita. Tak tertinggal walau sedikit gerak atau sedikit langkah. Semuanya dapat dilihat dengan jelas.

Lumrah hidup, setiap perkara ada aturannya. Ada pantang larangnya. Siapa yang melanggar pantang, ada habuannya. Siapa yang akur juga ada habuannya. Semuanya terpulang kepada diri. Si durjanakah engkau, atau si alim yang benar-benar menurut perintah penciptanya?

Dunia ini terlalu singkat untuk kau persiakan. Sering telinga mendengar;



'Aku mahu enjoy dulu!'
'life begin at 40'
'saya masih muda untuk bertudung'
'ini fesyenlah, janganlah jadi kuno!'
'saya selesa begini, biarlah apa orang nak kata'
'ini hidup aku, suka hati akulah!'

Kasihan bagi mereka yang mensia-siakan hidupnya. Adakah tua sahaja yang layak untuk insaf? Adakah mati itu menunggu usia tuamu?

Kamu lahir bagai kain putih tanpa sebarang lukisan. Sampai saat Allah berikan kamu hak untuk melukis diatas kainmu sendiri. Dengan pantas dan leka kau melukis dan terus melukis. Secara sedar kau menconteng warna hitam. Namun, dalam kau tidak sedar, telah banyak contengan hitam itu yang kau lakukan.

Kini, bila kau sudah tidak mampu untuk melukis laju, baru kau berhenti sebentar dan kau tatapi kembali lukisanmu itu. Sayu kau lihat, betapa kotornya kain mu. Sangkamu, lukisan mu cantik. Sangkamu, kau coretkan warna-warna pelangi. Namun, warna-warna pelangi itu bertukar hitam! mengotorkan seluruh kainmu. Sebak dan getar hati melihatnya. Bagaimana mahu dibasuh kembali segala kotoran itu?! Bagaimana?! Berikan aku segelen air, ingin kubasuh kembali kain ini agar bersih. Ya Allah, kau berikanlah aku kain yang lain. Aku ingin melukis lagi. Aku berjanji, akan ku lukis dengan cantik. Cantik dimataku dan dimatamu.

Saat ini baru kau sedar, betapa bodohnya kau. Berlagak pandai.

Wahai sahabat, lihatlah kembali dan tolehlah kembali kepada lukisanmu yang dulu. Adakah benar cantik dimatamu & dimata-Nya. Atau sekadar contengan yang mengganggu hidupmu. Ingatlah, kain itulah yang akan kamu pakai ketika bertemu pencipta mu kelak.

Fikir-fikirkanlah...

Monday, December 6, 2010

SELAMAT TAHUN BARU

Assalamualaikum w.b.t


Selamat menyambut tahun baru
Untuk semua muslimin muslimat
Selamat menunaikan azam baru
semoga dah tertanam segala amanat

Setahun berlalu tanpa sedar
Segala yang berlaku kian pudar
Tangis dan tawa semua dilakar
Dosa pahala tak dapat digambar

~~~~~~~~o~~~~~~~~~~~~
Tahun-tahun kebelakangan ini
Warna hidupku hanya untuk mereka
Merekalah pelakarnya
Mereka jugalah pewarnanya
Kehidupan mereka adalah cermin kehidupan ku

Tahun ini,
Kalian banyak berduka
Tubuh lemah diserang sakit
Tak tahan kamu menangkis
Ibumu jua yang menahan tangis

Aku sendiri jua lemah
Lemah semangat
Lemah segala
Aku sekadar mampu berdiri
Dengan gigil segala sendi

Kini aku mengumpul kudrat
Untuk aku terus melangkah
Menongkah arus ditahun mendatang
Agar aku terus tabah
Demi menceriakan hari-hari mereka

Ya Allah,
Engkau bantulah aku
Dalam setiap langkahku
Dalam setiap perilaku ku 
Dan tutur bicaraku

Ya Allah,
Engkau bantulah aku 
Dalam aku menyusun kehidupanku
Demi sebuah kehidupan yang lebih bermakna

Ya Allah,
Engkau murahkanlah rezeki kami
Setelah Engkau panjangkan hidup kami
Bagi kami menempuhi tahun yang baru ini...

Semoga hati-hati kami ini, akan tetap tenang berada didalam agamamu
Amiin Ya Rabbal'alamin...




Fikir-fikirkanlah...

RESEPI 30 MINIT

Assalamualaikum w.b.t

Haaaaa....! Apa dia resepi 30 minit? resepinya tak de dalam entri ni, tapi ada dalam buku yang saya beli menerusi internet minggu lepas. Dalam tengah kerja tu, kepala duk memikir nak masak apa untuk menu makan malam nanti. Daripada fikir sendiri, minta tolong Mr Google tolong fikirkan sekali. Cari resepi nak masak ayam. Tetiba terpandang 1 iklan buku:


 Bila tengok je hati dah terpikat. So, apa lagi, terus beli je lah. Hari ni order, esok terus dapat. Pantas! Saya beli di AdikBijak.com  Pelbagai jenis buku ada dijual. Senang betul sekarang ni nak beli buku. Tak perlu nak bersesak ke kedai-kedai buku atau ke toko buku. Ada internet, ada duit terus boleh beli.

Buku dah beli, tapi saya masih belum berkesempatan mencuba sebarang resepi yang terdapat dalam buku ini. Insyaallah akan dicuba satu persatu. Buku ini amat sesuai bagi mereka yang berkerja. Sebab terdapat panduan untuk menguruskan dapur. Sangat praktikal. Resepi ada, petua ada, panduan pun ada. Complete package in 1 book.

So apa lagi, jom beli buku anda di sini.

Fikir-fikirkanlah...

Thursday, December 2, 2010

Mengapa Hawa tercipta saat Adam tertidur dan Hawa melahirkan saat dirinya terbangun??

 Assalamualaikum w.b.t


Seorang laki-laki jika dia kesakitan, maka dia akan membenci. Sebaliknya wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya,, Seandainya Hawa diciptakan dari Adam As saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa. Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, melihat kematian dihadapannya, namun semakin sayang dan cinta nya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia akan menebus nya dengan kehidupannya.


Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu(jantung, hati nurani). Oleh karena itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Kemudian Allah menjadikan nya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Sementara Adam diciptakan dari tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu. Wanita selalu berinteraksi dengan perasaaan, dengan hati, dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang putri yang manja, dan seorang istri yang penurut.


Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, seperti yang dikabarkan oleh Nabi Muhammad SAW, “jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.” Maksud nya adalah dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang laki-laki.


Maka wahai Adam janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu. Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitikkan airmata, itu berarti dia sedang menangis di dalam hatinya. Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf. Dan wanita sulit untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayang

 Sumber dari laman facebook, Blog Nya Mass Rully

Fikir-fikirkanlah...
Related Posts with Thumbnails