Pages

Wednesday, March 28, 2012

IMPIAN JADI KENYATAAN


 Assalamualaikum buat semua. Lamanya saya tak menjengah kesini. Kalau rumah tu dah bersawang & usang pun. Astaghfirullahal'azim.... Kesibukan menyekat saya daripada banyak 'beronline'. Bila dah tiba waktu senggang, nak berehat pula.

Alhamdulillah saya panjatkan ke hadrat Ilahi kerana telah menunaikan salah satu impian yang ingin saya laksanakan dalam hidup saya. Sejak kecil saya inginkannya. Kini, impian itu terlaksana.

Pasti ada yang tertanya-tanya apakah impian tersebut. Semenjak kecil saya bercita-cita untuk menjadi seorang guru. Dan kini, saya telah bertukar profession kepada guru! Saya mengajar di Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Indah Ampang. Tahun lepas saya memohon KPLI-SR JQAF. Alhamdulillah rezeki Allah telah tetapkan saya berjaya di terima menjadi guru pelatih.

At last! terima kasih kepada sahabat yang mengucapkan tahniah. Mereka yang bersahabat dengan saya pasti tau sejauh mana keinginan saya dan minat saya terhadap profession ini. Saya tidak akan sia-siakan peluang yang Allah berikan ini. Saya akan gunakan sepenuhnya untuk menabur segala jasa dan ilmu yang ada buat anak bangsa.

Terima kasih Ya Allah dengan anugerah yang Engkau berikan...


Fikir-fikirkanlah...

1 comment:

Puan Hazel said...

mmg bersawang pun blog Ana nie..:) btw, congrats, u deserved it and keep up! semoga terus sukses

Related Posts with Thumbnails