Pages

Sunday, January 30, 2011

JALAN-JALAN: RESTORAN BBQ CHICKEN - REUNION

Assalamualaikum w.b.t

Salam buat semua sahabat. Maaflah kalau ada yang berkunjung dan berkunjung tapi tiada update disini. Saya agak sibuk dengan diri sendiri. Sibuk mencari diri, sibuk dengan masalah diri dan sibuk dengan masalah lain yang melibatkan diri. Huh!

Apa pun, hari tu saya sempat menyertai reunion geng saya masa belajar dulu. Sepatutnya 5 orang. Tapi yang datang hanya 3 orang. Saya, Im & Noe. Meda & Zai tak dapat datang sebab ada masalah sendiri. Kami bertemu di Wangsa Walk Mall. Agendanya hanya makan-makan je.


Macam-macam yang dibualkan. Maklumlah dah bertahun tak jumpa. Kami makan di restoran  BBQ Chicken. Restoran ini adalah restoran Korea. Yang penting ada sijil Halal. Kami makan Hot Hot Drum rasanya lah hehehehe... Sedap, sosnya diletakkan diatas ayam (drumstick / paha ayam). Sosnya memang pedas dan ayamnya besar. Bagi saya,1 ketul pun dah cukup. Tapi untuk hidangan ini dia sediakan 2 ketul.



Untuk lunch hour, mereka sediakan mushroom sup & ice-cream secara percuma.

Pendek kata, rasanya agak sedap. Mushroom soup sedap rasa macam soup kimball dalam tin. Menu lain tak rasa sebab kami mencari menu yang pedas.

Ada 2 ketul ayam, coslow, nasi



Untuk sikecil ada menu untuk bebudak. So kitorang ambil kids menu. Gambar makanan ambil, gambar bereunion lupa nak ambil huhuhu....

Fikir-fikirkanlah...

Monday, January 10, 2011

AIMAN TAK SIHAT

Assalamualaikum w.b.t

Semoga semua sahabat sihat hendaknya. Anak-anak saya masih belum sihat sepenuhnya. Afnan masih lagi batuk. Aiman semakin teruk, batuk, cirit-birit & dehydrated.

Jumaat lepas kami bawa dia ke klinik Shanaliza kerana batuk dan cirit. Doc dapati dia mengalami dehydration so doc buat refer letter untuk dimasukkan ke hospital. Kami bawa Aiman ke Hospital Selayang sebab berhampiran dengan rumah.

Di hospital, dia di x-ray, diambil darah, di neb & di drip. Masa nak di masukkan saluran untuk drip, amat memilukan. Sedih sangat tengok dia. Semoga Aiman cepat sembuh. Hari ini dia masih lagi cirit-birit dan muntah. So, pagi ni kami nak bawa dia ke klinik semula. Ya Allah... Engkau sembuhkan lah anak-anak ku...

Aiman drip

Aiman Neb

Aiman tidur setelah penat menangis untuk menerima semua rawatan

Fikir-fikirkanlah...

Thursday, January 6, 2011

IKAN MASAK SAMBAL

Assalamualaikum w.b.t

Hari ini kita bermula dengan entri masak memasak. Alhamdulillah semalam dapat saya masakkan ikan tongkol masak sambal untuk hidangan makan malam kami. Suami minta masakkan macam tu. So saya tanya, "nak masak guna cili padi or cili kering". Macam biasa, jawapan yang memang sudah diagak "Ikut ummilah". Hubby saya ni memang susah nak cakap kalau bab makan. Yang bestnya dia tak cerewet. Makan je apa yang saya masak. Ok, tutup cerita tu. Kita sambung bab masak memasak.




Bahan-bahan:

Bahan ikan goreng;

3 ketul ikan tongkol
sedikit garam
sedikit kunyit
sedikit minyak masak untuk menggoreng 

p/s: jangan guna minyak banyak. Minyak dah susah nak dapat sekarang ;-)

Bahan sambal;

10 tangkai cili kering (buang biji) - tak perlu rebus, terus blend.
1 biji bawang besar - 1/2 biji blender & 1/2 biji mayang
2 biji bawang putih - blend
1 keping asam keping

Cara-cara:

1. Goreng ikan sampai masak
2. Tumis bahan yang di blend tadi + bawang yang dimayang. Masukkan garam & gula + asam keping. Tumis sampai garing, Masukkan ikan dan siap untuk dihidang!

CEPAT, RINGKAS & SEDAP!!


Fikir-fikirkanlah...

Wednesday, January 5, 2011

MINYAK NAIK LAGI!!!

Assalamualaikum w.b.t

Semalam minyak kurang!


Ini hari minyak naik!

Esok hari?


Orang naik minyak!


Apa yang mampu kita buat? cakap banyak pun minyak kena isi juga! Sabar ajelah labu... Jangan nanti sampai ada yang bunuh diri sebab tak mampu nak sara diri.

Fikir-fikirkanlah...

AYAM MASAK KICAP

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah semalam dapat saya masak 1 lauk simple untuk hidangan kami sekeluarga. Ayam Masak Kicap. Nak masak resepi ni senang sangat. Memang sesuai bagi surirumah yang bekerja seperti saya.



Bahan ayam goreng;

1/2 ekor ayam
sedikit garam
sedikit kunyit

Bahan kuah;

Bahan tumis:
3 bunga cengkih
1 bunga lawang
1 kulit kayu manis (yang kecil je)
1 inci halia - potong halus
1 biji bawang merah - mayang
2 biji bawang putih - mayang
8 biji cili padi - nak pedas, tambah lagi
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
sedikit sos tiram
sedikit kicap - ikut banyak mana kita suka
sedikit - stok ayam
1 cawan air

Cara- cara;

1. Goreng ayam yang telah di garam kunyitkan dan ketepikan.
2. Tumis semua bahan penumis sehingga garing dan naik bau.
3. Masukkan stok ayam, sos tiram & kicap.
4. Last sekali masukkan air. Biarkan hingga didih dan kuah pekat.


Fikir-fikirkanlah...

Monday, January 3, 2011

LET ME BE YOUR TAKAFUL AGENT!!!

Assalamualaikum w.b.t

Melihat kepada tajuk pun dah tahu kan?! Ya betul! SAYA ADALAH AGEN TAKAFUL! Saya sekarang adalah agen bagi Takaful Ikhlas. Bagi sahabat-sahabat yang mempunyai kemusykilan berkenaan takaful, anda boleh menghubungi saya. bagi mereka-mereka yang berminat nak tahu lebih lanjut berkenaan produk takaful, mahu mengetahui berkenaan takaful secara general atau apa sahaja perkara yang berkaitan takaful, anda dialu-alukan untuk menghubungi saya.Insyaallah, saya akan membantu anda.

'LET ME BE YOUR TAKAFUL AGENT'



Fikir-fikirkanlah...
Related Posts with Thumbnails