Pages

Tuesday, May 19, 2009

Aku Pasrah

Dalam kesibukan aku menyiapkan kerjaku, sempat aku menjelajah dunia siber yang meningkan kepala. Aku mengikuti perkembangan kawan dan sahabat melalui laman yang digelar facebook. Aku lihat luahan hati mereka, kata-kata mereka dan juga foto-foto terbaru mereka. Mungkin gambar-gambar tersebut sudah lama mereka pamerkan disitu. Cuma aku yang baru melihat-lihat bila sahaja ada kesempatan.

Berdasarkan gambar-gambar yang aku lihat, terpancar kegembiraan di setiap wajah mereka. Wajah yang melambangkan keseronokan dan kebahagiaan. Kekadang lahir satu perasaan dengki terhadap kegembiraan mereka. Kenapa bukan aku yang berada ditempat mereka? Itulah qada dan qadar Allah. Dan itulah ketentuannya. Aku pasrah...

2 comments:

Norziati Mohd Rosman said...

Nasib kita berbeza. Pokok pangkalnya usaha dan doa. Jika bukan disini kita dikurniakan, pastinya disana bakal dianugerahkan.

Apapun jalan yang kita tempuh, itulah yang telah Tuhan tentukan buat kita. Pasti ada hikmah disebaliknya. Sentiasalah gali hikmah itu.

Anonymous said...

dalam gambar ana...gambar boleh menipu mata yang memandangnya....

;agipun kalaupun mereka berduka...ada ke orang nak menangis masa ambil gambar dan muatturun kat facebook? tak logikkan....
kitapun kalau nak pamirkan gambar, sudah tentu cari yang ter cantik...walaupun xberapa cantik.hahhahahha

setiap orang ada masa gembira dan ada bermasalah jugak ana...

saya doakan moga ana berbahagia selalu...

-shafida-

Related Posts with Thumbnails