Pages

Tuesday, March 10, 2009

Demonstrasi Memansuhkan PPSMI 3

Semua yang berhimpun di Masjid Negara berarak menuju ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum anti PPSMI. Setelah mereka mula bergerak kesana, Masjid Negara menjadi agak lengang. Yang tinggal mengambil kesempatan untuk berehat. Ketika itu, Masjid telah kembali aman dari hiruk pikuk laungan anti PPSMI. Kanak-kanak bermain sambil diperhatikan oleh ibu bapa mereka. Ada juga yang sedang bersolat. Aku juga mengambil peluang bergambar dengan keluarga ku disana.

Hajat kami untuk terus pulang selepas perhimpunan tersebut selesai, tetapi terpaksa dibatalkan kerana ayah aku turut sama menyertai perarakan ke Istana Tersebut. Kami terpaksa menunggu ayahku disana. Setelah hampir sejam menunggu, aku dan suami berhajat untuk berjalan-jalan di sekitar Masjid Negara. Kami menuju ke perkarangan utama Masjid. Kemudian aku terlihat ayahku dalam keadaan yang tidak terurus, basah dan kepenatan sambil memberi isyarat kepada kami untuk undur dan menjerit menyuruh aku membawa Afnan Mujahid kedalam kereta. Aku pelik dan tetap tidak berganjak dari tempat aku berdiri. Aku menunggu ayahku tiba. Rupa-rupanya, polis telah menmbak gas pemedih mata ke dalam masjid! aku tegaskan lagi, MEREKA MENEMBAK GAS PEMEDIH MATA KE DALAM MASJID!!!!

Kemudian aku lihat ramai yang bergegas keluar dari masjid. Kasihan aku melihat makcik-makcik yang sekadar tumpang bersolat disana menjadi mangsa. Tiba-tiba aku sendiri merasakan mataku pedih dan mengeluarkan air. Hidung aku juga terasa amat sakit. Rupa-rupanya aku telah terhidu asap tersebut. Bergegas aku lari dan pergi membasuh muka. Berikut adalah beberapa gambar yang diambil ketika kejadian tersebut;





Gambar diatas menunjukkan gas yang ditembak kedalam masjid.



Kelihatan dalam gambar mereka bertempiaran lari selepas gas dilepaskan.

Apa yang menjadi kekesalan adalah, kenapa gas pemedih mata tersebut ditembak didalam masjid?! Ramai yang terdapat dimasjid ketika itu adalah mereka yang tidak terlibat dengan demonstrasi tersebut! Sekurang-kurangnya, tiada rasa hormatkah mereka kepada orang yang mungkin sedang solat? Apa yang mereka takutkan sangat kepada orang yang berada didalam Masjid?! Tambahan pula, bukankah masjid adalah tempat yang dibenarkan untuk berhimpun?!

Alhamdulillah ketika gas ini dilepaskan anakku sedang tidur lena didalam kereta. Jika tidak, mungkin kah aku pula yang akan turut sama menjadi orang kuat menghentam dan menentang mereka?!

Sepanjang pemerhatian aku disana, aku amat sedih dengan apa yang berlaku. Hampir sahaja aku menitiskan airmata. Kenapa sehingga sesusah ini untuk rakyat menyatakan pendapat dan pandangan mereka? Kenapa perlu begini barulah suara rakyat didengari oleh kerajaan pemerintah? Tepuk dada tanya iman. Allah kurniakan kita akal untuk berfikir......

Inilah cerita aku...

6 comments:

Anonymous said...

macammana lah duorang ni sanggup mencemarkan masjid dengan Gas.... ni semua nak ikut yahudi lah ni tak ada rasa hormat langsung kat rumah Allah .. walaumacammana arahan yang diterima .. janganlah sampai sanggup mencemar rumah allah .. ini dah melampau... Subhanallah .. moga pengampunan mu selalu bersama kami

Alhafiz said...

pasal pa nama saya naik annonymous ek ??

CERITAKUASN said...

ooo hafiz ker td tu? mungkin sbb tak log in lg td kot

CERITAKUASN said...

Mmg itu lah pun yg berlaku. Terkejut sgt bila diorang sanggup tembak ke dalam masjid!

Anonymous said...

bengong... buta perut... tadak akai...

Anonymous said...

bkn setakat bengong tu mudme..tu org pggl org dh buta hati..gelap masa depan dunia akhirat!rmh Allah di sggp kotor kan mcm tu skali...kalo rumah manusia yg berpgkt datuk..habuk sekuman pn dia sggp lap...SAPE YG WUJUDKAN MEREKA DI DUNIA NI?????datuk2 tu ke@Allah????xsedar diri tul!
Datuk kecik ati dia org takut...kalo Allah dh MURKA...xde lak dia takut...hairan!

Related Posts with Thumbnails