Wednesday, April 1, 2009

Moral of the Story

Sedang duduk sendirian, saya teringat kepada seorang sahabat. Sekarang dia bekerja sebagai cikgu di sebuah sekolah di Perak. Saya mengenalinya semasa kami sama-sama belajar di Universiti Islam Antarabangsa di Gombak. Dia belajar dalam jurusan Ilmu Wahyu. Manakala saya pula dalam jurusan Ekonomi. Saya mengenalinya ketika sama-sama menyertai sebuah syarikat motivasi sebagai fasilitator.

Menurutnya, dia akan mencari moral of the story atas setiap yang berlaku kepadanya pada setiap hari. Biarpun apa yang berlaku adalah perkara yang menyedihkan atau memenatkan.

Oleh itu, saya ambil ia sebagai amalan seharian saya. Ia banyak membantu memberi motivasi kepada diri saya. Kita tidak akan mudah putus asa, patah hati dan menyalahkan diri sendiri atau keadaan. Kita akan sentiasa mencari sesuatu untuk memotivasikan diri kita. Ia amat-amat membantu. Dan yang paling penting, ia dapat membantu kita mengawal emosi dan tekanan yang datang.

Cari dan fikirkan perkara yang baik sahaja. Senyum dalam setiap keadaan.

Kalau tak percaya cubalah. Tetapi jangan sesekali rumusan dan kesimpulan anda berakhir dengan menyalahkan takdir dan kejadian Allah!


Inilah cerita aku...

4 comments:

Alhafiz said...

Al Ibtisam Hua As Sodaqoh .... senyum dan ketawa yang tidak berlebihan adalah penawar bagi hati dan perasaan .. i agreed .. sebabtu saya suka senyum ... hehehe .. tapi kekadang tu bila temper dah naik .. hati2 lah ya .. ahaks .. paptutlah saya tengok akak asyik senyum ja ... heheh

ASN SURVIVOR said...

senyum itu penenang hati & pengubat jiwa.

atim said...

haiiii kak :) ..(sambil jalan laju terus ke pantry cert bwk bekas air kaler ijau)...

ASN SURVIVOR said...

hahahaaaaa.... hai atim :-) dibalas dengan senyum manis. Dan atim yang disapa tersipu malu sambil tersengih dan menampakkan barisan gigi yang tersusun cantik ;-) hikhikhik

Related Posts with Thumbnails