Kali ni jom kita makan di Ayam Penyet AP pula. Hari Isnin yang lepas, balik dari kampung kami terus ke klinik. Kami ke klinik bagi merujuk masalah merah yang tiba-tiba muncul di badan Aiman. Balik dari klinik dah pukul 1.00. Alang kepalang, badan pun dah penat, saya ajak hubby makan di luar aje lah. Tak perlulah saya nak susah-susah masak di rumah.
Pada awalnya dia ajak makan di Rasamas. Saya tak mahu. Sebab dah biasa makan kat sana. Jadi, saya ajak hubby untuk cuba Ayam Penyet AP. Dulu dah cuba Ayam Penyet Best. Tapi tak berapa best sangat sebab ayam dia agak lembik. Mungkin terlebih penyet. Tapi sambal dia sedap. Bak kata orang sekarang KAW! Resepi di restoran ayam penyet best ni betul-betul jawa. Rasanya macam langsung tiada resepi ala malaysia. Supnya pun sup berempah yang warnanya hitam. Tekak tak boleh terima.
Ini logo Ayam Penyet Best
Ini logo Ayam Penyet AP
Harap jangan tersalah ayam penyet ye lepas ni ;-) Bagi Ayam penyet AP, pada saya masakan dia sedap. Ayamnya tidak terlalu lembik dan tidak keras. Sedang-sedang saja. Sambal memang berbisa. Hidangannya complete dengan sayur celur, timun, kobis, tempe & tauhu goreng. Tumb up! Air pun sedap. Airnya dicampur susu. Sup ekor lembu pun sedap. Sup ni rasa Malaysia.
Menunya semua di jual berasingan. Ayam penyet lain, nasi lain, sayur lain, sup lain. Sayur yang diserta dengan ayam penyet tak banyak sangat (bagi penggemar sayur). Kalau makan bekeluarga, boleh budget, Ayam penyet order berapa, kalau nak tambah lauk lain pun boleh, tambah sayur pun boleh. Maksudnya, tak perlulah kalau ada 4 orang ahli keluarga, semua order ayam penyet 4. 2 pun dah cukup. Yang lain boleh tambah menu lain.
Order kami (Saya, hubby, mak & Afnan + Aiman);
3 Ayam penyet (tak abis, 1 bungkus bawa balik)
4 nasi kosong
1 sup ekor lembu
1 capocino blanded
2 kiwi
1 laici
Harganya pun ok. Insyaallah kami akan kembali menjamu selera disini. Saya beri 5 bintang!
Liciiiinnnnn.....
3 comments:
slalu lalu je dpn restoran ni tp x de ati plak nk singgah..donno y.. ;-)
baru pkena smalam kat kuching.. bule tahan penyetnya
anies ~ lepas ni bolehlah singgah pula ;-)
cemomoi ~ sedap kan..
Post a Comment