Semalam saya bercuti. Hajat dihati untuk selesaikan urusan pembelian rumah dengan EPF atau KWSP. Saya dan suami nak selesaikan pengeluaran duit KWSP untuk pembiayaan 10% perumahan. Semua dokumen sudah disediakan. Borang pun saya dah print siap-siap dari internet dan sudah lengkap diisi.
Sebelum keluar, suami cek sekali lagi semua dokumen yang diperlukan. Tiba-tiba, Ya Allah!! S&P orang lain punya!!!! Nak tak nak, kami terpaksa jumpa pemaju semula dan minta S&P kami yang asal. Kami terpaksa menunggu pejabat pemaju buka pada jam 11 pagi.
Apabila jumpa pegawai yang bertugas, dia pun terkejut dan minta maaf atas pertukaran dan kesilapan yang berlaku. Tetapi, apa yang lebih memeranjatkan, pemilik S&P yang tertukar dengan kami telah pun selesaikan segala urusan dengan KWSP dan pinjamannya juga telah berjaya. Dia menggunakan S&P kami!!!!
Bagaimana ia boleh diluluskan? KWSP tak cek dulu ke all the documents? How it can be approve sedangkan S&P adalah milik orang lain? It means the S&P is not really an important document in order to get the approval! or in other words, EPF tak buat kerja dengan betul! What i'm concern is, does it will effect our application? or even our account?
Sekarang, urusan kami tergendala. Pemaju perlu hubungi lawyer dan sediakan S&P yang baru untuk kami.
Fikir-fikirkanlah...
6 comments:
ana nk pindah ke mana selepas nie?
shafida
tak jauh pun ida, Sungai tua jugak ;-)
bio betuiiii... problem beso tu
cemomoi ~ betoiiiiiii... tu yg terkejut tu.. skrg ni yang susahnya kitorang huh!!
oh...ingtkan kat rawang sana...ramai cikgu2 sekolah dah pindah ke rawang beli rumah ka sana..besau2 dan harga murah skit dari sini....
shafida
ida ~ Kalau bolehlah pindah-pindah. Ana bukan cikgu ;-)
Post a Comment