Tuesday, April 26, 2011

MAAF KERANA MENYEPI

Assalamualaikum w.b.t

First of all, saya mohon maaf kerana telah membiarkan laman ini sepi. Kalau rumah tu mesti dah bersawang dan dah naik anai-anai. Tiang pun dah goyang. Kesibukan kerja menghalang saya untuk aktif berblog. (huh! salahkan kerja pula ;-))

Insyaallah selepas ini saya akan lebih fokus kepada laman ini. Hanya tinggal beberapa minggu sahaja lagi untuk saya duduk dikerusi saya sekarang ini. Saya akan meninggalkan tempat kerja saya sekarang dan menjalankan beberapa peluang perniagaan. Itu juga adalah sebab mengapa saya terlalu sibuk sehingga meninggalkan laman ini buat seketika. Biasalah, semakin dekat hari untuk meninggalkan syarikat, semakin banyak tanggungjawab yang perlu digalas.

Sekarang rasa bercampur antara gembira dan sedih. Sedih untuk meninggalkan rakan sekerja dan bos yang baik :-) gembira sebab dah tak terbeban dengan segala 'beban'. Sekarang, saya memilih untuk bekerja sendiri, dan mencari peluang sendiri. Semoga Allah memurahkan rezeki saya demi anak-anak.

Saya ingin menjadi benih yang subur, walau kemana dicampakkannya, ia akan memberi manfaat kepada manusia dan sekitarnya.


 KEJARLAH AKHIRAT, NESCAYA DUNIA AKAN DATANG KEPADA MU...

Fikir-fikirkanlah...

4 comments:

izahdaut said...

wuiitt.. sihat ke?
insyaAllah... rezki dtg dalm banyak jalan kan..

http://aniesandyou.blogspot.com said...

bisnes apa ye?

Hadiah untuk followers! terhad! 5 orang sahaja!

CERITAKUASN said...

Pae ~ Alhamdulillah sihat.. anak2 je kureng sikit. Tu la kan, kalau buat biz ni, banyak berdoa pada Dia. Maklumlah, gaji direct dari Dia

Anies ~ ni yg suka ni org tny biz apa ;-) nanti saya cerita di entri berikutnya ek.. tuunnggguuuu....

Marwa Dinni said...

chaiyok2... semoga berjaya.. amin! jgn pernah putus asa padaNYA... (^__^)

Related Posts with Thumbnails