Alhamdulillah hari ini saya berkesempatan untuk buat 1 sesi outdoor dengan sahabat saya norziati. Kebetulan sebenarnya. Sebab suami pun ada kem di sana. Alang-alang nak kesana, saya pun ambil kesempatan untuk buat outdoor fotografi. Sesaja, mencuba KLIK camera sesuka hati. Mencari objek yang rasa cantik dimata dan berkenan dihati. Yang tak bestnya, kami outing tiada guru yang dapat membetul atau mengiakan apa yang kami hasilkan.
Semasa sesi fotografi tersebut, baru terfikir, bagus juga berfotografi. Sekurang-kurangnya berkesempatan dengan lebih teliti untuk menghargai ciptaan Allah dan belajar menilainya. Bagi yang mempunyai ilmu dalam bidang fotografi, anda dialu-alukan untuk memberi sebarang komen kepada hasil dibawah. Semoga ilmu yang ada dapat dikongsi bersama. Bagi sahabat-sahabat lain komen-komen anda amat saya hargai dan alukan.
Selamat menjamu mata dengan gambar yang dihasilkan daripada ASN KLIK ;-)
Semuanya yang tumbuh dari pokok yang mati
Fikir-fikirkanlah...
3 comments:
tetiba rs nk jd pencinta alam la plak tgk pic2 kt ats tu
cantik sungguh ciptaan Allah....pandai ana snapp
shafida
anis&you ~ seronok bila dapat menghargai setiap yang ada ;-)
ida ~ Masyaallah ;-) tq
Post a Comment