Wednesday, February 2, 2011

FOTO: LENS 50MM

Assalamualaikum w.b.t

Semoga semua sahabat sihat belaka. Hari ini jom kita bercerita tentang kelas fotografi. Kali ini kami membincangkan kelebihan lens 50mm. Lens ini amat berguna bagi mereka yang melibatkan diri dalam dunia fotografi - perkahwinan (wedding photo).


Lens 50mm (Sifu kasi pinjam hehehehe)


Sangat cantik kalau digunakan untuk shoot gambar hantaran dan potrait / wajah pengantin. Ambil gambar makanan pun cantik. Bagi blogger yang membincangkan berkenaan makanan dan menyajikan gambar-gambar makanan, sesuai kiranya menggunakan lens jenis ini.

Kelebihan lens ini adalah untuk gambar yang mempunyai 1 titik fokus. Sebab ia akan fokus pada 1 titik dan akan blur segala titik lain. Betul ke penerangan saya ni? hehehehhe Itulah yang saya faham dari kelas yang singkat ;-) Tq sifu. Dan sekiranya kita menggunakan lens jenis ini, kita yang perlu bergerak (kedepan / kebelakang) bagi mendapatkan titik focus yang cantik. Kenapa? sebab lens ni tak boleh zoom.

Tapi, bagi kamera saya (D3100) saya perlu menggunakan lens 50mm AF-S untuk auto focus. Lens yang sifu pinjamkan adalah 50mm AF, ia jadi manual focus. So agak makan masa untuk focus dan dapatkan hasil yang baik.

Di bawah adalah contoh gambar hasil penggunaan lens 50mm. Maaf kira kualiti kurang menarik. Masih belajar dan tak dapat nak focus betul-betul sebab anak asyik bergerak & nak menangis huhuhuhu...

Hanya focus pada Aiman. Latar belakang secara automatik menjadi kabur & clean. 

 1 lagi contoh gambar menggunakan lens yang sama. 

So apa lagi? jom pi beli lens 50mm. mmhhuuuuaaaaa.... poket sapa yang nak dikorek ni? huhuhuhu.. Selamat berfotografi ;-)


Fikir-fikirkanlah...

5 comments:

Anonymous said...

wahhhhhhhhhhhhhh....bestnya ana.....saya oun minat..tapi duit belum datang seru lagi..hahhahahahahahhahahahhaha....
napelah kita xmasuk kelab fotografi masa kat uia dulu kan ana....huuuuhhu

shafida

CERITAKUASN said...

Nak buat guana ida... terimalah apa yang kita ada sekarang ;-) masih belum terlambat.. jom p beli kamera hehehehe...

Pasni nak minta ana amikkan gambar family boleh lah ;-)

Marwa Dinni said...

wow.. menarik! sangat cantik! nnti mawar kawen bleh aok sponsor gambor.. hohohoho..

CERITAKUASN said...

hehehehee... tq tq tq.. bilo nok kawin nya? ari tu dah berbincang ker hehehehe

SyapickDoherty said...

thnx for info..jenguk2 la blog sy ye..boleh bg komen yg membina :)

Related Posts with Thumbnails