Pages

Monday, February 7, 2011

BILA PENCURI BERAYA?

Assalamualaikum w.b.t

Salam buat semua sahabat. Semoga sihat semua hendaknya :-) Amacam cuti raya China? ada yang tersangkut kat trafik jem ke semalam? kami sekeluarga pun menimpa nasib yang sama dengan yang lain apabila sama-sama tersangkut dalam trafik. Perjalanan pulang ke KL dari Perak yang pada kebiasaannya 4 jam tapi semalam mengambil masa 7 jam. Nasib baik tiada yang mengamuk kat dalam kereta. Nasib baik juga ada second pilot ;-)

Uish dah melalut pula. Sebenarnya saya nak cerita tentang nasib yang menimpa jiran kami. Rumahnya dah 2 kali dimasuki pencuri. Kali pertama semasa cuti raya Aidilfitri lalu (tak ingat tahun lepas or 2 tahun lepas). Kali ke-2 adalah semalam, ketika orang masih lagi bercuti raya china. Pencuri ni akan beraya bila semua orang sedang bercuti raya!

 Kawasan kejadian

 Terdapat 1 kereta peronda polis, 1 kereta bahagian siasatan jenayah & 1 kereta unit K-9 yang datang kerumah tersebut untuk membuat siasatan. Saya masih belum mendapat cerita yang jelas berhubung kejadian. Tetapi apa yang menarik minat saya ialah, begitu banyak polis yang datang apabila kejadian berlaku dirumah yang begini besar dan tuan rumahnya berpangkat besar. Berapa orang polis pula yang akan datang sekiranya kejadian berlaku di kawasan perumahan kecil atau rumah mereka yang tiada berpangkat didunia?

Tak kisahlah rumah kecil atau pun rumah besar, perbuatan mencuri tetap salah disisi agama dan undang-undang dunia. Ia juga salah dari segi tatasusila hidup bermasyarakat.


Fikir-fikirkanlah...

2 comments:

izahdaut said...

Anaaaa... Hahaha.. Hampooon. Weh na. Lawo gambo ana.. Nanti aok kna lagi bnyk tetonggeng ngan telentng baru angle lawo lawo... Haha.. Syabas syabass

CERITAKUASN said...

hai pae... hahahaha tu la pasal... time tu pakai baju kurung tu yg tak leh nk tertonggeng or terlentang hehehehe

Related Posts with Thumbnails