Pages

Friday, October 22, 2010

MAHALNYA HARGA SEHELAI KAIN

Salam semua. Harap semua sihat dan sentiasa berada dibawah limpah dan rahmatnya. Hari ini saya nak bercerita tentang harga sehelai kain.


Alkisahnya, adik saya adalah seorang penjahit manik. Baru-baru ini, dia mendapat tempahan dari seorang tukang jahit untuk menjahit manik pada baju tempahan pelanggannya. Alhamdulillah ada rezeki untuk adik saya. Pelanggan tersebut adalah isteri 'somebody'.

Sebelum memberi tempahan tersebut, tukang jahit berkali-kali berpesan kepada adik saya agar menjaga dan menjahit kain tersebut dengan hati-hati.Antara pesanannya, jahit elok-elok, jangan kena air atau basah. Jangan kena panas. Untuk menambahkan lagi rasa hati-hati adik saya, tukang jahit itu menyatakan harga kain tersebut. Nak tau berapa harganya? RM350 semeter. Fuh!! memang perlu berhati-hati.


Kain jenis sutera Italy. 4 meter = RM1,400.00. Bagi saya ia sangat mahal. Bagi mereka yang ada-ada mungkin ia adalah perkara biasa. Ini membuatkan saya berfikir dan insaf. Kita baluti badan semasa hayat kita dengan kain yang begitu mahal. Namun ada kekadangnya, kain berharga mahal tetapi tak mampu membaluti keseluruhan tubuh. Atas tujuan apa pula kita membeli dengan harga yang begitu tinggi? Harap tiada sifat ujub yang lahir disebalik itu.

Adakah begitu juga sifat kita atau harga pakaian kita semasa bertemu Allah kelak? Berapa harga kain kafan kita nanti? RM250 semeter? atau RM2.50 semeter?

Bagaimana pula amalan kita? adakah semahal dan setinggi atau lebih tinggi dari harga kain kita? Jangan pula lebih rendah atau tiada nilainya. Nauzubillah...


Fikir-fikirkanlah...

Tuesday, October 19, 2010

DUDUK ANTARA DUA SUJUD

Salam semua. Ya Allah lamanya saya tak menjengah ke sini. Kalau rumah tu mesti dah bersawang dan di huni anai-anai. Kebelakangan ini, ada saja yang menghalang untuk saya ke sini. Tambah pula dengan masalah diri sendiri :-)

Bagi mengisi kembali laman ini, saya ajak semua untuk menghayati maksud kata-kata yang kita ucapkan semasa kita duduk antara dua sujud didalam solat seharian kita. Solat dan semua perbuatan dalam solat serta bacaannya sudah menjadi rutin harian kita. Disebabkan itulah, kadang-kadang kita sekadar baca tanpa menghayati malah memahami maksud perkataan yang kita lafazkan.

Gambar hiasan dari internet

Mari kita menghayati doa ketika kita duduk antara dua sujud;

1) Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)
2) Warhamni (sayangi aku)
3) Wajburnii (tutuplah aib-aibku)
4) Warfa’nii (angkatlah darjatku)
5) Warzuqnii (berilah aku rezeki)
6) Wahdinii (berilah aku petunjuk)
7) Wa’Aafinii (sihatkan aku)
8. Wa’fuannii (maafkan aku)

Betapa besarnya nilai sebuah doa ini..sebuah doa yang kita hanya lewatkan begitu sahaja. Dalam tidak kita sedar selama ini kita seperti sedang berpura-pura memohon sesuatu.

Sumber: Email yang difowardkan.




 Fikir-fikirkanlah...

Tuesday, September 28, 2010

JOM SOLAT DHUHA

Salam semua, hari ni saya nak ajak semua untuk renung dan bersama kita mengetahui cara melakuka solat Dhuha. Seperti yang kita sedia maklum, solat dhuha ni bagus untuk diamalkan. Dan ia juga antara cara untuk memohon daripada Allah supaya dimurahkan dan dibukakan pintu rezeki.



Berikut adalah sedikit info berkenaan solat dhuha;

Ruang waktu dan waktu afdal 

Sesuailah dengan namanya dhuha yang bermaksud pagi. Jadi ruang waktunya bermula kira-kira 20 minit selepas terbit matahari atau disebut dalam kitab-kitab fikah sebagai tinggi matahari daripada pandangan jauh sekadar satu al-Rumh atau batang lembing yakni kira-kira dua meter. Waktu solat ini pula berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur. Jadi, secara mudahnya dapat difahami bahawa batas waktu solat sunat Dhuha ini antara pukul 7 pagi hingga 1 petang.

Berkenaan waktu afdalnya pula iaitu ketika sinar matahari kian panas berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam. Rasulullah s.a.w. menjelaskan: “Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).

Justeru, waktu sedemikian eloklah dilaksanakan solat tersebut, apatah lagi pada saat itu badan memerlukan ‘rehat sebentar’ setelah penat bekerja. Maka disarankan juga sekiranya masa tersebut diisi sekadar empat hingga lima minit dengan sujud menyembah Ilahi sama ada di rumah atau di tempat kerja dengan syarat tidak mengetepikan perkara-perkara atau urusan yang wajib dan utama daripada yang sunat.

Cara melaksanakannya 
Banyak bahan media cetak yang boleh dirujuk bagi mengetahui cara melakukan solat sunat Dhuha ini merangkumi bacaan-bacaan dalam solat hinggalah dalam sujud dan doa setelah selesai ibadat tersebut.
Cuma secara asas dan mudahnya berdasarkan hadis-hadis Nabi, solat sunat Dhuha ini dilakukan seperti solat-solat lain, cuma bacaan yang dianjurkan Baginda s.a.w. selepas al-Fatihah, menurut hadis yang disampaikan oleh Uqbah bin Amir, ialah surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. (Riwayat al-Hakim)
Namun begitu, perkara (bacaan dalam solat) ini adalah sesuatu yang subjektif dan tidak statik. Maka tidak perlulah hanya terikat dengan kaifiat tertentu dan bacaan tertentu. Apa yang penting, solat tersebut diniatkan dengan betul, syarat-syaratnya dipenuhi dan rukun-rukunnya disempurnakan sebaik-baiknya. Begitu jugalah dengan doa selepas solat tersebut.

Doa yang disarankan
“Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu “. ” Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. ,Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”


Jadi, kalau dah tau tu jomlah kita tunaikan solat Dhuha. Ia boleh dilakukan sebanyak 2 rakaat atau 4 rakaat atau 6 atau 8 dan boleh sehingga 12 rakaat. Amal yang sedikit dan istiqamah (berterusan) adalah lebih baik dari amal yang banyak tetapi jarang-jarang

Sumber: 
http://nursyirah.wordpress.com/2008/04/17/solat-dhuha-doa-dan-cara-melaksanakan/  http://permai1.tripod.com/dhuha.html


Fikir-fikirkanlah...

Monday, September 27, 2010

AYAM GORENG MASAK LEMAK

Salam semua, dah lama tak buat entri pasal masak-masak. So kali ni kita adakan entri masak-masak. Kali ni saya masak something yang lain sikit. Nak ubah selera sikit. Resepi ni come out secara tiba-tiba. Alhamdulillah semua berselera dengan resepi ni. Hubby pun makan bertambah. My SIL kata namakan masakan ni 'masak oren'. Jom check resepi;


1/2 ekor ayam
1 inci halia
Minyak masak
Garam
Gula
Stok ayam (sikit je)
Asam jawa
2 cawan Santan

bahan kisar;
3 batang serai
7 biji cili besar merah
8 biji cili padi (nak pedas tambah lagi)
1 biji bawang besar
3 biji bawang merah
4 biji bawang putih
1 inci kunyit hidup

Cara masak;

1. Goreng ayam (jangan garing sangat). Dah masak, angkat dan ketepikan.
2. Tumis bahan yang dikisar sehingga garing & naik bau.Masukkan air asam jawa & santan + gula & garam (biarkan didih)
3. Bila dah didih, masukkan ayam goreng. Gaul, angkat dan hidangkan

Senang je kan.. Jimat masa dan tenaga. Sesuai untuk mereka yang bekerja ;-)

Fikir-fikirkanlah...

Thursday, September 23, 2010

TANDA-TANDA HATI MATI

Salam semua, lagi peringatan untuk kita semua; 

Tanda-tanda hati mati;

Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah:

1. Mengaku kenal Allah SWT, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya.

2. Mengaku cinta kepada Rasulullah s.a.w., tetapi mengabaikan sunnah baginda.

3. Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.

4. Memakan nikmat-nikmat Allah SWT, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya.

5. Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya.

6. Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.

7. Mengaku adanya seksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.

8. Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya.

9. Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.

10. Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil  pengajaran daripadanya. 

Semoga dengan panduan yang di sampaikan itu akan dapat kita sama-sama mengambil iktibar semoga segala apa yang kita kerjakan akan diredai Allah SWT.

Menurut Sheikh Ibni Athoillah Iskandari dalam kalam hikmahnya yang berikutnya;

Sebahagian daripada tanda mati hati itu ialah jika tidak merasa dukacita kerana tertinggal sesuatu amal perbuatan kebajikan juga tidak menyesal jika terjadi berbuat sesuatu pelanggaran dosa.

Mati hati itu adalah kerana tiga perkara iaitu;

1-Hubbul dunia (kasihkan dunia)
2-Lalai daripada zikirullah (mengingati Allah)
3-Membanyakkan makan dan menjatuhkan anggota badan kepada maksiat kepada Allah.

Hidup hati itu kerana tiga perkara iaitu;

1-Zuhud dengan dunia
2-Zikrullah
3-Bergaul atau berkawan dengan aulia Allah


Fikir-fikirkanlah...

TANDA-TANDA DUNIA DIPENGHUJUNG NYAWA

Salam semua, semoga sentiasa dirahmati Allah selalu. Entri kali ini berkenaan penghujung semua kehidupan. Kebanyakan kita semua dah tau, tapi manusia ini mudah lupa (bukan melayu sahaja yang mudah lupa). So, saya peringatkan diri saya dan kita semua tentang tanda akhir zaman. Saya dapat peringatan ini melalui email yang diberikan oleh seorang sahabat. Tanda-tandanya seperti dibawah ini; 

1) Penaklukan Baitulmuqaddis. 
 
Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah bersabda: 'Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat.' Baginda menyebutkan  salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis. '
- Sahih Bukhari

2) Zina bermaharajalela. 

 
'Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.' - Sahih Muslim

3) Bermaharajalela alat muzik. 

 
'Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka'. Ada yang bertanya kepada Rasulullah; 'Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?' Baginda menjawab: 'Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik) & penyanyi² wanita' - Ibnu Majah


4) Menghias masjid & membanggakannya.
 
'Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid' - Riwayat Nasai.


5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga  tidak baik. 
 
'Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam tetangga.' - Riwayat Ahmad dan Hakim.


6) Ramai orang soleh meninggal dunia. 
 
'Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik& ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf
dan tidak mengingkari kemungkaran' - Riwayat Ahmad


7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat. 
 
'Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh & hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia' - Riwayat Thabrani


8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja. 
 
'Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.' - Riwayat Ahmad

9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang. 

 
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. 'Di antara anda² telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian² wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang'.

10) Bulan sabit kelihatan besar.

 
'Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.' - Riwayat Thabrani


11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita. 
 
'Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu' - Sahih Muslim

12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar. 

 
'Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar.' -Riwayat Ahmad


13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai. 
 
'Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai²' - Sahih Muslim



Jadi, banyak antara tanda-tanda tersebut sudah pun dan sedang berlaku dengan jelas di hadapan mata kita. Ia bukan lagi samar-samar. Tetapi jelas dan nyata. Oleh itu, bersiap sedialah kita untuk menghadapi kedatangan akhir zaman itu.

Fikir-fikirkanlah...

Terima kasih kepada sepemberi email.

Wednesday, September 22, 2010

ORANG YANG ALLAH SUKA DAN TAK SUKA

Salam semua, hari ni kami semua kat office ni bergotong royong membersihkan setor office. Sambil bergotong royong, dipasangkan CD ceramah ustz Kazim. Alhamdulillah ada juga pengisiannya.

Antara isi ceramahnya berkenaan dengan kaya. Semua orang nak kaya. Islam juga menggalakkan ummatnya jadi kaya supaya boleh bantu ummat Islam lain yang susah. Sebab itu kalau di renung-renung, kenapa Allah letak telaga minyak di negara orang Islamnya ramai? sebab nak suruh jadi kaya lah. Allah lebih suka orang kaya yang ingat Allah daripada orang miskin yang ingat Allah.

Allah sangat suka - orang yang kaya dan ada ilmu
Allah suka - orang yang ada ilmu tapi tak kaya
Allah tak suka - orang yang kaya tapi tak ada ilmu
Allah sangat tidak suka - orang yang tak kaya dan tak ada ilmu

p/s: kita tidak akan kaya kalau setakat makan 'kaya'

Fikir-fikirkanlah...
Related Posts with Thumbnails