Friday, October 22, 2010

MAHALNYA HARGA SEHELAI KAIN

Salam semua. Harap semua sihat dan sentiasa berada dibawah limpah dan rahmatnya. Hari ini saya nak bercerita tentang harga sehelai kain.


Alkisahnya, adik saya adalah seorang penjahit manik. Baru-baru ini, dia mendapat tempahan dari seorang tukang jahit untuk menjahit manik pada baju tempahan pelanggannya. Alhamdulillah ada rezeki untuk adik saya. Pelanggan tersebut adalah isteri 'somebody'.

Sebelum memberi tempahan tersebut, tukang jahit berkali-kali berpesan kepada adik saya agar menjaga dan menjahit kain tersebut dengan hati-hati.Antara pesanannya, jahit elok-elok, jangan kena air atau basah. Jangan kena panas. Untuk menambahkan lagi rasa hati-hati adik saya, tukang jahit itu menyatakan harga kain tersebut. Nak tau berapa harganya? RM350 semeter. Fuh!! memang perlu berhati-hati.


Kain jenis sutera Italy. 4 meter = RM1,400.00. Bagi saya ia sangat mahal. Bagi mereka yang ada-ada mungkin ia adalah perkara biasa. Ini membuatkan saya berfikir dan insaf. Kita baluti badan semasa hayat kita dengan kain yang begitu mahal. Namun ada kekadangnya, kain berharga mahal tetapi tak mampu membaluti keseluruhan tubuh. Atas tujuan apa pula kita membeli dengan harga yang begitu tinggi? Harap tiada sifat ujub yang lahir disebalik itu.

Adakah begitu juga sifat kita atau harga pakaian kita semasa bertemu Allah kelak? Berapa harga kain kafan kita nanti? RM250 semeter? atau RM2.50 semeter?

Bagaimana pula amalan kita? adakah semahal dan setinggi atau lebih tinggi dari harga kain kita? Jangan pula lebih rendah atau tiada nilainya. Nauzubillah...


Fikir-fikirkanlah...

6 comments:

izahdaut said...

ana...koh pun seriyes seram dengor kain mahal gitu..kite neh kadang2 rm50 sepasang pun rasa mahal sangat doh...agoknya dari dulu dah biasa gitu atau juga Allah yg jaga kite semua kan ana. tau ada cerita sampai rasa nak nangis pun ada...rumah 'somebody' tunjuk frame gambo kaabah harga rm75k...masyaAllah...sebiji gelas untuk jamu golongan v.i.p yg dtg ke rumahnya masa open house, harganya rm1000 sebiji.masa buat openhouse diseparatekan golongan sederhana ngan dato2...nak nangis rasanya mengenang org yg kite kenal dan sedara, yang kite tak tahu apakah nasibnya nanti...begitu sehingga akhir hayatkah..atau sedar sebelum terlewat......ya Allah jauhkan lah kami dari sebegitu rupa....kalau nak mahal pun, tak yah la cerita satu kampung...itu dah tanda riak..tidak sesekali cemburu, cuma takut didatangkan rasa begitu.. kalau ada yg terasa hati membaca..bukan memperli tapi sekadar berkongsi

CERITAKUASN said...

Tu la pasal.. makin banyak duit makin tinggi keinginan dan kekadang makin lupa daratan.. Bina rumah 3 or 4 tingkat. jiran sebelah pagar tak cukup makan pun tak sedar. Kalau sedar dan menghulur Alhamdulillah.. Tapi kalau sedar tp buat tak tau nauzubillah... astagfirulahalazim..

fikir-fikirkanlah

Anonymous said...

eh, bkn kain patut lagi murah ke lepas bajet hari tu?...
oo, itu kain dalam aje..hehe

n.admin

CERITAKUASN said...

hahahahaha tu la pasal... seme yg dlm2 lak tuh..

mawarku said...

kak ngah... baru ni mawar pegi menyembang ngan tailor tu sbb dia bagi baju sutera thai plak suh dimanikkan... dia cite kain paling mahal dia penah dapat adalah yg dia baru dpt minggu lepas.. nak tau bape??? RM2500.. dia tunjukkan mawar kainnye.. hmmm.. bagi mawar, mcm kain opel tu je.. hehehe... katanya itu baju seorg ahli politik.. hm... besederhanalah wahai manusia.. lebih baik disedekahkan bagi menolong yg memerlukan...

CERITAKUASN said...

Insaflah wahai manusia.. sekiranya kain itu sempurna tutupan dan fungsinya Alhamdulillah.. kalau sebaliknya? fikir-fikirkanlah

Related Posts with Thumbnails